:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Wahai manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita. Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenal (hidup rukun damai). Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lg Maha Mengenali.”
(al-Hujurat [49]: ayat 13)
:: Hadis ::
dari Jabir,dia berkata,
“Ada seorang lelaki dari kaum Muhajirin yang suka bergurau (dengan menggunakan tombaknya), lalu dia menujah seorang lelaki daripada kaum Ans̄ar. Maka lelaki Ans̄ar itu berasa teramat marah sehingga mereka menyeru (kaum mereka) dengan berkata: ‘Wahai orang-orang Ansar!’ dan lelaki Muhajirin itu berkata: ‘Wahai orang-orang Muhajirin’. Lalu Nabi ﷺ keluar dan bertanya: ‘Ada apa dengan seruan orang-orang Jahiliyyah ini?’ Selepas diterangkan kepada baginda ﷺ tentang apa yang berlaku, baginda ﷺ bersabda: ‘Tinggalkanlah ia (seruan seperti orang Jahiliyyah itu), sesungguhnya ia perbuatan yang buruk’.”
(HR. Bukhari,no.3518,4905,4907. Muslim,no.2584)

No comments:
Post a Comment