Wednesday, April 3, 2013

Sebesar Apapun Dosa, Allah Maha Pengampun!

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Katakanlah (kepada hamba-hambaKu yang beriman) ‘Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap dirinya (pernah berbuat salah), janganlah kamu putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.”
(Az-Zumar [39]: ayat 53)

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Allah berfirman:
‘Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan mengharap kepada-Ku, nescaya aku akan mengampunimu, dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu banyak sehingga memenuhi setinggi langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku nescaya aku akan mengampunimu, dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepada dengan dosa yang hampir-hampir memenuhi bumi kemudian bertemu dengan-Ku tanpa mensyirikkan Aku dengan apa-apa pun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan memberikan keampunan yang sama keluasannya seperti bumi’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3540)

NOTA:
Hadis ini diperselisihi status kesahihannya. Yang menilai ‘Sahih’ akan hadis ini adalah Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, dengan katanya: “Isnadnya tidak mengapa” (rujuk: Jami’ al-‘uluw wal hikam,2/400). Dinilai ‘Hasan’ oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Sahih al-Jami',no.4214). Syaikh Musthofa al-‘Adawi pula menilai hadis ini sebagai ‘Dhaif’ dalam video beliau, begitu jg imam at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai Dhaif selepas meriwayatkan hadis ini dengan katanya ‘Hasan Gharib’.

:: Hadis 2 ::
dari Abu Dzar,bahawa Nabi ﷺ bersabda,Allah berfirman,
“Wahai anak Adam,selama engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan ampuni apa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan ampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula. Wahai anak Adam, jika kamu melakukan dosa sehingga dosa kamu memenuhi langit, lalu kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni kamu tanpa peduli.”
(HR. Ahmad,no.20499 & 20529. Darimi,no.2669. dinilai ‘Hasan’ oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth dan Syaikh Husain Salim Asad)

No comments:

Post a Comment