● DOA SEBELUM TIDUR ●
:: Hadis 1 ::
dari Hudzaifah,dia berkata,
‟Nabi ﷺ jika mendatangi katilnya, baginda berdoa:
اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتُ
Allahumma Bismika Aẖyaa wa Amuut
(Ya Allah,dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati)..”
(HR. Bukhari,no.7394)
:: Hadis 2 ::
dari Hudzaifah,dia berkata,
‟Apabila Nabi ﷺ hendak tidur, baginda membaca:
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا
Bismika-Allahumma Amuutu Wa Aẖya
(Dengan nama-Mu Ya Allah,aku mati dan aku hidup)..”
(HR. Bukhari,no.6324)
:: Hadis 3 ::
dari Abu Dzar,dia berkata,
‟Apabila Nabi ﷺ hendak tidur malam, baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا
Allahumma Bismika Amuutu Wa Aẖya
(Ya Allah,dengan nama-Mu aku mati dan aku hidup)..”
(HR. Bukhari,no.6325. Muslim,no.4886)
:: Hadis 4 ::
dari al-Bara’,dia berkata,
‟Bahawa Nabi ﷺ jika hendak tidur, maka baginda membaca doa:
اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ
Allahumma,Bismika Aẖya Wa Bismika Amut
(Ya Allah,dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati)..”
(HR. Muslim,no.2711)
:: Hadis 5 ::
dari al-Bara’ bin ‘Azib,dia berkata,
“Apabila Rasulullah ﷺ datang ke tempat tidur baginda, baginda berbaring mengiring ke kanan, lalu mengucapkan:
اللهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَا وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
Allahumma Aslamtu Nafsi ilaik, Wa Fawwadh-tu Amri ilaik, Wa Wajjahtu Wajhi ilaik, Wa Aljaktu Zhohri ilaik, Roghbatan Wa Rohbatan ilaik, Laa Maljaa Wa Laa Manja Minka illa ilaik, Aamantu Bi-Kitabikal Ladzi Anzalta, Wa Binabiyyikal Ladzi Arsalt
(Ya Allah, Aku serahkan jiwaku kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu, aku sandarkan belakangku kepada-Mu kerana takut (seksaan-Mu) dan berharap (ganjaran-Mu) kepada-Mu. Tidak ada tempat perlindungan dan keselamatan daripada ancaman-Mu, melainkan kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang telah Kamu turunkan dan Nabi-Mu yang telah Kamu utuskan).
Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa mengucapkannya kemudian mati pada malam itu, maka dia mati dalam keadaan fitrah’...”
(HR. Bukhari,no.6315)
● DOA SELEPAS BANGUN TIDUR ●
:: Hadis 5 ::
dari Hudzaifah,dia berkata,
‟..jika baginda ﷺ bangun di pagi hari, baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Alẖamdulillahil Ladzii Aẖyana Ba’da Maa Amaatana Wa Ilaihin Nusyuur
(Segala puji bagi Allah Yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kita kembali).”
(HR. Bukhari,no.6324,7394)
No comments:
Post a Comment