Sunday, October 2, 2022

Solat Sunat Wudhu': Solat Yang Membuat Bilal Masuk Syurga

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda kepada Bilal ketika waktu solat Subuh,
“Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling engkau harapkan, yang telah engkau lakukan apabila memeluk Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasut mu di hadapan ku di syurga”. Beliau menjawab: “Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwudhu’ pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wudhu’ itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat”.
(HR. Bukhari,no.1149. Muslim,no.2458)

:: Hadis 2 ::
dari Humran,pelayan ‘Ustman ibn ‘Affan bahawasanya dia melihat ‘Ustman meminta sebekas air lalu dibasuhnya kedua-dua tangannya (sehingga pergelangan tangan) tiga kali, kemudian dimasukkannya tangan kanannya ke dalam bekas untuk berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung kemudian menghembuskan air dari hidung, kemudian membasuh mukanya tiga kali, dan kedua-dua tangannya hingga ke siku tiga kali, kemudian mengusap kepalanya, kemudian membasuh kedua-dua kakinya tiga kali hingga ke buku lali, kemudian beliau berkata: “Aku melihat Rasulullah ﷺ berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian baginda ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian dia solat dua rakaat dan tidak bercakap-cakap dalam dirinya (maksudnya solat dengan khusyu’) nescaya Allah ampuni segala dosanya yang telah lalu’.”

(HR. Bukhari,no.164. Muslim,no.331)

Thursday, September 29, 2022

Jibril Masukkan Tanah Ke Dalam Mulut Firaun?

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu Abbas,(salah satu perawi di dalamnya berkata) bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Jibril memasukkan tanah ke dalam mulut Fira’un, kerana bimbang Fira’un akan mengucapkan: ‘Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, atau bimbang Allah akan merahmatinya’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3108. Ahmad,no.2037 & 2989. at-Tirmidzi berkata,hadis ini 'Hasan Sahih Gharib')

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ & Khata’ (silap) oleh Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasmi beliau) kerana hadis ini diriwayatkan (sanadnya) dari Syu’bah bin al-Hajjaj, dari ‘Adi bin Tsabit, dari ‘Atho’ bin as-Sa‘ib, yg mana Syu’bah bin al-Hajjaj berkata, salah seorang dari mereka (‘Adi atau ‘Atho’) memarfu’kannya (mengatakan hadis ini sampai kepada Nabi ﷺ), dan (tentang) ‘Adi bin Tsabit, kata Syu’bah, dia salah seorang dari orang yg memarfu’kannya. (rujuk: al-Uqaili,Dhu‘afa’ al-Kabir,3/372). Kata Syaikh Khalid al-Hayek, Syu’bah adalah seorang perawi yg Tsiqah (dipercayai), akan tetapi dalam riwayat ini, seolah² berlaku waham (ragu-ragu) terhadap Syu’bah ketika meriwayatkan hadis² ini, kerana terdapat riwayat lain daripada imam Abu Daud at-Tayalisi (rujuk: Musnad-nya,341) bahawa Syu’bah meriwayatkan hadis ini daripada ‘Adi bin Tsabit dari ‘Atho’ bin as-Sa‘ib “tanpa ragu” bahawa ianya marfu’ (sampai kepada Nabi ﷺ). Sedangkan dalam riwayat al-Baihaqi pula (rujuk: Syu'ab al-Iman,7/44), dari Abu an-Nadr, bahawa Syu’bah meriwayatkan hadis ini dengan berkata: “Salah satunya dari Nabi ﷺ atau kedua²nya dari Nabi ﷺ”, begitu juga riwayat daripada imam at-Thobari (rujuk: Tafsir-nya,11/163), dari Waki’, kata Syu’bah: “Salah seorang dari mereka memarfu’kan (menyampaikannya) kepada Nabi ﷺ”. Kata Syaikh Khalid al-Hayek lagi: “Ianya diriwayatkan dengan syak (keraguan)!”. Syaikh Musthofa al-‘Adawi juga menilai hadis ini Dhaif di dalam video beliau, katanya: “La Yasih (Tidak Sahih)”.


:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,(salah satu perawinya atau kedua-dua perawinya berkata) bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Jibril berkata kepadaku: ‘Wahai Muhammad, sekiranya engkau melihatku ketika aku di laut, nescaya (engkau akan melihatku) memasukkannya ke dalam mulutnya. Kerana aku khuatir apabila rahmat Allah diberikan kepadanya sehingga dia diampunkan’.”
(HR. at-Thobari [rujuk: Tafsir at-Thobari,11/163]. al-Baihaqi [rujuk: Syu'ab al-Iman,7/44])

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Ulama’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Katsir bin Zadan, yg mana ketika Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) dan Abu Zur‘ah tentangnya, kata mereka: “Ini Syaikh yg Majhul (tidak dikenali)” (rujuk: Jarh wa Ta’dil,1/151). Kata adz-Dzahabi, banyak kejahilan di dalamnya (rujuk: Siyar A’lam an-Nubala’,13/306). 

:: Hadis 3 ::
dari Ibnu ‘Abbas,ia berkata,
“Sesungguhnya Fir’aun ketika hampir tenggelam, Jibril mengambil tanah lalu memasukkannya ke dalam (mulut Fir’aun) kerana takut Allah mengampuninya.”
(HR. at-Thobari [rujuk: Tafsir at-Thobari,11/164]. Ibnu Abi Hatim [rujuk: Tafsir Abi Hatim,6/1982])

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Syaikh Khalid al-Hayek Kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg disepakati akan Dhaif-nya, iaitu perawi yg bernama ‘Umar bin ‘Abdullah bin Ya’la, yg mana hadisnya dinilai Dhaif oleh imam Ahmad ibn Hanbal, Yahya Ibn Ma‘in, Abu Hatim dan an-Nasaie. Malah, Abu Hatim menambah: “Hadis ini Munkar”. Abu Zur‘ah berkata: “Laisa bi Qowiy (tidak kuat)”. ad-Daraquthni menilainya ‘Matruk’. (rujuk: adz-Dzahabi,Tahdzib al-Kamal,7/85). Hadis ini juga mempunyai jalur yg lain, dari al-Hussein bin Amr bin Muhammad al-Anqazi, dari ayahnya, dari Syu’bah hingga di-marfu’-kan kepada Nabi ﷺ (rujuk: Tafsir at-Thobari,11/163), namun jalur ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Khalid al-Hayek kerana Khata’ (silap) pada perawi al-Hussein bin ‘Amr, dia Dhaif dan dia dibicarakan (oleh Para Ulama’ hadis).


:: Hadis 4 ::
dari Ibnu ‘Abbas,Nabi ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menenggelamkan firaun, dia berkata: ‘Aku beriman bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan yang diimani oleh Bani Israel’. Maka Jibril berkata: ‘Wahai Muhammad, seandainya engkau melihat aku mengambil lumpur lautan lalu aku menyumbat lumpur tersebut ke dalam mulut firaun kerana takut dia mendapat rahmat tuhan’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3107. at-Thobari [rujuk: Tafsir at-Thobari,6/650]. Ibnu Abi Hatim [rujuk: Tafsir Ibnu Abi Hatim,6/1982])

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama ‘Ali bin Zaid dan Yusuf bin Mihran, yg mana kedua²nya dinilai Dhaif oleh ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: Talkhis al-Habir,4/199). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh at-Tirmidzi sendiri selepas meriwayatkan hadis ini dengan katanya: “Hasan” (Hasan di sisi at-Tirmidzi bermaksud Dhaif). Ibn ‘Uyainah juga menilai ‘Ali bin Zaid sebagai Dhaif (rujuk: adz-Dzahabi,Mizan al-I’tidal,ed. ‘Ali Muhammad al-Bajawi [Beirut: Dar al-Ma'rifah,1963],3/127). Abu Zur‘ah berkata: “Laisa bi Qowiy (dia tidak kuat)” (rujuk: adz-Dzahabi,Diwan ad-Dhu'afa' al-Matrukin,Hammad bin Muhammad al-Ansari [Mekah: Maktabah an-Nahdah al-Hadithah,1967],283). Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasminya) merasa seolah² sebenarnya Syu’bah meriwayatkan hadis ini dari ‘Ali bin Zaid, dari Yusuf Ibn Mihran, namun dia melakukan kesilapan dan meriwayatkan daripada ‘Adi bin Tsabit dan ‘Atho’ bin as-Sa‘ib. Syaikh Syu‘aib al-Arnauth juga menilai hadis ini sebagai Dhaif dalam Tahqiq beliau ke atas kitab Sahih Ibnu Hibban (rujuk: Muhammad bin Hibban,Sahih Ibn Hibban,[e.d. ‘Ala’ ad-Din bin Bilban],14/98).

Wallahua’lam Bissowab.

Solat: Letak Tangan (Sedekap) Di Bawah Pusat? Atas Pusat? Di Dada?

● SEDEKAP DI BAWAH PUSAT ●



dari ‘Ali bin Abi Thalib,dia berkata,
“Termasuk sunnah di dalam solat meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang satu lagi, di bawah pusat”
(HR. Abu Daud,no.756)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif Jiddan’ (terlalu lemah: tidak sahih) kerana di dalam sanadnya terdapat 2 orang perawi yg bermasalah. Pertama, perawi yg bernama ‘Abdurrahman bin Ishaq al-Kufi, yg mana Ibnu Abi Hatim berkata, bahawa dia dinilai Dhaif oleh imam Ahmad ibn Hanbal, dengan katanya: “Laisa bi syai (tiada apa-apanya/tiada nilai)” (rujuk: Jarh wa at-Ta’dil,5/213). Kata Yahya ibn Ma‘in: “Matruk (ditinggalkan)” (rujuk: Ibnul Jauzi,ad-Dhu‘afa’,2/89). Kedua, perawi Ziyad bin Zaid, yg mana Ibnu Abi Hatim menukilkan dari ayahnya (Abu Hatim), bahawa Abu Hatim ketika berkata tentangnya: “Majhul (tidak dikenali)” (rujuk: Jarh wa at-Ta’dil,3/532). Juga dinilai Majhul oleh Ibn ‘Abdil Hadi (rujuk: Tanqih al-Tahqiq,2/148). Hadis ini juga mempunyai jalur lain, daripada Abu Hurairah, namun hadis itu juga Dhaif kerana perawi ‘Abdurrahman bin Ishaq al-Kufi ada di dalam sanadnya.


● SEDEKAP DI ATAS PUSAT ●



dari Ibnu Jarir ad-Dhabbi,dari ayahnya,dia berkata,
“Aku melihat tangan kanan ‘Ali memegang tangan kirinya pada pergelangannya, di atas pusat.”
(HR. Abu Daud,no.757)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Syaikh al-Albani, kerana perawi Ibnu Jarir ad-Dhabbi (nama sebenarnya Ghazwan) & ayahnya adalah Dhaif, lemah hafalan (rujuk: Dhaif Sunan Abu Daud,1/294,no.130).


● SEDEKAP DI DADA ●



:: Hadis 1 ::
dari Wail bin Hujr,dia berkata,
“Aku pernah solat bersama Nabi ﷺ dan baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya, pada dadanya.”
(HR. Ibnu Khuzaimah,no.479. al-Baihaqi,no.2336)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ & ‘Munkar’, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Muamal bin Isma‘il, yg mana adz-Dzahabi menukilkan bahawa Imam Bukhari berkata (tentangnya): “Munkarul Hadis” (rujuk: al-Mizan,5/353). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Hatim, kerana banyak kesalahan (rujuk: Jarh wa at-Ta’dil,8/31). Muamal bin Isma‘il juga tafarrud (bersendiri) dan menyelisihi perawi-perawi Huffazh yg lain dalam hadis ini kerana yg meriwayatkan dari ast-Tsauri seperti ‘Abdurrazaq, al-Firyabi, al-Makhzumi dan lain² hanya meriwayatkan dengan lafaz “meletakkan tangan kanan pada tangan kirinya”, tanpa lafaz tambahan “di dadanya” (rujuk: Musnad al-Jami’,15/676). Hadis ini juga mempunyai jalur yg kedua, dari Muhammad bin Hujr al-Hadrami dari Sa‘id bin ‘Abdil Jabbar bin Wail dari ayahnya dari ibunya dari Wail bin Hujr, namun hadis ini juga ‘Dhaif’, kerana perawi Muhammad bin Hujr al-Hadrami yg mana adz-Dzahabi berkata: “Lahu Manakir (memiliki hadis² yg Munkar)” (rujuk: al-Mizan,3/511) dan perawi Sa‘id bin ‘Abdil Jabbar adalah Dhaif (rujuk: at-Taqrib,2357).

:: Hadis 2 ::
dari Thawus,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri, kemudian menarik keduanya di atas dada ketika solat.”
(HR. Abu Daud,no.759)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Sulaiman bin Musa, yg mana Abu Hatim berkata (tentangnya): “Mahalahu soduq (berada pada posisi orang yg jujur), namun beberapa hadisnya mempunyai idthirab (kegoncangan)”. imam al-Bukhari berkata: “Indahu Manakir (memiliki hadis² Munkar)”, dan an-Nasaie berkata: “Laisa bi Qowi (tidak kuat)” (rujuk: al-Mizzi,Tahdzib al-Kamal,12/97). Kedua, hadis ini Mursal (sanad terputus: diriwayatkan dari Tabi‘in secara terus kepada Nabi ﷺ tanpa melalui dari mana-mana sahabat Nabi). Thawus adalah Tabi‘in, bukan sahabat Nabi ﷺ.

:: Hadis 3 ::
dari Qabishah bin Hulb,dari ayahnya,ia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ dari kanannya dan dari kirinya (ketika solat), dan aku melihat ketika itu baginda meletakkan kedua tangannya di atas dadanya.”
(HR. Ahmad,no.20961)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana hadis ini diriwayatkan dari Simak bin Harb dari Qabishah bin Hulb, yg mana Qabishah dinilai ‘Majhul’ (tidak dikenali) oleh ‘Ali ibn al-Madini dan an-Nasaie. ‘Ali ibn al-Madini berkata lagi, bahawa tidak ada yg meriwayatkan hadisnya selain daripada Simak bin Harb (rujuk: adz-Dzahabi,Mizan al-i’tidal,3/384). Dan kata an-Nasaie, ketika Simak bin Harb bersendiri (dalam meriwayatkan hadis), maka dia tidak boleh dijadikan hujjah (rujuk: adz-Dzahabi,Siyar A’lam an-Nubala’,5/248). Qabishah juga dinilai Majhul oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,5/226).

NOTA (2):
Walaupun hadis² tentang ‘tempat’ tangan diletakkan ketika solat kesemuanya ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih), namun amalan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri adalah Sunnah Nabi yg Sahih, berdasarkan 2 Hadis:

:: Hadis 4 ::
dari Sahl bin Sa’d,dia berkata,
“Dahulu manusia diperintahkan agar meletakkan tangan kanannya di atas lengan kiri dalam solat.”
(HR. Bukhari,no.740)

:: Hadis 5 ::
dari Wail bin Hujr,
“Bahawa dia melihat Nabi ﷺ mengangkat kedua tangannya ketika memulakan solat dan bertakbir. (Hammam menggambarkan, baginda mengangkatnya sejajar kedua telinganya), lalu baginda memasukkan kedua tangannya di bajunya, kemudian meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya..”
(HR. Muslim,no.401)

KESIMPULAN:
Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri adalah Sunnah yg Sahih, hanya saja ‘tempat’ diletakkan tangan tidak ada yg Sahih, sebagaimana yg dikatakan oleh imam Ibnu al-Mundzir, bahawa “tiada tempat tertentu dalam meletakkan tangan satu khabar (hadis²) yg sahih dari Nabi ﷺ, maka dibolehkan samada meletakkan kedua tangan di bawah pusat atau di atas pusat” (rujuk: al-Ausath,3/94). Kata imam at-Tirmidzi, sebahagian Ulama’ berpendapat, kedua tangan diletakkan di atas pusat dan sebahagian yg lain lagi berpendapat kedua tangan diletakkan di bawah pusat, dan menurut Ulama’, ia bebas untuk dipilih (rujuk: Jami’ at-Tirmidzi,no.252). Dan tidak menjadi masalah juga untuk meletakkan kedua tangan di dada sebagaimana minoriti Ulama’ seperti Syaikh al-Albani dan sewaktu dengannya. Dibolehkan untuk memilih mengikut keselesaan dan kesesuaian diri masing-masing.
Wallahua'lam bissowab.

Wednesday, September 28, 2022

Kesahihan Hadis: Doa Mustajab Ketika Hujan

:: Hadis 1 ::
dari Sahl bin Sa’d,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Dua waktu yang doa tidak tertolak, atau jarang tertolak, iaitu ketika azan, dan ketika peperangan ketika manusia bertempur antara satu sama lain”. Dalam riwayat lain: “Ketika hujan.”
(HR. Abu Daud,no.2540. al-Baihaqi,no.6459)

NOTA:
Ziyadah (tambahan) “Dan waktu hujan” adalah ziyadah yg ‘Dhaif’, tidak sahih kerana di dalam sanadnya terdapat 2 perawi Dhaif. Pertama, perawi yg bernama Musa bin Ya’qub az-Zam‘i, yg mana dia seorang yg lemah hafalan. Kata an-Nasaie: “Laisa bi Qowi (tidak kuat)” (rujuk: Ibnul Jauzi,adh-Dhu’afa’ wa al-Matrukin,580). Kata ad-Daraquthni tentangnya: “La Yuhtajju Bihi (Tidak boleh berhujjah dengannya)” (rujuk: al-‘ilal,2/339). Ibnu Hajar al-Asqalani juga mendhaifkan beliau dengan katanya: “Soduq, lemah hafalannya” (rujuk: at-Taqrib,7026). Kedua, perawi Rizq bin Sa‘id bin ‘Abdurrahman, yg mana Kata Syaikh al-Albani, Ibnu Hajar menilai beliau sebagai ‘Majhul’ (tidak dikenali) (rujuk: ast-Tsamar al-Musthathab,1/139).

:: Hadis 2 ::
dari Makhul,Nabi ﷺ bersabda,
“Berdoalah (mintalah) di waktu yang mustajab doa, iaitu ketika bertemunya dua pasukan di medan pertempuran, ketika solat hendak didirikan dan ketika turunnya hujan.”
(HR. asy-Syafi‘i [rujuk: al-Umm,1/289])

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana dua sebab. Pertama, kerana perawi Mubham (tidak diberi nama), iaitu Syaikh-nya imam Syafi‘i meriwayatkan hadis ini kepada beliau, dalam masa yg sama, imam Syafi‘i tidak menegaskan samada Syaikh-nya ini Tsiqah (dipercayai) atau tidak. Kedua, hadis ini ‘Mursal’ (sanad terputus), kerana Makhul adalah Tabi‘in, bukan Sahabat Nabi ﷺ. Maka Makhul tidak pernah bertemu dengan Nabi ﷺ (kerana perbezaan zaman).

:: Hadis 3 ::
dari Makhul,dari sebahagian sahabat Nabi ﷺ,bahawa doa dianjurkan ketika turun hujan, dan ketika solat didirikan, ketika bertemunya kedua pasukan dalam perang, dan ketika turunnya hujan.
(HR. Ibnu Abi Syaibah [rujuk: al-Musannaf,no.19512])

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama ‘Abdul ‘Aziz bin Umar, yg mana imam Ahmad bin Hanbal berkata (tentangnya): “Dia bukan termasuk orang yang hafalannya kuat dan cermat” (rujuk: al-Khattabi,Ma‘alim as-Sunan,4/104).

:: Hadis 4 ::
dari Abu Umamah,Nabi ﷺ bersabda,
“Pintu-pintu langit dibuka dan doa diijabah pada empat waktu: ketika bertemunya pasukan (ketika perang), ketika turun hujan, ketika solat didirikan dan ketika melihat Ka’bah”.
(HR. al-Baihaqi [rujuk: Ma’rifat as-Sunan wal Atsar,7239-7240])

NOTA:
Hadis ini ‘Munkar’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama ‘Ufair bin Ma’dan, yg mana ramai Ahli Hadis menilainya Dhaif, lemah hafalan. imam Ahmad ibn Hanbal berkata tentangnya: “Munkarul Hadis, Dha‘if” (rujuk: al-Kamil,1544). Yahya Ibn Ma‘in berkata: “Laisa bi Syai (tiada apa-apanya/tiada nilai)” dan kata Abu Daud: “Dia seorang Syaikh yg soleh, namun Dhaif al-Hadis (Dhaif di dalam hadis)” (rujuk: adz-Dzahabi,al-Mizan,8/134). Ibnu Abi Hatim ketika bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentang ‘Ufair, kata Abu Hatim: “Dha'iful Hadis, dia banyak meriwayatkan riwayat yang palsu dari Sulaim bin Amir dari Abu Umamah dari Nabi ﷺ, jangan disibukkan dengan periwayatan darinya” (rujuk: Jarh wa at-Ta’dil,7/36). an-Nasaie berkata: “Tidak tsiqah (dipercayai)” (rujuk: ad-Dhu'afa',80). Kata Ibn ‘Adiy: “Keumuman riwayatnya tidak mahfuzh (terpelihara)” (rujuk: al-Kamil,5/2018). Dia juga dinilai Dhaif oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: at-Taqrib,4626), al-Haitsami (rujuk: Majma’ az-Zawa‘id,1571) dan al-‘Aini (rujuk: Nakhab al-Afkar,2/253. Umdat al-Qari,3/130). 

:: Hadis 5 ::
dari Salim (bin Abdullah bin Umar),dari ayahnya,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Pintu-pintu langit dibuka oleh 5 perkara: bacaan al-Qur’an, bertemunya dua pasukan (ketika perang), turunnya hujan, doa orang yang dizalimi dan adzan.”
(HR. ath-Thabrani [rujuk: ad-Du‘a,no.490])

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif Jiddan’, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Hafs bin Sulaiman yg mana imam Ahmad ibn Hanbal berkata (tentangnya): “Matrukul Hadis (Hadis²nya ditinggalkan)” (rujuk: al-‘ilal,2698). Kata al-Bukhari: “Para Ulama’ meninggalkan hadisnya” (rujuk: Tarikh al-Kabir,2/2767). an-Nasaie juga menilainya Matruk dengan katanya: “Matruk al-Hadis (hadis²nya ditinggalkan)” (rujuk: adh-Dhu’afa’ wal Matrukin,134). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Zur‘ah dan ad-Daraquthni (rujuk: Ibnu al-Jauzi,ad-Dhu’afa’ wal Matrukin,1/221. Sunan ad-Daraquthni,2/263). Dia adalah ahli dalam Qira‘ah al-Quran, namun dia lemah di dalam Hadis, sepertimana yg disebut oleh adz-Dzahabi (rujuk: Siyar A’lam an-Nubala’,5/260).

Kesemua hadis² berkaitan doa dimustajabkan ketika hujan adalah ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih) kerana kesemuanya tidak terlepas dari kritikkan para Ulama’ Hadis. Hadis² ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Khalid al-Hayek, beliau berkata: “Tiada yg tsabit tentang ini” (dalam 'Soalan' - no.113' di website rasmi beliau). Hadis² ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi di dalam video beliau.
Wallahua’lam bissowab.

Tuesday, September 27, 2022

Kisah Seorang Lelaki Yg Diampuni Dosanya Kerana "Takut" Kepada-Nya

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Dahulu ada seorang lelaki yang kecewa terhadap dirinya. Ketika dia hampir mati, dia berkata kepada anak-anaknya: ‘Jika aku mati, kamu semua bakarlah aku, hancur debukan aku kemudian jadikan aku ditiup angin. Demi Allah! Jika tuhanku dapat menangkapku nescaya Dia akan mengazabku dengan azab yang Dia tidak pernah azab sesiapa pun’. Apabila dia mati, hasratnya dilakukan kepadanya. Maka Allah memerintahkan bumi: ‘Himpunkan dia’. Maka bumi lakukannya lalu dia pun berdiri (dibangkitkan). Allah berkata: ‘Apakah yang menyebabkan engkau lakukan tindakanmu itu?’ Dia menjawab: ‘Wahai Tuhanku, kerana takutkan Engkau’. Maka Allah pun mengampunkannya.”
(HR. Bukhari,no.3481)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Telah berwasiat oleh seorang lelaki yang tidak pernah melakukan amal baik sama sekali. Apabila dia mati maka hendaklah dibakar mayatnya kemudian menerbangkan separuh debunya ke daratan dan separuh lagi ke lautan. Maka demi Allah, jika Allah berkuasa atasnya, Allah akan mengazabnya dengan satu azab yang tidak pernah diazabkan seorang pun pada alam ini. Maka tatkala lelaki itu mati maka dikerjakan sebagaimana wasiat lelaki itu dengannya. Maka Allah menyuruh daratan mengumpulkan debunya dan menyuruh lautan mengumpulkan debunya. Kemudian dihimpunkan semuanya lalu Allah bertanya padanya: ‘Kenapa kamu lakukan seperti ini?’ Jawabnya: ‘Kerana aku sangat takut kepada-Mu wahai Tuhan-Ku dan Kamu lebih mengetahui’. Maka, Allah pun mengampunkannya.”
(HR. Muslim,no.2756)

Saturday, September 10, 2022

Hadis Perbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat Tidak Sahih?

:: Hadis 1 ::
dari Abu Darda’,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat. Sesungguhnya ia disaksikan, disaksikan para malaikat. Sungguh, sekali-kali tidaklah salah seorang dari kamu berselawat kepadaku kecuali selawatnya akan dibentangkan kepadaku hingga dia selesai”. Aku bertanya: ‘Walaupun setelah meninggal dunia?’ Baginda menjawab: ‘Ya, walaupun setelah meninggal. Sesungguhnya Allah mengharamkan bagi bumi untuk memakan tubuh para nabi, maka Nabi Allah akan selalu hidup dan diberi rezeki’.”
(HR. Ibnu Majah,no.1637)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh imam al-Bukhari, kerana hadis ini diriwayatkan dari Zaid bin Aiman dari ‘Ubadah bin Nusayyi, yg mana imam al-Bukhari berkata, hadis ini Mursal (terputus sanad) antara Zaid bin Aiman dan ‘Ubadah bin Nusayyi (rujuk: at-Tarikh,3/387).

:: Hadis 2 ::
dari Abu Umamah,Nabi ﷺ bersabda,
“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”
(HR. al-Baihaqi,no.5995)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana ia diriwayatkan dari Makhul dari Abu Umamah, yg mana Ibnu Abi Hatim menukilkan kata ayahnya (Abu Hatim), bahawa Makhul tidak mendengar daripada Abu Umamah (rujuk: Jami’ at-Tahsil,285), begitu juga kata al-Mundziri (rujuk: Targhib wa at-Tarhib,2487). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Dhaif al-Jami’,1115).

:: Hadis 3 ::
dari Aus bin Aus,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya, daripada seafdhal hari-hari kamu ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam dan padanya juga dimatikannya, dan padanya tiupan sangkakala dan padanya juga berlakunya kebangkitan. Justeru, perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat kerana selawat kamu akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah, bagaimana dibentangkan selawat kami sedangkan kamu sudah reput atau dimakan tanah?’ Sabda baginda: ‘Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah mengharamkan bagi bumi untuk memakan jasad-jasad para nabi’.”
(HR. Ibnu Majah,no.1626 & 1075. Abu Daud,no.1047 & 1531. an-Nasaie,no.1357. Ahmad,no.15575. ad-Darimi,no.1526)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ & Ma’lul (mempunyai kecacatan pada sanad) oleh imam Abu Hatim ar-Razi, al-Bukhari & an-Nasaie. Hadis ini mempunyai 2 ‘illah (kecacatan pada sanadnya). Pertama, kesemua riwayat ini melalui jalan (perawi yg bernama) Husain bin ‘Ali al-Ju’fi dari ‘Abdurrahman bin Yazid bin Jabir, yg mana sebenarnya ‘Abdurrahman bin Yazid disini adalah ‘Abdurrahman bin Yazid “bin Tamim”, bukan “bin Jabir”. Kerana Abu Hatim & al-Bukhari berkata, penduduk Kufah (Iraq) yang meriwayatkan dari ‘Abdurrahman bin Yazid adalah Abdurrahman bin Yazid “bin Tamim”, bukan “bin Jabir”, sedangkan Husain bin ‘Ali al-Ju’fi adalah penduduk Kufah (rujuk: Jarh wa at-Ta’dil,5/300. al-Bukhari,Tarikh al-Kabir,5/365). Ibnu Hibban juga mengatakan perkara yg sama (rujuk: al-Majruhin,2/55), begitu juga dengan Khatib al-Baghdadi (rujuk: Tarikh al-Baghdad,10/212). Kedua,perawi ‘Abdurrahman bin Yazid “bin Tamim” ini dinilai Dhaif oleh imam al-Bukhari (rujuk: Tarikh al-Kabir,5/365) dan Abu Hatim ar-Razi (rujuk: ibnu Abi Hatim,al-‘ilal,1/196), dan dinilai Matruk al-Hadis (hadisnya ditinggalkan) oleh imam an-Nasaie (rujuk: adh-Dhu‘afa’ wa al-Matrukin,158). Hadis² ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (dalam video beliau) dan Syaikh Khalid al-Hayek (dalam profile rasmi Ask.fm beliau).
Wallahua’lam bissowab.

Sunday, September 4, 2022

Akhir Zaman: Orang Yang Berdusta Dianggap Jujur Dan Orang Yang Jujur Dianggap Berdusta

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidhah. Baginda ditanya: ‘Siapakah golongan al-Ruwaibidhah?’ Maka baginda menjawab: ‘Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar’.”
(HR. Ibnu Majah,no.4026. Ahmad,no.7571)

NOTA:
hadis ini ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih) kerana di dalam sanadnya terdapat 2 perawi yg bermasalah. Pertama, perawi bernama Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi, dimana Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim ar-Razi) tentangnya, kata Abu Hatim: “Laisa bi Qowi, Dhaiful hadis (tidak kuat, lemah dalam hadis)”. Imam al-Bukhari juga mengingkarinya (rujuk: Jarh wa Ta’dil,5/362). an-Nasaie juga berkata: “Laisa bi Qowi” (rujuk: ad-Dhu'afa wal Matrukin,69). Kata Abu Zur‘ah: “Munkarul Hadis” (rujuk: Sualat al-Barza‘i,356). Kedua, perawi yg bernama Ishaq bin Abi al-Furat, dia dinilai ‘Majhul’ (tidak dikenali) oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: at-Taqrib,102). Syaikh Khalid al-Hayek membahas panjang lebar tentang ke-Dhaif-an hadis² ini (dalam website rasmi beliau). Hadis ini juga dinilai Dhaif dan Ma’lul (mempunyai kecacatan pada sanadnya) oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (dalam video beliau).

Wednesday, August 31, 2022

Peristiwa 'Betis Disingkapkan' Di Akhirat Kelak

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“(Ingatlah) pada hari ketika betis disingkapkan dan mereka diseru untuk bersujud, maka mereka tidak mampu melakukannya. Pandangan mereka tertunduk ke bawah (malu), diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.”
(al-Qalam [68]: ayat 42 - 43)

:: Hadis ::
dari Abu Sa‘id,Nabi ﷺ bersabda,
“Tuhan kita menyingkap (mendedahkan) betis-Nya, maka bersujudlah setiap orang mukmin dan mukminah, sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang sujud di dunia kerana riyak dan sum‘ah. Mereka mencuba untuk sujud, namun belakang mereka kembali tegak.”
(HR. Bukhari,no.4919)

Tuesday, August 30, 2022

6 Doa Keluar Rumah

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barang siapa yang berkata (iaitu apabila ia keluar rumah):
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Bismillahi Tawakkaltu ‘alAllah, La H̱awla Wala Quwwata illa Billah
(Dengan Nama Allah, aku bertawakkal kepada-Nya dan tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah),
maka akan dikatakan kepadanya (iaitu para malaikat mendoakannya): ‘Sesungguhnya kamu akan dicukupi dan akan dilindungi, dan syaitan akan menjauhkan daripadanya’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3426. Abu Daud,no.5095)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ & Munqothi’ (terputus sanad) kerana hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Juraij dari Ishaq bin ‘Abdullah bin Abu Thalhah. Imam at-Tirmidzi bertanya kepada imam al-Bukhari tentang hadis ini, kata imam al-Bukhari, dia tidak tahu bahawa Ibnu Juraij mendengar daripada Ishaq (rujuk: al-‘ilal al-Kabir,1/362). Imam ad-Daraquthni juga mengatakan perkara yg sama, kata ad-Daraquthni: “Yang benar, Ibnu Juraij tidak mendengar dari Ishaq” (rujuk: al-‘ilal,12/12-13).

:: Hadis 2 ::
 بِسْمِ اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Jika seseorang keluar dari pintu rumahnya atau dari pintu tempat tinggalnya, maka dia akan di sertai oleh dua Malaikat yang diwakilkan dengannya. Jika dia mengatakan ‘Bismillah (dengan nama Allah)’, maka dua malaikat tersebut akan menjawab: ‘Kamu telah diberi petunjuk’. Jika dia mengucapkan ‘Laa H̱awla Walaa Quwwata illa Billah (Tiada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah)’, maka kedua Malaikat tersebut akan berkata: ‘Kamu telah di lindungi’. Jika dia mengucapkan ‘Tawakkaltu ‘Alallah (aku bertawakkal kepada Allah)’. Maka kedua Malaikat tersebut akan berkata: ‘Kamu telah di cukupi’. Kemudian jika dua Qorinnya menemuinya, maka kedua Malaikat tersebut akan mengatakan: ‘Apa yang akan hendak kamu lakukan dari seseorang yang telah diberi petunjuk, di cukupi dan di lindungi ini?”
(HR. Ibnu Majah,no.3886)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Harun bin Harun, yg mana imam Bukhari berkata (tentangnya): “Laisa bi dzaka (tidak seperti itu/bukan perawi yg kuat)” (rujuk: Tarikh al-Kabir,8/226. Tarikh al-Awsat,2/176). Abu Hatim berkata: “Munkar al-Hadis” (rujuk: Jarh wa al-Ta’dil,9/98).

:: Hadis 3 ::
dari ‘Utsman bin ‘Affan,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah seorang muslim keluar dari rumahnya untuk bepergian atau yang lainnya, kemudian ketika keluar, dia membaca:
بِسْمِ اللَّهِ آمَنْتُ بِاللَّهِ ، اعْتَصَمْتُ بِاللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Bismillahi Amantu Billahi, i’tasomtu Billahi, Tawakkaltu ‘Alallah, Laa H̱awla Wala Quwwata illa Billah’
(dengan Nama Allah, aku beriman kepada Allah, berpegang teguh kepada Allah, bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali dari Allah),
nescaya diberi rezeki lebih baik dari tempat keluarnya dan dihindarkan dari keburukan selama (dia) keluar.”
(HR. Ahmad,no.441)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasmi beliau, pada ‘hadis kelapan’ kerana hadis ini diriwayatkan daripada ‘seorang lelaki’ dari ‘Utsman bin ‘Affan. ‘Lelaki’ disitu Majhul (tidak dikenali) dan tidak diketahui.

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Apabila Rasulullah ﷺ keluar dari rumahnya, baginda mengucapkan:
بِسْمِ اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ، التُّكْلَانُ عَلَى اللَّهِ
  Bismillahi, La H̱awla Walaa Quwwata illa Billah, At-tuklanu ‘alAllah
(Dengan nama Allah, tiada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah dan bersandar kepada Allah).”
(HR. Ibnu Majah,no.3885)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama ‘Abdullah bin Husain bin ‘Atho’ bin Yasar, yg mana dia dinilai Dhaif oleh imam al-Bukhari, kata al-Bukhari: “Wa fihi nazhar (harus diteliti)” (rujuk: Tarikh al-Kabir,5/72), juga dinilai Dhaif oleh imam Abu Zur‘ah (rujuk: Jarh Wa Al-Ta'dil,5/35). Imam al-Bus̄iri juga menukilkan bahawa ‘Abdullah bin Husain ini dinilai Dhaif oleh imam Bukhari, Abu Zur‘ah dan Ibnu Hibban (rujuk: Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibnu Majah,1356). Dia juga dinilai Dhaif oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: at-Tahdzib,4/272).

:: Hadis 5 ::
dari Abi Khasafah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila seseorang kamu keluar daripada rumahnya, maka ucapkanlah:
بِسْمِ اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ مَا شَاءَ اللَّهُ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Bismillahi La H̱awla Wala Quwwata illa Billahi Masya Allah, Tawakkaltu ‘alAllah, Hasbiyallah wa Ni’mal Wakiil
(Dengan nama Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah, apa yg diinginankan oleh Allah, aku bertawakkal kepada Allah, cukuplah Allah untukku dan Dia sebaik-baik penolong).”
(HR. at-Thabrani [rujuk: Mu'jam al-Kabir,22/396])

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ & ‘Munkar’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Yahya bin Yazid, yg mana ketika Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentangnya, kata Abu Hatim: “Munkar al-Hadis” (rujuk: Jarh wa at-Ta’dil,9/198). Dia juga dinilai Dhaif oleh Ibn ‘Adiy (rujuk: al-Kamil,7/247), juga dinilai Dhaif oleh imam al-Bukhari, Ahmad ibn Hanbal, Ibn Ma‘in, Abu Zur‘ah, dan an-Nasaie (rujuk: Tahdzib al-Kamal,32/198).

:: Hadis 6 ::
dari Ummu Salamah,ia berkata,
“Nabi ﷺ tidak pernah keluar dari rumah kecuali baginda melihat ke langit lalu berdoa:
اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ ، أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيّ
Allahumma A‘udzubika An Adhilla Au Udholla, Au Azilla Au Uzalla, Au Azhlima Au Uzhlama, Au Ajhala Au Yujhala ‘Alay
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ketersesatan atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi dan membodohi atau dibodohi).”
(HR. Abu Daud,no.5094. Ibnu Majah,no.3884. an-Nasaie,no.5486 & 5539. Lafaz setiap riwayat sedikit berbeza², dan ini lafaz dari Abu Daud)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh imam Ibnu al-Madini, kerana hadis ini diriwayatkan daripada asy-Sya’bi dari Ummu Salamah. Kata Ibnu al-Madini, Sya’bi tidak mendengar dari Ummu Salamah, seperti yg dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: Nataij al-Afkar fi Takhrij Ahadith al-Adzkar,1/155). Ibnu Hajar juga berkata, bahawa Ibnu al-Madini berkata dalam kitab “al-‘ilal”, bahawa Sya’bi tidak mendengar dari Zaid bin Tsabit, dan dia tidak bertemu dengan Abu Sa‘id al-Khudri atau Ummu Salamah (rujuk: Tahdzib at-Tahdzib,5/68). Sanad hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (dalam video beliau) kerana Sya’bi tidak mendengar dari Ummu Salamah. Hadis ini adalah hadis yg paling ringan Dhaif-nya dalam bab ini.

Sekalipun hadis² doa keluar rumah ini kesemuanya Dhaif, tidak sahih, akan tetapi tidak menjadi masalah untuk mengamalkan mana-mana doa dari hadis² ini kerana sepakat para Ulama’ bahawa doa yg berasal dari hadis yg tidak sahih (dengan syarat maknanya tidak bercanggah dengan syara’), sekalipun hadis itu Maudhu: (Palsu), boleh diamalkan dengan syarat: tidak meyakini bahawa doa itu daripada Nabi ﷺ dan juga memberitahu tentang ke-tidak sahih-an hadis tersebut ketika menyebarkannya kepada orang lain.
Wallahua’lam bissowab.

Monday, August 29, 2022

Orang Yang Membunuh Diri Tidak Kekal Dalam Neraka

dari Jabir,dia berkata,
“at-Thufail bin ‘Amru Ad-Dausi telah mendatangi Nabi dan dia telah berkata kepada baginda: ‘Wahai Rasulullah, apakah engkau mahu mendapat perlindungan dan benteng yang kuat? Iaitu benteng yang dimiliki orang-orang Daus pada masa jahiliyah?’ Nabi ﷺ menolaknya kerana lebih memilih dengan apa yang Allah janjikan untuk orang-orang Ans̄ar. Ketika Nabi ﷺ berhijrah ke Madinah, at-Thufail bin ‘Amru turut berhijrah bersama seorang lelaki daripada kaumnya. Keadaan cuaca di Madinah tidak sesuai dengannya lalu lelaki itu jatuh sakit dan tidak dapat menahan kesakitan itu, lalu dia mengambil mata anak panah lalu memotong tangannya lalu darah mengalir keluar daripada tangannya hingga dia mati. At-Thufail melihat lelaki itu dalam mimpinya. Lelaki itu berada dalam keadaan baik dan kelihatan tangannya berbalut. Dia bertanya kepada lelaki itu: ‘Apa yang telah tuhan kamu lakukan kepada mu?’ Lelaki itu menjawab: ‘Tuhan ku telah mengampuni aku kerana hijrah ku kepada Nabi ﷺ’. At-Thufail bertanya lagi: ‘Kenapa aku lihat tangan kau berbalut?’ Lelaki itu menjawab: ‘Dikatakan kepada ku: Kami tidak akan mengelokkan apa yang telah engkau rosakkan’. At-Thufail menceritakan kepada Nabi ﷺ hal itu. Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Ya Allah, untuk tangannya itu, kau ampunilah’.”
(HR. Muslim,no.116)

Thursday, August 25, 2022

Jangan Berlebihan Dalam Mencintai Dan Membenci Seseorang (kata Saidina Ali)

dari Abu Hurairah (dikatakan,bahawa Nabi ﷺ) berkata,
“Cintailah orang yang kamu cintai seadanya (jangan melampau). Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang seadanya (jangan melampau), boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1997)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh at-Tirmidzi sendiri selepas meriwayatkan hadis ini dengan katanya ‘Hasan Gharib’. Hadis ini tidak Sahih bahawa ini perkataan Nabi ﷺ, namun kata beliau, yang Sahih adalah hadis ini Mauquf (kata-kata Sahabat) dari ‘Ali bin Abi Thalib, bukan dari Nabi ﷺ:

dari ‘Ali bin Abi Thalib,dia berkata,
“Cintailah orang yang kamu cintai seadanya (jangan melampau). Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang seadanya (jangan melampau), boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1997,melalui jalur kedua. Ini dinilai ‘Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

Sunday, August 21, 2022

7 Bacaan Sebelum al-Fatihah Pada Rakaat Pertama (Doa Iftitah)

:: Hadis 1 ::
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Alhamdulillahi H̱amdan Katsiron Thoyyiban Mubarokan Fiih
[Segala puji bagi Allah, pujian yg banyak, terbaik serta penuh berkat di dalamnya]

(HR. Muslim,no.600. Abu Daud,no.793. dari Anas bin Malik)

NOTA:
Disebabkan bacaan iftitah inilah, membuatkan 12 Malaikat berebut mengangkat kalimat itu.

:: Hadis 2 ::
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ . اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ الْخَطَايَا ، كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ . اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ ، بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَد
Allahumma Ba‘id Baini Wa Baina Khotho-yaya, Kama Ba-‘adta Bainal Masyriqi Wal Maghrib. Allahumma Naqqini min Khotho-yaya, Kama Yunaqqost-Tsaubul Abyadhu Minad-Danas. Allahummagh-silni Min Khotho-yaya, Bist-Tsalji Wal Ma-i Wal Barod.
[Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku, sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, cucilah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan salji, air dan air batu]

(HR. Muslim,no.598. an-Nasaie,no.60. dari Abu Hurairah)

Dalam sahih al-Bukhari, terdapat perbezaan lafaz yang juga boleh diamalkan:

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
Allahumma Ba‘id Baini Wa Baina Khotho-yaya, Kama Ba-‘adta Bainal Masyriqi Wal Maghrib. Allahumma Naqqini MINAL Khotho-yaya, Kama Yunaqqost-Tsaubul Abyadhu Minad-Danas. Allahummagh-SIL Khotho-yaya, Bil Ma-i Wast-Tsalji Wal Barod.

(HR. Bukhari,no.744. dari Abu Hurairah)

:: Hadis 3 ::
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Allahu Akbaru Kabiro, Walẖamdulillahi Katsiro, Wa SubẖanAllahi Bukrotaw Wa-as̄ila
[Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yg banyak, Maha Suci Allah baik waktu pagi dan petang]

(HR. Muslim,no.601. dari Ibnu ‘Umar)

:: Hadis 4 ::
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ. أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Wajjahtu Waj-hiya Lilladzi Fathoros-Sama Wati Wal Ardho H̱anifa, Wama Ana Minal Musyrikin. Inna S̄olati Wa Nusuki Wa Maẖyaya Wa Mamati Lillahi Robbil ‘Alamin. Laa Syarikalahu Wa Bidza Lika Umirtu Wa Ana Minal Muslimin. Allahumma Antal Maliku La ila ha illa Anta. Anta Robbi Wa Ana ‘Abduka. Zholamtu Nafsi Wa’Taroftu Bi Dzanbi, Faghfirli Dzunubi Jami‘aa, innahu Laa Yaghfirudz Dzunuba illa Anta. Wahdini Li-Aẖsanil Akhlaqi Laa Yahdi Li-Aẖsaniha illa Anta. Was̄-Rif ‘Anni Sayyi-Ahaa Laa Yas̄rifu ‘Anni Sayyi-Ahaa illa Anta. Labbaika Wa Sa'Daika Wal Khoiru Kullahu Fii Yadaik, Wasy-Syarru Laisa ilaik. Ana Bika Wa ilaika, Tabarokta Wa Ta'alaita, Astaghfiruka Wa Atubu ilaik.
[Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Oleh kerana itu, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan akui dosa-dosaku. Maka,ampunilah semua dosa-dosaku. Sesungguhnya, tidak ada yang boleh mengampuni segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku akhlak yang paling terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup menjauhkannya melainkan hanya Engkau. Aku patuhi segala perintah-Mu, dan aku tolong agama-Mu. Segala kebaikan berada di tangan-Mu. Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh dengan-Mu dan kepada-Mu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Kumohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepada-Mu]

(HR. Muslim,no.771. dari ‘Ali bin Abi Thalib)

:: Hadis 5 ::
      سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، تَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَتَعَالَى جَدُّكَ ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُك
SubẖanakAllahumma Wa Biẖamdika, Tabarokas-muka, Wa Ta‘ala Jadduka, Wa Laa ilaha Ghoiruk
[Maha Suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu, Maha Berkat nama-Mu, Maha Tinggi Keagungan-Mu, Dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau]

(HR. Muslim,no.399. Ini adalah bacaan Saidina ‘Umar)

:: Hadis 6 ::
  اللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ. أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ. اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ. إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِي
Allahumma Robba Jabro-ila, Wa Mika-ila, Wa isrofil. Fathiros Sama Wati Wal Ardh. ‘Alimal Ghoibi Wasy-Syahadah. Anta Taẖ-Kumu Baina ‘ibadika Fima Kanu Fihi Yakh-Talifun. Ihdini Limakh-Tulifa Fihi Minal H̱aqqi Bi idznik. Innaka Tahdi Man Tasya-u ila S̄irothim Mustaqim
[Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Isrofil. Pencipta Langit dan Bumi. Yang mengetahui hal ghaib dan nyata. Engkaulah hakim di antara hamba-hambaMu dalam hal-hal yg mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku kebenaran dalam apa yang mereka perselisihkan, dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk menuju jalan yg lurus, kepada siapa saja yang Engkau kehendaki]

(HR. Muslim,no.770. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 7 ::
اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ. أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ وَوَعْدُكَ الحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ، وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Allahumma Lakal H̱amdu. Anta Qoyyimus Sama-Wati Wal Ardhi Wa Man Fihinna. Walakal H̱amdu Laka Mulkus Sama-Wati Wal Ardhi Wa Man Fihinna. Walakal H̱amdu. Anta Nurrus Sama-Wati Wal Ardhi Wa Man Fihinna. Walakal H̱amdu Anta Malikus Sama-Wati Wal Ardhi, Walakal H̱amdu Antal H̱aqqu Wa Wa'Dukal H̱aqqu, Waliqo-Uka H̱aqqun, Wa Qouluka H̱aqqun, Wal Jannatu H̱aqqun, Wa Narru H̱aqqun, Wan Nabiyyuna H̱aqqun, Wa Muẖammadun Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallama H̱aqqun, Was Sa‘atu H̱aqqun. Allahumma Laka Aslamtu, Wa Bika Amantu, Wa ‘Alaika Tawakkaltu, Wa ilaika Anabtu, Wa Bika Khoṡomtu, Wa ilaika akamtu. Faghfirli Maa Qoddamtu Wamaa Akh-Khortu, Wa Maa As-Rortu, Wa Maa A’lantu. Antal Muqoddim, Wa Antal Muakh-Khir, La ila ha illa Ants.
[Ya Allah, segala puji bagi Engkau. Engkau pemelihara langit dan bumi serta orang-orang yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau memiliki kerajaan langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau adalah cahaya bagi langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau Raja langit dan bumi dan Raja bagi siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkaulah al-Haq. Janji-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, pertemuan dengan-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, syurga itu benar adanya, neraka itu benar adanya, para nabi itu membawa kebenaran dan Muhammad ﷺ itu membawa kebenaran, hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu lah aku berserah diri. Kepada-Mu lah aku beriman. Kepada-Mu lah aku bertawakal. Kepada-Mu lah aku bertaubat. Kepada-Mu lah aku mengadu. Dan kepada-Mu aku berhukum. Maka ampunilah dosa-dosaku. Baik yang telah aku lakukan maupun yang belum aku lakukan. Baik apa yang aku sembunyikan maupun yang aku nyatakan. Engkaulah Pemula dan Pengakhir. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau]

(HR. Bukhari,no.1120. dari Ibnu ‘Abbas)

Saturday, August 20, 2022

Namakan Anak Dengan Nama Harith Dan Hammam?

dari Abu Wahab al-Jusyami,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Namakan anak-anakmu dengan nama para Nabi dan nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Dan nama yang paling benar ialah Haris dan Hammam. Dan nama yang paling buruk Harb dan Murrah.”
(HR. Abu Daud,no.4950. Ahmad,no.18258. Ini dari lafaz Abu Daud)

NOTA:
Hadis ini Dhaif & Ma’lul (mempunyai kecacatan), kerana hadis ini dinilai Mu’dhal (di dalam sanadnya terdapat 2 orang perawi atau lebih, yg gugur secara berturut²) oleh imam Abu Hatim ar-Razi kerana Abu Wahab dalam sanad ini bukanlah Abu Wahab al-Jusyami (sahabat Nabi ﷺ), akan tetapi Abu Wahab disini adalah Abu Wahab al-Kala‘i, iaitu perawi yg hidup di zaman Tabi‘ut Tabi‘in (rujuk: al-Marasil,118 dan al-‘ilal,2451). Syaikh Khalid al-Hayek menukilkan perkara ini ketika beliau menyebut tentang hadis ini (dalam Telegram rasmi beliau). Namun katanya, hadis ini Dhaif pada ziyadah (tambahan) “Dan sebenar-benar nama adalah Harith... (hingga akhir hadis)”, adapun lafaz “Nama yg paling disukai Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman” adalah Sahih, kerana terdapat riwayat lain yg mengatakan demikian:

dari Ibnu ‘Umar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdur-Rahman.”
(HR. Muslim,no.2132. Abu Daud,no.4949)

Saturday, August 6, 2022

Duduk Berzikir Selepas Solat Subuh Dapat Pahala Haji Dan Umrah?

dari Anas bin Malik dia,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat sunat dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna.”
(HR. at-Tirmidzi,no.586. dinilai ‘Hasan Gharib’ oleh at-Tirmidzi)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh sebahagian ulama’, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abu Zhilal, atau nama sebenarnya Hilal bin Abi Hilal, dimana dia dinilai Dhaif oleh Ibn Ma‘in dan an-Nasaie (rujuk: Ibn ‘Adiy,al-Kamil,7/119). Ibnu Hibban juga menegaskan bahawa tidak boleh berhujjah dengan hadisnya (rujuk: al-Majruhin,3/85). Dia juga dinilai ‘Munkar’ oleh imam al-Bukhari, malah Yahya Ibn Ma‘in men-Dhaif-kannya dengan berkata: “Laisa bi Syai (tidak ada apa-apanya/tiada nilai)” (rujuk: al-‘Uqaili,ad-Dhu‘afa’,4/345). Syaikh Khalid al-Hayek juga menilainya Dhaif dengan katanya: “Laisa bi Syai, Munkar al-Hadis!” (dalam website rasmi beliau pada 'Soalan' - no.134) & hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (di dalam video beliau). Akan tetapi, duduk berzikir selepas solat subuh sehingga terbit fajar adalah Sunnah, kerana terdapat di dalam hadis sahih yg lain bahawa Nabi ﷺ melakukan hal tersebut:

dari Jabir bin Samurah,ia berkata,
“Baginda (Nabi ﷺ) biasanya tidak beranjak daripada tempat duduknya setelah solat Subuh sehinggalah terbit matahari. Apabila matahari terbit, baginda berdiri (meninggalkan tempat solat).”
(HR. Muslim,no.670)

Tuesday, August 2, 2022

Bacaan Istighfar Yang Sahih

:: al-Quran 1 ::
أَسْتَغْفِرُ الله
Astaghfirullah
[Aku memohon ampun kepada Allah]

(al-Baqarah [2]: ayat 106 & 199. an-Nisa' [4]: ayat 64)

:: al-Quran 2 ::
أَسْتَغْفِرُ رَبِّي
Astaghfiru Robbi
[Aku memohon ampun kepada Tuhanku]

(Hud [11]: ayat 3 & 52. al-Kahfi [18]: ayat 55. Nuh [71]: ayat 10)

:: al-Quran 3 ::
غُفْرَانَك
Ghufronak
[Pengampunan-Mu (wahai Allah)]

(al-Baqarah [2]: ayat 285)

:: al-Quran 4 ::
اِغْفِرْ
Ighfir
[Ampunkanlah (aku)]

(al-Mu'minun [23]: ayat 118)

:: Hadis 1 ::
أَسْتَغْفِرُ الله (70 kali sehari)

Astaghfirullah (70 kali sehari)
[Aku memohon ampun kepada Allah]

(HR. at-Tirmidzi,no.3259. dari Abu Hurairah. dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

:: Hadis 2 ::
أَسْتَغْفِرُ الله (100 kali sehari)

Astaghfirullah (100 kali sehari)
[Aku memohon ampun kepada Allah]

(HR. Muslim,no.2702. at-Tirmidzi,no.3259. dari Abu Hurairah. dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

:: Hadis 3 ::
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (70+ kali sehari)

Astaghfirullah wa Atubu ilaih (70+ kali sehari)
[Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya]

(HR. Bukhari,no.6307. dari Abu Hurairah)

:: Hadis 4 ::
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ لَكَ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma Anta Robbi, La ila Ha illa Anta Kholaqtani Wa Ana ‘Abduk, Wa Ana ‘Ala ‘Ahdika Wa Wa’dika Masta-Tho’tu, ‘Audzubika Min Syarri Ma Sona’tu, Abu-Ulaka Bini’matika ‘Alayya, Wa Abu-Ulaka Bi Dzanbi Faghfirli, Wa innahu La Yaghfirudz Dzunuba illa Ants
[Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau yg menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu, aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku, aku berlindung kepada-Mu dari keburukkan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku, kerana tiada yg dapat mengampuni dosa selain Engkau]

(HR. Bukhari,no.6306. at-Tirmidzi,no.3393. an-Nasaie,no.5522. dari Syaddad bin Aus)

NOTA:
Semua bacaan istighfar di atas adalah baik, tetapi bacaan yg paling afdhal ialah Hadis 4 atau lebih dikenali sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar), kerana daripada Syaddad bin Aus, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkannya di waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang,maka ia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa yang membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk penghuni syurga.”
(HR. Bukhari,no.6306. at-Tirmidzi,no.3393. an-Nasaie,no.5522)