Wednesday, April 3, 2013

Jangan Buruksangka!

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Wahai orang-orang yg beriman! Jauhi kebanyakkan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”
(al-Hujurat [49]: ayat 12)

:: Hadis ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Jauhilah daripada berprasangka buruk, kerana prasangka buruk merupakan dusta yang besar. Dan janganlah melihat kesalahan orang lain, dan janganlah suka mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah saling membenci, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan (atau berkonspirasi), akan tetapi jadilah kamu semua sebagai hamba Allah yang bersaudara.”
(HR. Bukhari,no.6724)

No comments:

Post a Comment