Wednesday, March 6, 2024

Aduan Wanita Yang Didengari Oleh Allah Dari Atas Langit Ketujuh

dari Abu Zaid,dia berkata,
“Bahawa ‘Umar melintasi seorang wanita tua, lalu wanita itu memintanya berhenti, maka ‘Umar pun
berhenti lalu berbicara dengannya, maka seorang lelaki berkata kepada ‘Umar: ‘Wahai amirul mukminin, engkau menahan orang-orang kerana perempuan tua ini’. ‘Umar pun berkata: ‘Celaka kau, tahukah engkau, siapa dia? Dia adalah wanita yang Allah mendengarkan pengaduannya dari atas langit ke tujuh, inilah Khaulah yang berkenaan dengannya Allah menurunkan ayat: ‘Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya’ (al-Mujadilah [58]: ayat 1)”
(HR. Bukhari [rujuk: at-Tarikh,7/245]. ‘Ustman ad-Darimi [rujuk: Radd ‘ala al-Jahmiyyah,274]. adz-Dzahabi [rujuk: al-'Uluw,63])

NOTA:
Atsar ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Imam Ibnu Hatim dengan katanya: “Ini munqothi’ (terputus sanad) antara Abu Zaid dan ‘Umar, dan ia telah diriwayatkan dari wajah yang lain” (rujuk: Ibnu Katsir,Tafsir Ibnu Katsir,8/60-61). Imam adz-Dzahabi juga berkata sanad hadis ini terputus, kerana Abu Zaid tidak bertemu ‘Umar (rujuk: al-‘Uluw,63).

No comments:

Post a Comment