Thursday, April 4, 2013

Pakaian Berwarna Putih Adalah Sunnah

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu Abbas,Nabi ﷺ bersabda,
“Pakailah kamu pakaian yang berwarna putih kerana ia sebaik-baik pakaian, dan kafankanlah dengan pakaian putih tersebut mayat-mayat kamu.”
(HR. at-Tirmidzi,994. Abu Daud,no.4061. Ibnu Majah,no.3566. at-Tirmidzi berkata,hadis ini 'Hasan Sahih').

:: Hadis 2 ::
dari Samurah bin Jundub,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia adalah lebih suci dan lebih baik, begitu juga kafankanlah dengan pakaian putih itu mayat-mayat kamu.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2810. Imam at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai ‘Hasan Sahih’)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ dikafankan dengan tiga kain berwarna putih yang berasal dari Yaman...”
(HR. Bukhari,no.1264)

No comments:

Post a Comment