:: Hadis 1 ::
dari Jarir bin ‘Abdillah,dia berkata,
“Kami menganggap orang ramai berhimpun untuk keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengebumiannya adalah satu bentuk dari meratapi kematian.”
(HR. Ahmad,no.6905)
NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif Jiddan’ (terlalu lemah). Kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Nasr bin Bab, dia dinilai ‘Pendusta’ oleh al-Bukhari (rujuk: Tarikh al-Kabir,8/105). Kata Ibn Ma‘in: “Tidak ada nilai”. Kata ‘Ali ibn al-Madini: “Aku lempar hadisnya”. Kata Abu Hatim ar-Razi: “Matruk al-hadis (hadisnya ditinggalkan)”. Kata Abu Khaitsamah Zuhair bin Harb: “Pendusta” (rujuk: Ta'jil al-Manfa‘ah,420). Syaikh Musthofa al-‘Adawi juga menilai Nasr bin Bab sebagai ‘Pendusta’ (di dalam video beliau).
:: Hadis 2 ::
dari Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali,dia berkata,
“Kami berpandangan orang ramai berhimpun untuk keluarga si mati dan memyediakan makanan adalah satu bentuk meratapi kematian.”
(HR. Ibnu Majah,no.1612)
NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’, Ma’lul (mempunyai kcacatan). Kata Abu Daud, imam Ahmad mengatakan hadis ini tiada asalnya (rujuk: Masail Imam Ahmad,1867). imam ad-Daraquthni juga menilai hadis ini tidak Sahih (rujuk: al-Ilal,13/462). Riwayat ini jg dinilai Ma’lul oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (dalam video beliau pada Nota Hadis 1) kerana pada sanadnya terdapat Husyaim bin Basyir, yang mana dia adalah Mudallis (orang yg suka melakukan ‘Tadlis’, mengaburi nama perawi agar hadis itu terlihat Sahih sanadnya). ia juga dinilai Mudallis oleh al-‘Ala‘i (rujuk: Jami’ at-Tahsil,1/111), imam an-Nasaie (rujuk: Sunan,hadis no.5591), imam adz-Dzahabi juga menyebut perkara yg sama tentang Husyaim (rujuk: Tadhkhirat al-Huffaz,1/249) dan Ibnu Hajar al-Asqalani juga mengatakan perkara yg sama (rujuk: Tabaqat al-Mudallisin,1/47). Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi juga men-Dhaif-kan hadis ini dan membawakan kalam imam Ahmad tentang kecacatan hadis ini (rujuk: Syarah Bulugh al-Maram,1/42).
:: Hadis 3 ::
dari ‘Umar al-Khattab,dia berkata,
“Kami (para sahabat Nabi ﷺ) menganggap berkumpul di rumah keluarga mayat setelah menguburnya, sebagai perbuatan meratapi mayat (yang tercela).”
(HR. Aslam [rujuk: Tarikh Wasith,126])
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Ibnu Hajar al-Asqalani kerana hadis ini diriwayatkan dari Sayyar bin al-Hakam dari Umar al-Khattab, dimana dia (Sayyar) tidak pernah bertemu dengan ‘Umar al-Khattab (rujuk: Taqrib at-Tahdzib,1/262). Syaikh Musthofa al-‘Adawi juga mengatakan hadis ini ‘Dhaif’ (dalam video pada Nota hadis 1), katanya: “Khabar ini munqothi’ (terputus)”. disisi Syaikh Musthofa al-‘Adawi, hadis-hadis ini bukan saja Ma’lul dari segi sanad, malah matan (teks)nya juga terdapat kecacatan, kerana hadis-hadis ini seolah² melarang apa-apa saja perbuatan berkumpul & membuat hidangan makanan, sedangkan terdapat hadis yang lebih sahih bahawa perbuatan berkumpul itu pernah berlaku dizaman Rasulullah, malah perbuatan itu tidak dilarang:
:: Hadis 4 ::
daripada ‘Urwah,dari ‘Aisyah isteri Nabi ﷺ,yang mana beliau (‘Aisyah) jika ada kematian dari kalangan ahli keluarga beliau, para wanita akan berkumpul, kemudian mereka akan pergi melainkan ahli keluarga dan teman terdekat. Kemudian beliau mengarahkan dibawa periuk berisi Talbinah, kemudian dimasak sup (sup daging), kemudian dituang ke atasnya Talbinah, lalu beliau berkata: “Makanlah sup beserta dengan Talbinah ini, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Talbinah melegakan hati dan menghilangkan sebahagian kesedihan’.”
(HR. Bukhari,no.5417. Muslim,no.2216)
NOTA:
walaupun hadis-hadis ini Tidak Sahih (kecuali Hadis 4), akan tetapi tidak bermakna Kenduri Arwah (Tahlilan) yg kebiasaan masyarakat kita lakukan menjadi ‘Sunnah’ dan dibenarkan, kerana Talbinah (dalam Hadis 4) itu di berikan kepada ‘keluarga si mati’ yang sedang bersedih, bukan orang lain. Keluarga si mati tidak melakukan kenduri arwah dan jiran-jiran memberi makanan kepada keluarga si mati adalah Sunnah, sebagaimana kata imam asy-Syafi’i: “Aku suka sekiranya jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya memberi makan kepada ahli keluarga si mati, (iaitu makanan) yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana itu ialah sunnah dan ingatan yang mulia, dan ia adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita. Hal ini kerana apabila tiba berita kematian Ja‘far, Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja‘far kerana telah datang perkara yang menyedihkan mereka’.” (rujuk: al-Umm,1/278-279)
wallahua'lam bissowab.
Thursday, July 14, 2022
Hadis Berkumpul Dan Memberi Makan Selepas Kematian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment