:: Hadis 1 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga’. Apabila Rasulullah ﷺ dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas pehaku dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: Allahumma ar-rafiq al-a’la (Ya Allah, teman yang tertinggi).”
(HR. Bukhari,no.6509. Muslim,no.2444)
:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Ketika Nabi ﷺ bersandar di pangkuanku, aku dengar baginda mengucapkan: Allahummaghfirlii warhamnii wa-alhiqnii bir-rafiqil a’la (Ya Allah, ampunkanlah aku, rahmatilah aku, dan himpunkanlah aku bersama ar-Rafiq al-A’la)”.
(HR. Bukhari,no.5674. Muslim,no.2191)
NOTA:
Yang dimaksudkan dengan “teman yang tertinggi” adalah para Nabi, orang-orang siddiqin, orang-orang syahid dan orang-orang soleh, sebagaimana yang disebutkan dip dalam al-Quran:
:: Qur'an ::
Allah berfirman:
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).”
(an-Nisa’ [4]: ayat 69)
No comments:
Post a Comment