:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu, mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa saja) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(al-Maidah [5]: ayat 8)
:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻberfirman:
“Hendaklah kamu semua berlaku adil, kerana Allah suka kepada orang yang adil.”
(al-Hujurat [49]: ayat 9)
:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻberfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(an-Nisa’ [4]: ayat 135)
:: Hadis 1 ::
dari ‘Urwah bin al-Zubair,dia berkata,
“Bahawa ada seorang wanita mencuri ketika Rasulullah ﷺ dalam peperangan al-Fath (pembukaan Kota Makkah). Kaumnya segera datang kepada Usamah bin Zaid untuk meminta pertolongan daripadanya. ‘Urwah berkata: ‘Ketika Usamah berbicara dengan Nabi ﷺ tentang wanita itu, berubah riak wajah Rasulullah ﷺ dan baginda bersabda: ‘Adakah engkau bercakap dengan aku mengenai tentang salah satu daripada hukuman Allah?’ Usamah berkata: ‘Mintalah keampunan untukku wahai Rasulullah’. Pada siang hari, Rasulullah ﷺ berdiri untuk berkhutbah. Baginda memuji Allah selayaknya, kemudian bersabda: ‘Adapun selepas itu, sesungguhnya yang membinasakan bangsa sebelum kamu ialah sekiranya yang mencuri daripada kalangan kamu ialah golongan bangsawan maka mereka akan dibiarkan (dibebaskan dari hukuman). Namun, sekiranya yang mencuri daripada kamu ialah golongan yang lemah (miskin), maka mereka akan dijatuhkan hukuman hudud. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya, sekiranya Fathimah binti Muhammad mencuri, maka aku akan memotong tangannya’. Kemudian baginda mengarahkan agar wanita itu dipotong tangannya. Setelah itu, dia bertaubat bersungguh-sungguh, kemudian dia berkahwin. ‘Aisyah berkata: ‘Setelah itu, dia selalu datang kepadaku dan aku menyampaikan permintaannya kepada Rasulullah ﷺ’.”
(HR. Bukhari,no.4304)
:: Hadis 2 ::
dari Usamah bin Zaid,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ mengutuskan kami dalam satu pasukan tentera kecil, lalu kami menyerang kawasan al-Huraqat daripada kalangan Juhainah. Aku menjumpai seorang lelaki, dan dia berkata: ‘La ilaha illallah (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah)’. Namun aku menikamnya. Perbuatan itu membuatkan aku rasa bersalah, lalu aku ceritakan kepada Nabi ﷺ. Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Adakah dia mengucapkan La ilaha illallah kemudian kamu membunuhnya?’ Aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, dia hanya mengucapkannya kerana takutkan senjata’. Baginda bersabda: ‘Mengapa kamu tidak belah dadanya untuk mengetahui adakah dia mengucapkannya dengan ikhlas atau tidak?!’ Baginda terus mengulang-ulang perkara itu kepadaku sehingga aku berharap agar aku baru sahaja memeluk Islam pada hari itu..”
(HR. Muslim,no.96)
NOTA:
Siapakah Usamah bin Zaid? Beliau adalah salah seorang orang yang paling Rasulullah sayangi. Kerana ketika Usamah bin Zaid masih kecil, Rasulullah mendoakannya dengan doa yang khusus:
:: Hadis 3 ::
dari Usamah bin Zaid,dia berkata,
Rasulullah ﷺ pernah mengambilku, lalu mendudukkan aku di atas pahanya, dan mendudukkan Hasan di atas pahanya yang lain. Kemudian baginda memeluk kami berdua sambil berkata: ‘Ya Allah, sayangilah mereka berdua, kerana sesungguhnya aku menyayangi mereka berdua’.”
(HR. Bukhari,no.6003)
Thursday, July 7, 2022
Berlaku Adil Kepada Orang Yang Kamu Benci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment