:: Hadis 1 ::
dari Ibnu ‘Abbas,Nabi ﷺ bersabda,
“Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh tulang (anggota) iaitu dahi, serta baginda mengisyaratkan dengan tangan pada hidungnya, kedua tapak tangan, kedua lutut dan hujung jari kedua kaki. Dan janganlah menahan pakaian dan rambut.”
(HR. Bukhari,no.812. Muslim,no.490)
NOTA:
Imam al-Nawawi berkata: “Ulama’ bersepakat tentang larangan ketika solat dalam keadaan lengan pakaiannya bergulung atau berlipat, atau seumpamanya. Juga rambut kepalanya terikat atau digulung rambutnya yang di bawah serbannya atau seumpamanya. Kesemua perkara ini adalah dilarang dengan kesepakatan para ulama, dan ia adalah termasuk dalam makruh tanzih. Sekiranya seseorang itu solat dalam keadaan yang demikian, maka dia telah mencacatkan solatnya (fadhilat solat), namun solatnya tetap sah.” (rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim,4/209)
:: Hadis 2 ::
dari Kuraib maula (hamba) Ibn ‘Abbas,bahawa Ibn ‘Abbas,
“Beliau (Ibn ‘Abbas) melihat ‘Abdullah bin al-Harits solat dalam keadaan rambutnya diikat di belakang. Beliau (Ibn ‘Abbas) lantas bangkit dan melepaskan ikatan tersebut. Apabila dia selesai (solat), lantas dia menghadap Ibn ‘Abbas dan bertanya: ‘Mengapa kamu lakukan pada rambutku demikian?’ Lalu Ibn ‘Abbas menjawab: ‘Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Perumpamaan orang ini (yang solat dengan mengikat rambutnya) seperti orang yang solat sedangkan kedua tangannya diikat ke belakang’.”
(HR. Muslim,no.492)
NOTA:
Kata imam asy-Syaukani, larangan ini hanya khusus untuk lelaki, bukan wanita. Kerana rambut wanita adalah aurat, wajib ditutup didalam solat. Sekiranya ikatan rambutnya dilepas, boleh jadi rambutnya akan terurai dan akan berlaku kesukaran untuk menutupnya. Nabi ﷺ memberi keringanan kepada kaum wanita untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya ketika mandi wajib, sedangkan (hal ini) sangat perlu untuk membasahkan seluruh rambut mereka ketika mandi wajib.
(rujuk: Nailul Authar,2/440)
Wednesday, July 20, 2022
Makruh Mengikat Rambut Ketika Solat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment