Thursday, March 13, 2025
Doa Ketika Kesempitan Rezeki
Monday, January 27, 2025
Doa Solat Istikharah

Tuesday, January 21, 2025
Doa Agar Diberi Petunjuk Dan Ketaqwaan

Friday, January 17, 2025
Doa Berlindung Dari ‘Ain

Sunday, January 12, 2025
Doa Agar Nikmat Tidak Dihilangkan

Saturday, January 11, 2025
Doa Kebaikan Umum Namun Menyeluruh

Friday, January 10, 2025
Doa Pengampunan Untuk Diri, Ibu Bapa Dan Umat Islam (Doa Nabi Ibrahim)

Doa Agar Allah Memakbulkan Doa-Doa Kita

dari Zaid bin Arqam,dia berkata,
“Aku tidak akan berkata kepada kamu melainkan sebagaimana yang telah Rasulullah ﷺ katakan. Baginda bersabda: ....
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا
Allahumma inni A‘udzubika Min ‘ilmin Laa Yanfa’, Wa Min Qolbin Laa Yakh-sya’, Wa Min Nafsin Laa Tasy-ba’, Wa Min Da’watin Laa Yustajaabu Laha
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak pernah puas dan doa yang tidak mustajab).”
(HR. Muslim,no.2722)
Thursday, January 9, 2025
Doa Agar Dikurniakan Anak (Doa Nabi Zakariyya)

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariyya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ
Robbi, Laa Ta-Dzarnii Fardan Wa Anta Khoirul Waari-tsiin
(Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi).”
(al-Anbiyaa’ [21]: ayat 89)
:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Ketika itu Nabi Zakariyya berdoa kepada Tuhannya, katanya:
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةًۭ طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
Robbi Hablii Minal-Ladunka Dzurriyyatan Thoyyibah, innaka Sami’ud Du’a’
(Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan).”
(ali ‘Imran [3]: ayat 38)
NOTA:
Nabi Zakariyya juga berdoa agar anak yang Allah berikan kepadanya nanti anak yang diredhai Allah:
:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
“(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakariyya berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Ia merayu dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku, dan aku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub:
وَٱجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّۭا
Wa Aj‘alhu Robbi Rodhiyyaa
(dan jadikanlah dia (zuriatku) seorang yang diredhai).”
(Maryam [19]: ayat 3 - 6)
Doa Masuk Rumah

:: Hadis 1 ::
dari Abu Malik al-Asy‘ari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila seorang lelaki masuk ke rumahnya, hendaklah dia mengucapkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ، وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا
Allahumma inni As-aluka Khoirol Maulaj, Wa Khoirol Makhroj. Bismillahi Walajna, Wa Bismillahi Khorojna, Wa ‘alAllah Robbina Tawakkalna
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan menyebut nama Allah kami masuk dan kami keluar. Dan hanya kepada Rabb kami, kami bertawakal),
Kemudian hendaklah dia memberi salam kepada ahli keluarganya.”
(HR. Abu Daud,no.5096)
NOTA:
Hadis ini Dhaif, kerana hadis ini diriwayatkan dari Syarih bin ‘Ubaid dan Abu Malik, yang mana imam Ibnu Abi Hatim menukilkan perkataan ayahnya (imam Abu Hatim): “Shuraih bin ‘Ubaid al-Hadhrami tidak sempat bertemu dengan Abu Umamah, al-Harith bin al-Harith, dan al-Miqdam. Riwayatnya daripada Abu Malik al-Asy‘ari adalah mursal (terputus sanad)” (rujuk: al-Marasil,60-61). Juga dalam kitab lain bahawa imam Ibnu Hatim berkata: “Syarih bin ‘Ubaid daripada Abu Malik al-Asy‘ari, Mursal (terputus sanad)” (rujuk: at-Tahdzib,4/329). Hadis ini pada mulanya dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Silsilah as-Sahihah,no.225), namun beliau menarik semula dan menilai hadis ini sebagai Dhaif (rujuk: Silsilah al-Ahadis adh-Dhaifah,no.5832). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (rujuk: video), akan tetapi bagi beliau, doa ini boleh diamal kerana maknanya baik. Namun kata Syaikh Musthofa al-‘Adawi dalam video beliau yang lain (rujuk: video), sekiranya seseorang membaca “Bismillah” sahaja, sudah memadai berdasarkan hadis ini:
:: Hadis 2 ::
dari Jabir bin ‘Abdillah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila seseorang masuk ke dalam rumah lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam’. Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”
(HR. Muslim,no.2018)
Wednesday, January 8, 2025
Ucapan Ketika Terkejut

dari Zainab binti Jahsy berkata bahawa Nabi ﷺ telah masuk menemuinya dengan begitu serius lalu bersabda:
لا إلَهَ إلّا اللَّهُ”
Laa ilaha illAllah
(Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah),
celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang semakin dekat. Hari ini telah dibuka tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini”. Baginda memberi isyarat bulatan dengan jari telunjuknya dengan jari sebelahnya (ibu jari). Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa sedangkan bersama-sama kita ramai orang soleh?” Baginda menjawab: “Ya benar, jika keburukan (kemaksiatan) telah bermaharajalela”.
(HR. Bukhari,no.3346. Muslim,no.2880)
Bacaan Ketika Naik Dan Turun Dari Kawasan Tinggi

dari Jabir bin ‘Abdullah,dia berkata,
“Apabila kami mendaki kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih.”
(HR. Bukhari,no.2993)
NOTA:
Berdasarkan hadis ini, maka disunatkan seseorang untuk bertakbir (mengucapkan: “Allahu Akbar”) ketika bergerak naik ke kawasan tinggi, manakala bertasbih (mengucapkan: “SubẖanAllah”) ketika menuruni kawasan yang rendah. Sebagai contoh, jika kenderaan kita bergerak menaiki kawasan yang sedikit tinggi, maka ucapkan “Allahuakbar”, kemudian jika sudah mula menuruni kawasan tersebut, maka ucapkan “SubẖanAllah”. Wallahua’lam.
Doa Apabila Dipuji

dari ‘Adi bin Arthah,dia berkata,
“Dahulu ada seorang sahabat Nabi ﷺ, yang apabila dia dipuji mengucapkan:
اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Allahumma Laa Tu-Akhidz-nii Bimaa Yaqulun, Wagh-firli Maa Laa Ya’lamuun
(Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui).”
(HR. Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrad,no.761]. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih al-Adab al-Mufrad,no.585])
Tuesday, January 7, 2025
Bacaan Apabila Ada Sesuatu Yang Disukai Atau Tidak Disukai

dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ ketika mendapatkan sesuatu yang baginda sukai, baginda mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Alẖamdulillahil Ladzii Bini’matihi Tatimus̄ S̄oliẖat
(Segala puji bagi Allah yang dengan segala nikmatnya segala kebaikan menjadi sempurna).
Dan ketika baginda mendapatkan sesuatu yang tidak disukai, baginda mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Alẖamdulillahi ‘ala Kulli Hal
(Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan).”
(HR. Ibnu Majah,no.3803. Ibnu as-Sunni [rujuk: ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah,no.378]. at-Thabrani [rujuk: Mu’jam al-Ausath,no.6663]. Dengan sedikit perbezaan lafaz)
NOTA:
Hadis ini dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Sahih Ibnu Majah,no.3081). Hadis ini juga dinilai sahih dengan syawahid oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (rujuk: video) beliau dengan katanya: “Tetapi sanadnya adalah sebuah khabar yang di dalamnya terdapat sedikit kelemahan, namun secara keseluruhan (riwayat tersebut) sahih kerana adanya syawahid (hadis sokongan)”.
Doa Kesembuhan Nabi Ayyub

Doa Ziarah Kubur

:: Hadis 1 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“...Aku berkata kepada baginda (Nabi ﷺ): ‘Wahai Rasulullah, bagaimana aku ucapkan kepada mereka (ahli kubur)?’ Baginda menjawab: ‘Ucapkanlah:
السَّلاَمُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَلاَحِقُونَ
Assalamu ‘ala Ahlid-Diyar Minal Mukminiin Wal Muslimiin, Wa Yarẖamullahul Mustaqdimiin Minna Wal Mustak-Khiriin, Wa inna Insya-Allahu Bikum La-Laaẖiqun
(Keselamatan bagi tuan rumah ini dari kalangan orang-orang beriman dan kaum muslimin. Semoga Allah merahmati mereka yang telah mendahului kami, dan mereka yang akan datang. Dan sungguh kami dengan kehendak Allah akan menyusul kamu semua)’.”
(HR. Muslim,no.974b)
:: Hadis 2 ::
dari Buraidah bin Husaib,dia berkata,
“Bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengajarkan kepada mereka jika mereka keluar ke perkuburan, maka di antara mereka mengucapkan:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ
Assalamu‘alaikum Ahlad-Diyaar Minal Mukminiin Wal Muslimiin, Wa inna Insya-Allahu La-Laaẖiqun, As-alulloha Lanaa Wa Lakumul ‘Afiyah
(Keselamatan bagi tuan rumah ini dari kalangan orang-orang beriman dan kaum muslimin, dan sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusul kamu semua. Aku memohon kepada Allah untuk kami dan kamu semua ‘afiyah)’.”
(HR. Muslim,no.975)
Doa Apabila Melihat Buah Yang Masak

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Dahulu apabila orang ramai melihat buah pertama (yang masak), mereka membawanya kepada Nabi ﷺ. Apabila Rasulullah ﷺ mengambilnya, baginda berdoa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي ثَمَرِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِي مَدِينَتِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِي مُدِّنَا
Allahumma Bariklana Fii Tsamarina, Wa Bariklana Fii Madinatina, Wa Bariklana Fii S̄o-‘ina, Wa Bariklana Fii Muddina
(Ya Allah, berilah berkat kepada buah-buahan kami, berilah berkat kepada negeri kami, berilah berkat kepada gantang (timbangan) kami dan berilah berkat kepada cupak kami)...
Kemudian baginda memanggil kanak-kanak yang paling kecil dan memberikan buah tersebut kepadanya.”
(HR. Muslim,no.1373a)
:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ apabila dibawakan buah yang pertama (masak), baginda akan berdoa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي مَدِينَتِنَا وَفِي ثِمَارِنَا وَفِي مُدِّنَا وَفِي صَاعِنَا بَرَكَةً مَعَ بَرَكَةٍ
Allahumma Bariklana Fii Madinatina, Wa Fii Tsimarina, Wa Fii Muddina, Wa Fii S̄o-‘ina Barokatan Ma‘a Barokatin
(Ya Allah, berilah berkat kepada negeri kami, kepada buah-buahan kami, kepada cupak kami, kepada gantang (timbangan) kami dengan keberkatan yang berlipat ganda),
Kemudian baginda memberikan buah itu kepada kanak-kanak yang paling kecil yang hadir.”
(HR. Muslim,no.1373b)
Doa Tetamu Untuk Tuan Rumah

dari ‘Abdullah bin Busr,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah singgah di rumah ayahku. Kami menghidangkan kepada baginda makanan dan minuman. Baginda pun makan daripada makanan itu. Kemudian dibawakan kepada baginda tamar, lalu baginda memakannya sambil meletakkan biji tamar di antara dua jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengah (kata [perawi] Syu’bah: “Ini adalah sangkaanku, dan hal ini mungkin betul, iaitu meletakkan biji tamar di antara dua jari”). Kemudian, dibawakan kepada baginda minuman, lalu baginda meminumnya dan memberikan baki minuman kepada orang yang berada di sebelah kanannya. Ayahku pun berkata kepada baginda sambil memegang tali kekang haiwan tunggangan baginda dan meminta baginda untuk mendoakan kami. Maka baginda pun bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ
Allahumma Barik-Lahum Fii Maa Rozaqtahum, Wagh-Firlahum, Warẖamhum
(Ya Allah, berkatilah mereka pada rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada mereka, ampunkanlah mereka, dan rahmatilah mereka).”
(HR. Muslim,no.2042)
Doa Kepada Pengantin

Doa Sebelum Bersetubuh

dari Ibnu ‘Abbas,Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila salah seorang daripada kamu ingin mendatangi isterinya, maka bacalah:
بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Bismillah. Allahumma Jannib-Nasy Syaithon, Wa Janni-Bisy Syaithona Maa Rozaqtana
(Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami).
Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.”
(HR. Bukhari,no.6388. Muslim,no.1434a)