Thursday, April 4, 2013

Allah Suka Mendengar Rintihan Hamba-Nya?

dari Abu Umamah,bahawa Allah berkata kepada malaikat,
“Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah ujian kepadanya. Lalu para malaikat mendatanginya dan menimpakan ujian ke atasnya. (Setelah ujian itu), hamba tersebut memuji Allah. Kemudian para malaikat kembali (kepada Allah) dan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, kami telah mengujinya sepertimana yang telah Engkau perintahkan kepada kami’. Lalu Allah berkata: ‘Kembalilah kamu semula kepadanya dan (ujilah) dia sekali lagi, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya (memuji-Ku dibalik ujian yang diterimanya)’.”
(HR. at-Thabrani [rujuk: Mu'jam al-Kabir,8/195,no.7697])

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Ghufair bin Ma’dan, yang mana dia perawi yang dinilai Dhaif oleh al-Haitsami (rujuk: Majma’ al-Zawaid,2/290). Juga dinilai Dhaif oleh Ibnu Hajar (rujuk: Talkhis al-Habir,4/141). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh al-Mundziri dengan isyarat (rujuk: Targhib wa at-Tarhib,4/224) dan Syaikh al-Albani menilai hadis ini ‘Dhaif Jiddan’, terlalu lemah (rujuk: Silsilah al-Ahadith ad-Dha'ifah wal-Maudhu'ah,4994).

No comments:

Post a Comment