Friday, March 15, 2024

Bumi Dijadikan Sebagai Tempat Sujud

dari Abu Dzar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Di mana saja kamu menemui solat, maka solatlah kerana bumi dijadikan sebagai tempat sujud.”
(HR. Bukhari,no.3425. Muslim,no.520)

NOTA:
Imam an-Nawawi berkata: “Solat ditempat tinggal syaitan adalah makruh dengan persepakatan ulama’, seperti tempat minum arak, bar, tempat najis dan seumpamanya daripada tempat-tempat maksiat dan dosa yang besar, gereja, tempat perniagaan, tempat perjudian, dan sebagainya. Jika dia solat di salah satu daripada tempat-tempat ini tanpa menyentuh najis dengan tangan atau pakaian, solatnya adalah sah tetapi hukumnya makruh” (rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab,3/162).

No comments:

Post a Comment