:: Hadis 1 ::
dari Mu’adz bin Jabal,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang menghina saudaranya dengan satu dosa, dia tidak akan mati melainkan melakukannya juga.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2505)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih) oleh imam at-Tirmidzi selepas meriwayatkan hadis ini, dengan katanya: ‘Gharib’. Hadis ini Dhaif kerana sanadnya terputus di antara perawi Khalid bin Ma’dan dan Mu‘adz bin Jabal. Khalid tidak pernah bertemu dengan Mu‘adz (rujuk: Jami' at-Tirmidzi,no.2505). Sekalipun hadis ini Dhaif, namun kita tetap dilarang menghina pelaku dosa, kerana terdapat hadis Sahih yg lain, bahawa Nabi ﷺ melarang kita menghina orang yang melakukan dosa:

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila seorang hamba perempuan berzina dan sudah terbukti dia melakukannya, maka hukum sebatlah dia, jangan dia dicaci atau dihina. Sekiranya dia berzina lagi, sebatlah dia dan janganlah dia dicaci atau dihina. Kemudian, jika dia berzina kali ketiga, maka juallah dia walaupun dengan harga senilai sehelai rambut.”
(HR. Bukhari,no.2234. Muslim,no.1703)

No comments:
Post a Comment