Thursday, April 4, 2013

Diazab Dalam Kubur kerana Air Kencing Dan Memfitnah

dari Ibnu 'Abbas,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ tengah berjalan melintasi hiythan (pekuburan) di Madinah atau Mekah, lalu baginda mendengar suara 2 orang yang sedang disiksa di dalam kubur. Nabi ﷺ bersabda: ‘2 orang ini disiksa dan tidaklah kedua-duanya disiksa disebabkan sesuatu yang besar (pada anggapan mereka). Padahal itu adalah dosa besar. Yang satu disiksa kerana tidak membersihkan diri selepas kencing, yang satu lagi disiksa kerana suka mengadu domba (fitnah)’. Kemudian baginda meminta sebatang pelepah kurma  yang masih basah, lalu baginda membelahnya menjadi 2 bahagian. Lalu baginda menancapkan setiap bahagian pada 2 kuburan itu. Baginda ditanya: ‘Kenapa engkau melakukan ini?’ Baginda menjawab: ‘Mudah-mudahan siksaannya diringankan selama pelepah itu masih basah’.”
(HR. Bukhari,no.216. Muslim,no.292)

No comments:

Post a Comment