Sunday, July 17, 2022

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud (Rumi & Arab)

:: Hadis 1 ::
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَعَافِنِي، وَاهْدِنِي ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirli, Warẖamni, Wa‘afini, Wahdini, Warzuqni
[Ya Allah ampunilah aku, rahmati aku, lindungi aku, berilah aku petunjuk, berilah aku rezeki]

(HR. Abu Daud,no.850. dari Ibnu ‘Abbas)

:: Hadis 2 ::
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَاهْدِنِي ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirli, Warẖamni, Wajburni, Wahdini, Warzuqni
[Ya Allah ampunilah aku, rahmati aku, bantulah aku, berilah aku petunjuk, berilah aku rezeki]

(HR. at-Tirmidzi,no.284. dari Ibnu ‘Abbas. at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai 'Gharib', yang bermaksud 'Dhaif')

:: Hadis 3 ::
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِنِي ، وَعَافِنِي ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirli, Warẖamni, Wahdini, Wa‘afini, Warzuqni
[Ya Allah ampunilah aku, rahmati aku, berilah aku petunjuk, lindungi aku, berilah aku rezeki]

(HR. al-Hakim,1/393,no.967. dari Ibnu ‘Abbas)

:: Hadis 4 ::
رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَارْفَعْنِي
Robbighfirli, Warẖamni, Wajburni, Warzuqni, Warfa’ni
[Tuhanku ampunilah aku, rahmati aku, bantulah aku, berilah aku rezeki, tinggikan darjatku]

(HR. Ibnu Majah,no.898. dari Ibnu ‘Abbas)

:: Hadis 5 ::
رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي
Robbighfirli, Warẖamni, Wajburni, Warfa’ni, Warzuqni, Wahdini
[Tuhanku ampunilah aku, rahmati aku, lindungi aku, tinggikan darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk]

(HR. Ahmad,no.3334. dari Ibnu ‘Abbas)

NOTA:
Hadis-hadis ini diperselisihi kesahihannya. Ada Ulama’ yg menilai hadis ini sebagai ‘Dhaif’, kerana didalamnya terdapat perawi yang bernama Kamil bin al-A’la yang mana Ibnu Hibban menilai dia orang yang suka membolak-balikkan sanad, dan memarfu’kan hadis yang mursal (rujuk: al-Majruhin min al-Muhaddithin,2/231). Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi juga menilai hadis ini sebagai Dhaif kerana perawi Kamil al-A’la bertafarrud (sendiri) ketika meriwayatkan hadis ini (rujuk: Sifat Solat Nabi). Syaikh Musthofa al-‘Adawi juga menilai hadis ini Dhaif (rujuk: video).

:: Hadis 6 ::
رَبِّ اغْفِرْ لِي ، رَبِّ اغْفِرْ لِي
Robbighfirli, Robbighfirli
[Tuhanku ampunilah aku, Tuhanku ampunilah aku]

(HR. Abu Daud,no.874. an-Nasaie,no.1145. Ibnu Majah,no.897. dari Hudzaifah)

NOTA (1):
dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi dalam kitabnya sifat solat Nabi dan Syaikh al-Albani (rujuk: Sifat solat Nabi,153. Asl sifat solat Nabi,3/811. Irwa' al-ghalil,335. Sahih an-Nasaie,no.1144).

NOTA (2):
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi berkata di dalam Kitabnya Sifat Solat Nabi, boleh membaca “Robbighfirli” berulang-ulang lebih dari 2 kali, kerana terdapat qarinah (petunjuk) dari hadis Sahih yang lain bahawa Nabi ﷺ duduk antara dua sujud terlalu lama, menunjukkan bahawa Nabi ﷺ membaca bacaan duduk antara dua sujud juga lama sesuai tempoh baginda duduk:

:: Hadis 7 ::
dari al-Bara',dia berkata,
“Bahawa ruku’ Nabi ﷺ, sujud baginda, mengangkat kepala dari ruku’ (iaitu I’tidal), dan duduk antara dua sujud, semuanya hampir sama (tempoh lamanya).”
(HR. Bukhari,no.801. Muslim,no.471. Ini lafaz riwayat Bukhari)

:: Hadis 8 ::
dari Hudzaifah,dia berkata:
“Pada suatu malam, aku mendirikan solat bersama Nabi ﷺ. Baginda memulakan bacaan solatnya — selepas al-Fatihah — dengan membaca awal surah al-Baqarah. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya): ‘Barangkali baginda akan ruku’ apabila sampai pada ayat yang keseratus’, kemudian baginda melepasinya. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya): ‘Baginda akan membaca surah al-Baqarah dalam satu rakaat’, kemudian baginda melepasinya, lalu aku berkata (yakni menyangka): ‘Baginda akan ruku’.’ Namun baginda melanjutkan dengan membaca surah al-Nisa’ dan seterusnya menyambung pula dengan membaca surah Ali ‘Imran. Baginda membaca (al-Quran) dengan perlahan dan tartil. Apabila baginda melalui ayat yang mengandungi tasbih, baginda bertasbih. Apabila melalui ayat yang mengandungi permohonan (doa), baginda memohon. Dan apabila melalui ayat yang mengandungi perlindungan, baginda memohon perlindungan. Kemudian baginda ruku’ lalu mengucapkan: ‘Subhaana robbiyal ‘azhiim (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung)’. Ruku’ baginda panjangnya hampir sama dengan berdiri baginda, kemudian baginda berkata: ‘Sami’Allahu liman hamidah’, kemudian baginda berdiri lama hampir sama dengan ruku’ baginda, kemudian baginda sujud dan baginda berkata: ‘Subhaana robbiyal ‘azhim’. Sujud baginda hampir sama tempohnya dengan berdirinya baginda...”
(HR. Muslim,no.772)

sekalipun Hadis 1 - 5 adalah Dhaif, akan tetapi tidak menjadi masalah untuk membacanya sekali sekala, kerana duduk antara dua sujud juga adalah tempat untuk berdoa. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment