:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah (dikatakan bahawa Nabi ﷺ) berkata,
“Cintailah orang yang kamu cintai seadanya (jangan melampau). Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang seadanya (jangan melampau), boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1997)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh at-Tirmidzi sendiri setelah meriwayatkan hadis ini dengan katanya: “Hadis ini Gharib”. Hadis ini tidak sahih penisbahannya ke atas Nabi ﷺ, namun kata beliau, yang Sahih adalah hadis ini Mauquf (kata-kata Sahabat) dari ‘Ali bin Abi Thalib, bukan dari Nabi ﷺ. Hadis ini juga dinilai dhaif oleh imam Ibnu Muflih, dengan katanya: “Isnadnya dhaif” (rujuk: al-Adab asy-Syar‘iyyah,1/82).
:: Hadis 2 ::
dari ‘Ali bin Abi Thalib,dia berkata,
“Cintailah orang yang kamu cintai seadanya (jangan melampau). Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang seadanya (jangan melampau), boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
(HR. Ibnu Abi Syaibah,no.37026. al-Baihaqi [rujuk: Syu‘ab al-Iman,no.6168]. Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrad,no.1321]. at-Thabari [rujuk: Tahdzib al-Atsar,no.438])
NOTA:
Hadis ini dinilai sahih secara mauquf oleh imam al-Baihaqi, kata beliau: “Yang terpelihara (sanadnya) adalah yang mauquf (yang dinisbahkan kepada ‘Ali bin Abi Thalib)” (rujuk: Syu‘ab al-Iman,5/2245). Imam al-Baghawi juga menilai hadis ini sahih mauquf ke atas ‘Ali, dengan katanya: “Sebahagian mereka merafa’kannya dari ‘Ali dan dari Abu Hurairah, dan yang sahih adalah yang mauquf ke atas ‘Ali” (rujuk: Syarh as-Sunnah,6/466). Hadis ini dinilai hasan li ghairih mauquf oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Sahih al-Adab al-Mufrad,no.992), dan hadis ini dinilai sahih oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth (rujuk: Takhrij Syarh as-Sunnah,66/13).
Thursday, August 25, 2022
Jangan Berlebihan Dalam Mencintai Dan Membenci Seseorang (kata Saidina Ali)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment