Friday, March 15, 2024

Kelebihan Solat Tarawih

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.”
(HR. Bukhari,no.37. Muslim,no.759)

NOTA:
Kata imam an-Nawawi: “yang dimaksudkan dengan “Qiyam Ramadan” adalah “Solat Tarawih” (rujuk: Syarah Sahih Muslim,6/39).  Namun imam al-‘Iraqi berkata: “Bukan dimaksudkan dengan qiyam Ramadan ialah mendirikan keseluruhan malamnya bahkan yang dimaksudkan ialah mendirikan sebahagian kecil daripada malam seperti yang difahami secara mutlak dengan pelaksanaan solat Tahajjud, solat Tarawih di belakang imam — seperti kebiasaan yang dilakukan —serta pelaksanaan solat ‘Isyak dan solat Subuh secara berjemaah”  (rujuk: Tharh at-Tastrib,4/161). Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Bab kelebihan sesiapa yang mendirikan Ramadan: Yakni mendirikan malam-malamnya dengan solat, dan yang dimaksudkan dengan qiamullail ialah apa-apa ibadah yang  termasuk dengan lafaz mutlak “qiyam” seperti mana yang telah kami sebut sebelum ini dalam bab Tahajjud adalah sama. al-Nawawi menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan qiyam Ramadan ialah solat Tarawih; oleh itu pahala Qiyamullail terhasil dengan dengan solat Tarawih, bukan maksud qiyam Ramadan tidak berlaku melainkan dengan solat Tarawih. Al-Kirmani mengeluarkan pandangan yang aneh dengan berkata: “Mereka sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan qiyam Ramadan ialah solat Tarawih” (rujuk: Fath al-Bari, 4/295).

:: Hadis 2 ::
dari Abu Zar al-Ghifari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang berdiri (bersolat Tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).”
(HR. at-Tirmidzi,no.734. Hadis ini dinilai Hasan Sahih oleh imam at-Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment