dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: ‘Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku’. Lalu Allah menjawab: ‘Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku’. Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: ‘Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini’. Lalu Allah menjawab: ‘Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku’. Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: ‘Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini’. Lalu Allah menjawab: ‘Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku’. sebanyak tiga kali. ‘Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki’.”
(HR. Bukhari,no.7507)
NOTA:
Maksud “Maka biarlah dia lakukan yang dia kehendaki” ialah selagimana hamba tersebut bertaubat dengan jujur dan bersungguh-sungguh (bukan bermain-main atau mengambil ringan), maka Allah tetap mengampuninya.
Monday, August 17, 2026
Melakukan Dosa Dan Bertaubat Berulang Kali
Tuesday, August 4, 2026
Mustajabnya Doa Selepas Solat: Penjelasan Hadis
dari Abu Umamah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah ditanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah doa yang paling didengari?’ Baginda menjawab: ‘(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardhu’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3499. an-Nasaie (rujuk: Sunan al-Kubra,no.9856 & 9936. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis ini adalah hadis Hasan)
NOTA:
Hadis ini dinilai Dhaif oleh ulama’ hadis, kerana sanadnya munqathi’ (terputus). Imam al-Munawi berkata: “Rijalnya tsiqah, namun Ibnu Ma‘in berkata bahawa ‘Abdurrahman bin Sabith tidak mendengar dari Abu Umamah” (rujuk: Kasyf al-Manahij wa al-Tanqih,391). Imam Ibnu Hajar al-Asqalani juga berkata: “Padanya terdapat ‘illah (kecacatan), antaranya sanad terputus (inqitha’) dan syadz” (rujuk: al-Futuhat al-Rabbaniyyah,3/27), dan dalam kitab beliau yang lain beliau menyebutkan: “Lahu ‘illah (padanya terdapat kecacatan)” (rujuk: Nataij al-Afkar,2/247). Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi‘i juga menukilkan kata-kata imam Ibn Ma‘in tentang terputusnya sanad hadis ini (rujuk: Ahadith Mu‘allah Zhahiruha as̄-S̄iẖah,170). Syaikh Musthofa al-‘Adawi berkata: “Hadis ini Dhaif, kerana terputusnya sanad antara ‘Abdurrahman bin Sabith dan Abu Umamah” (rujuk: video). Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa meskipun hadis ini Dhaif, maknanya, iaitu anjuran berdoa selepas solat, mempunyai syawahid berdasarkan tafsiran para ulama' terhadap sebuah ayat al-Quran:
:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)”
(asy-Syarh / al-Insyirah [94]: ayat 7)
NOTA:
Tentang ayat: “maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)”, sebahagian ulama’ tafsir berkata bahawa maksudnya ialah berdoa setelah selesai melaksanakan solat.
Subscribe to:
Posts (Atom)