Monday, April 15, 2013

Allah Turun Satu Pertiga Malam Untuk Makbulkan Doa

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Setiap malam Tuhan kita turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam terakhir,lalu Dia berfirman: ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku,nescaya Aku akan mengabulkannya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku nescaya Aku akan memberinya,sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku nescaya Aku akan mengampuninya’.”
(HR. Bukhari,no.1145. Muslim,no.758)

Friday, April 12, 2013

Semua Manusia Melakukan Dosa Dan Yang Bertaubat Adalah Sebaik-baik Pelaku Dosa?

dari Anas,Nabi ﷺ bersabda,
“Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan dan yang terbaik dari kalangan yang melakukan kesalahan itu adalah yang bertaubat.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2499. Ahmad,no.12576. Ibnu Majah,no.4251)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Gharib' oleh imam at-Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis ini dalam Kitab Jami'-nya. 'Gharib' di sisi imam at-Tirmidzi,bermaksud hadis itu 'Dhaif',tidak sahih. Hadis ini 'Dhaif' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Ali bin Mas'adah,yg mana dia dinilai Dhaif oleh Ibn 'Adiy (rujuk: al-Kamil,5/207),Ibnu Hibban (rujuk: al-Majruhin,2/111). Kata al-Khallal,bahawa imam Ahmad berkata: "hadis ini Munkar" (rujuk: al-Muntakhab min al-'ilal,92). Kata al-Ajurri,dia bertanya kepada Abu Daud tentang Ali bin Mas'adah,kata Abu Daud: "dia lemah (Dhaif)". Kata an-Nasaie: "Laisa bi Qowi (dia tidak kuat)" (rujuk: Sualat Abu 'Ubaid al-Ajurri Li Abi Daud,305). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' & dihurai secara terperinci oleh Syaikh Khalid al-Hayek dalam website rasmi beliau,malah beliau turut mengkritik penilaian Syaikh al-Albani terhadap hadis ini. Sanad hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi dalam video beliau. Akan tetapi,kata Syaikh Musthofa al-'Adawi,'makna' hadith ini benar,kerana terdapat hadith Sahih yg lain yg menyebut:

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya,sekiranya kamu semua tidak berbuat dosa,nescaya Allah akan menghilangkan (mematikan) kamu dan Allah akan mendatangkan satu kaum yang berbuat dosa,lalu mereka beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan Dia akan mengampunkan mereka.”
(HR. Muslim,no.2749)

Tuesday, April 9, 2013

Orang Yang Diuji Mendapat Rahmat Allah

Allah ﷻ berfirman:
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(al-Baqarah [2]: ayat 155-157)

Dibolehkan Menangis Atas Kematian Orang Yang Kita Sayang

dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Kami pergi bersama Rasulullah ﷺ menemui tukang besi bernama Abu Saif,dan dia ialah suami kepada ibu susu Ibrahim (anak Nabi). Rasulullah ﷺ mengambil Ibrahim dan menciumnya serta mencium baunya dan kemudian kami memasuki rumah Abu Saif selepas itu. Pada masa itu Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir,lalu mata Rasulullah ﷺ mulai bergenangan. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf berkata kepada Baginda: ‘Tuan menangis wahai Rasulullah?’ Baginda ﷺ bersabda: ‘Wahai Ibn ‘Auf,ini ialah rahmat’. Kemudian air mata baginda mengalir lagi. Sabda Baginda: ‘Sesungguhnya mata menangis dan hati bersedih,kami tidak akan mengucapkan sesuatu melainkan apa yang Tuhan kami redha. Wahai Ibrahim! Sesungguhnya kami bersedih dengan perpisahanmu’.”
(HR. Bukhari,no.1303)

Friday, April 5, 2013

Kadang² Sesuatu Yang Kita Suka Tidak Baik Untuk Kita

Allah ﷻ berfirman:
“Diwajibkan kamu berperang padahal berperang itu berat bagi kamu (tidak disukai). Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(al-Baqarah [2]: ayat 216)

Kelebihan Memulakan Salam

dari Abu Umamah,dia berkata,
“Wahai Rasulullah,jika ada dua orang yang bertemu,siapakah yang patut memulakan salam?” Baginda menjawab: “yang paling dekat dengan (rahmat) Allah di antara keduanya (yang memulakan salam)”.
(HR. at-Tirmidzi,no.2694. Hadis ini ‘Hasan’ oleh Imam at-Tirmidzi)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam at-Tirmidzi sendiri selepas meriwayatkannya,kerana 'Hasan' di sisi at-Tirmidzi,bermaksud Dhaif. Hadis ini Dhaif kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Abu Farwah Yazid bin Sinan,yg mana ad-Daraquthni menilainya 'Dhaif' (rujuk: ad-Dhu'afa' wal Matrukin,589),malah di kitab lain,beliau berkata: "Matruk (ditinggalkan riwayatnya)" (rujuk: Su'alat al-Barqani,560). Dia juga dinilai 'Dhaif' oleh imam Ahmad ibn Hanbal (rujuk: al-Kamil,9/152-153. Tahdzib al-Kamal,32/156). Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentangnya,kata Abu Hatim: "mahalahu soduq (orang yg berstatus jujur),tapi dia diatasi oleh kecuaian/kelalaian,hadisnya ditulis namun tidak boleh berhujjah dengannya". Kata Yahya Ibn Ma'in: "Laisa bi syai (tiada nilai)" dan kata 'Ali Ibnu al-Madini: "Dhaif al-Hadis (hadisnya Dhaif)" (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta'dil,9/266-267).
Walaupun hadis ini Dhaif,namun amalan memberi salam adalah amalan yang sangat mulia dan dianjurkan sepertimana yang terdapat dalam hadith² Sahih yg lain:

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amr,dia berkata,
“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah ﷺ: ‘Islam manakah yang paling baik?’ Nabi ﷺ bersabda: ‘Kamu memberi makan,mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal’.”
(HR. Bukhari,no.12. Muslim,no.39)

:: Hadis 2 ::
dari al-Bara' bin 'Azib,dia berkata,
“Nabi ﷺ memerintahkan kami tentang tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara pula. Baginda memerintahkan kami untuk mengiringi jenazah,melawat orang yang sakit,memenuhi jemputan,menolong orang yang dizalimi,berbuat adil dalam pembahagian,menjawab salam dan mendoakan orang yang bersin. Dan baginda melarang kami dari menggunakan bekas terbuat dari perak,memakai cincin emas,memakai kain sutera kasar,sutera halus,baju bersulam sutera dan sutera tebal”.
(HR. Bukhari,no.1239)

Berbuat Baik Kepada Musuh & Bukan Islam

Allah ﷻ berfirman:
“Dan sekiranya musuhmu cenderung untuk berdamai,maka hendaklah kamu cenderung pula pada perdamaian itu. Dan bertawakallah terhadap Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”
(al-Anfal [8]: ayat 61)

Galakkan Solat Tahajjud

Allah ﷻ berfirman:
“Dirikanlah solat sesudah matahari tergelincir (Zohor dan 'asar) sampai gelap malam,(maghrib dan 'isyak). Dan dirikan pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan malaikat. Dan pada sebahagian malam hendaklah kamu solat tahajjud (solat sesudah tidur) sebagai ibadah sunnah (tambahan) bagi kamu. Mudah-mudahan (dengan solat tahajjud itu) Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.”
(al-Isra' [17]: ayat 78-79)

Baca 3 Qul Sebelum Tidur

dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Sesungguhnya Nabi ﷺ jika baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam,baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu baginda membaca: Qul Huwallahu Ahad,Qul A‘udzu Birabil Falaq dan Qul A’udzu birabbinnas. Kemudian baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari,no.5017)

Nama-Nama Rasulullah

:: Hadis 1 ::
dari Muth’im,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Aku mempunyai lima nama iaitu Muhammad, 
Ahmad,aku juga al-Mahiy (penghapus) yang mana Allah menghapuskan kekufuran denganku,aku al-Hasyir (penghimpun) yang mana manusia akan berhimpun di bawah kakiku dan aku juga al-‘Aqib (nabi terakhir).”
(HR. Bukhari,no.3532)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Musa al-‘Asy’ari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Aku adalah Muhammad,Ahmad,al-Muqaffi (Nabi yang terakhir),al-Hasyir (penghimpun),Nabiyyut-Taubah (nabi yang mengajar taubat) dan Nabiyyur-Rahmah (nabi yang membawa rahmat).”
(HR. Muslim,no.2355)

Dosa Besar Mengaku Orang Lain Sebagai Ayahnya Dan Mengaku Bermimpi Sesuatu Padahal Tidak (Bermimpi)

dari Watsilah bin al-Asyqa',Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya sebesar-besar dusta adalah apabila seseorang (anak) mengaku orang lain sebagai ayahnya,ataupun dia mengaku bermimpi melihat sesuatu sedangkan dia tidak pernah bermimpi demikian,ataupun dia mengatakan sesuatu atas nama Rasulullah ﷺ yang tidak pernah baginda mengatakannya.”
(HR. Bukhari,no.3509)

Orang Yang Bunuh Diri Lama Di Dalam Neraka

dari Jundab bin Abdullah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Pada umat sebelum kalian,terdapat seseorang yang tercedera,dia tidak dapat menahan kesakitan lalu dia mengambil pisaunya lalu memotong tangannya. Darah berterusan mengalir sehinggalah dia mati. Allah berkata: ‘Hamba-Ku telah menyegerakan untuk mati,aku telah mengharamkan ke atasnya syurga.”
(HR. Bukhari,no.3463)

Larangan Menggunakan Tangan Kanan Ketika Memegang Kemaluan Saat Kencing, Beristinjak Dan Larangan Bernafas Dalam Gelas Ketika Minum

dari Abu Qatadah,Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila seseorang daripada kamu kencing maka janganlah sekali-kali dia memegang kemaluannya dengan tangan kanan. Janganlah juga beristinjak dengan tangan kanannya dan jangan bernafas didalam bekas minuman.”
(HR. Bukhari,no.154. Muslim,no.267)

Amal Bergantung Pada Niat

dari Umar bin al-Khattab,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut apa yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya,dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehi atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahi,maka hijrahnya adalah berdasarkan kepada apa yang diniatkan.”
(HR. Bukhari,no.1. Muslim,no.1907)

Tidak Sengaja Makan Atau Minum Ketika Berpuasa Kerana Lupa

dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sekiranya seseorang itu terlupa (bahawa dia sedang berpuasa),lalu dia makan atau minum,maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya,kerana sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum.”
(HR. Bukhari,no.1933. Muslim,no.1155)

Pahala Datang Awal Ke Masjid Ketika Hendak Solat Jumaat

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid,maka seakan-akan berkorban dengan unta,sesiapa yang pergi pada masa yang kedua,maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu,dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga,maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,dan sesiapa yang pergi pada masa kelima,maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah).”
(HR. Bukhari,no.881. Muslim,no.850)

Thursday, April 4, 2013

Diazab Dalam Kubur kerana Air Kencing Dan Memfitnah

dari Ibnu 'Abbas,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ tengah berjalan melintasi hiythan (pekuburan) di Madinah atau Mekah,lalu baginda mendengar suara 2 orang yang sedang disiksa di dalam kubur. Nabi ﷺ bersabda: ‘2 orang ini disiksa dan tidaklah kedua-duanya disiksa disebabkan sesuatu yang besar (pada anggapan mereka). Padahal itu adalah dosa besar. Yang satu disiksa kerana tidak membersihkan diri selepas kencing,yang satu lagi disiksa kerana suka mengadu domba (fitnah)’. Kemudian baginda meminta sebatang pelepah kurma  yang masih basah,lalu baginda membelahnya menjadi 2 bahagian. Lalu baginda menancapkan setiap bahagian pada 2 kuburan itu. Baginda ditanya: ‘Kenapa engkau melakukan ini?’ Baginda menjawab: ‘Mudah-mudahan siksaannya diringankan selama pelepah itu masih basah’.”
(HR. Bukhari,no.216. Muslim,no.292)

Tutup Mulut Ketika Menguap

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Menguap adalah daripada syaitan. Jika kamu menguap,maka tahanlah seboleh mungkin.”
(HR. Muslim,no.2994)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Sa'id al-Khudri,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila seseorang daripada kamu menguap,maka hendaklah ia tutup akan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk (ke dalam mulut orang yang menguap itu).”
(HR. Muslim,no.2995)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan bersin dan benci perbuatan menguap. Apabila seseorang itu bersin lalu dia memuji Allah,maka menjadi hak bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap,ia daripada syaitan. Hendaklah dia menolaknya semampu mungkin. Apabila dia mengatakan “haa!” (bunyi menguap),maka syaitan akan ketawa disebabkannya.”
(HR. Bukhari,no.6223)

Kisah Orang Yang Terakhir Masuk Syurga

:: Hadis 1 ::
Dari 'Abdullah bin Mas'ud,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya aku tahu tentang orang yang terakhir akan keluar dari neraka,dan orang yang terakhir memasuki syurga. Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari neraka dalam keadaan merangkak. Lalu Allah berkata: ‘Pergilah,dan masuklah ke dalam syurga’. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: ‘Wahai Tuhan,aku mendapati syurga telah penuh’. Allah berkata lagi: ‘Pergilah,dan masuklah ke dalam syurga’. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: ‘Wahai Tuhan,aku mendapati syurga telah penuh’. Lalu Allah berkata: ‘Pergilah,dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya’. Lelaki itu berkata: ‘Adakah Engkau mempermainkan aku,atau mentertawakan aku,sedangkan Engkau Raja?’.” Kata 'Abdullah bin Mas'ud: “Aku melihat Rasulullah ﷺ ketawa sehingga nampak gigi geraham baginda. Kemudian baginda bersabda: ‘Itulah penghuni surga yang paling rendah derajatnya’.”
(HR. Bukhari,no.6571. Muslim,no.186)

:: Hadis 2 ::
Dari 'Abdullah bin Mas'ud,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Orang terakhir memasuki syurga ialah seorang lelaki yang berjalan,tersungkur dan dibakar oleh api neraka. Apabila dia telah melepasi api itu,dia akan berpaling dan berkata: ‘Maha suci keagungan Tuhan yang telah menyelamatkan aku daripada engkau,sesungguhnya Allah telah memberikan kepada aku sesuatu yang tidak pernah dia berikan kepada seorang pun daripada orang-orang yang awal dan terkemudian’. Lalu tumbuh satu pokok untuknya,seraya lelaki itu berkata: ‘Wahai Tuhan ku,dekatkanlah aku dengan pokok ini supaya aku dapat berteduh di bawahnya dan minum airnya’. Allah menjawab: ‘Wahai anak Adam,boleh jadi jika Aku memberikannya kepada engkau,engkau akan meminta yang lain pula’. Lelaki itu menjawab: ‘Tidak,wahai tuhan ku’. Dia berjanji tidak akan meminta selain itu,dan tuhannya memberikan keuzuran kerana lelaki itu melihat apa yang dia tidak mampu bersabar daripadanya. Lalu didekatkan dia kepada pokok itu,lalu dia berteduh dan minum airnya. Kemudian tumbuh satu pokok untuk lelaki itu dan pokok itu lebih baik daripada yang awal tadi. Lelaki itu berkata: ‘Wahai tuhan ku,dekatkan aku dengan pokok ini supaya aku dapat minum airnya dan berteduh di bawahnya. Aku tidak akan meminta yang lain lagi daripada engkau’. Allah berkata: ‘Wahai anak Adam,bukankah engkau telah berjanji kepada Aku untuk tidak meminta apa-apa yang lain. Boleh jadi jika aku dekatkan engkau kepada pokok ini,engkau akan meminta yang lain lagi’. Lelaki itu berjanji untuk tidak meminta yang lain lagi,dan tuhannya memberikan keuzuran kepadanya kerana lelaki itu melihat apa yang dia tidak mampu bersabar daripadanya. Didekatkannya kepada pokok itu,lalu lelaki itu berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian tumbuh untuknya sebatang pokok di pintu syurga,pokok ini lebih baik daripada dua pokok yang awal tadi. Lelaki itu berkata: ‘Tuhan ku,dekatkan aku kepada pokok ini agar aku dapat berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta selain itu’. Allah menjawab: ‘Wahai anak Adam,bukankah engkau telah berjanji untuk tidak meminta hal lain daripada aku?’ Lelaki itu menjawab: ‘Ya,wahai tuhan ku. Ini sahaja dan aku tidak akan meminta hal lain lagi’. Tuhannya memberikan keuzuran kepadanya kerana dia melihat sesuatu yang dia tidak dapat bersabar daripadanya. Lalu dia dibawa dekat kepada pokok itu. Apabila dia sudah menghampiri pokok itu,dia mendengar suara-suara ahli syurga,lalu dia berkata: ‘Wahai Tuhanku,masukkan aku ke dalamnya’. Tuhannya berkata: ‘Wahai anak Adam,apa yang akan menghentikan engkau daripada meminta kepada ku? Adakah itu akan membuatkan engkau redha jika Aku memberi kepada engkau dunia dan semisal dengannya bersamanya?’ Lelaki itu menjawab: ‘Tuhan ku,adakah engkau mempermainkan aku sedangkan Engkau tuhan sekalian alam?’ Kemudian Ibn Mas‘ud ketawa,lalu berkata (kepada para sahabat yang lain): “Tidak mahukah kamu bertanya kenapa aku ketawa?” Mereka bertanya: “Kenapa engkau ketawa?” Ibn Mas’ud menjawab: “Beginilah ketawa Rasulullah ﷺ. Para sahabat bertanya: ‘Kenapa engkau ketawa ya Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Kerana ketawanya Allah ketika lelaki itu berkata: ‘Adakah engkau mempermainkan aku sedangkan Engkau tuhan sekalian alam?’ Allah menjawab: ‘Aku tidak mempermainkan engkau. Sebaliknya aku ini mampu melakukan apa yang aku mahu’.”
(HR. Muslim,no.187)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Bahawa orang ramai bertanya: ‘Ya Rasulullah,adakah kami akan melihat tuhan kami pada hari kiamat?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Adakah kamu terhalang daripada melihat bulan purnama ketika ia penuh?’ Sahabat menjawab: ‘Tidak ya Rasulullah’. Baginda bertanya lagi: ‘Adakah kamu terhalang daripada melihat matahari ketika tiadanya kabus?’ Mereka menjawab: ‘Tidak ya Rasulullah’. Baginda berkata: ‘Kamu akan melihat Allah seperti itu. Allah akan mengumpulkan manusia pada hari Kiamat lalu berkata: ‘Sesiapa yang menyembah sesuatu,hendaklah dia mengikut apa yang dia sembah. Maka sesiapa yang menyembah matahari akan mengikut matahari,sesiapa yang menyembah bulan akan mengikut bulan,sesiapa yang menyembah thaghut-thaghut akan mengikut thaghut-thaghut. Tinggallah pada umat ini orang-orang yang baik’. Allah datang kepada mereka dan berkata: ‘Aku adalah tuhan kamu. Mereka (iaitu orang beriman mengingkari lalu) berkata: ‘Kami akan tetap di tempat ini sehingga datang kepada kami tuhan kami. Apabila datangnya tuhan kami,kami akan mengenalinya’. Lalu Allah datang kepada mereka dalam rupa yang mereka ketahui lalu berkata: ‘Aku adalah tuhan kamu’. Mereka menjawab: ‘Engkau adalah tuhan kami’. Lalu mereka mengikutnya. Dibentangkan al-Sirath melintasi neraka. Aku dan umat ku akan menjadi yang awal melintasinya. Tiada sesiapa yang bercakap pada hari itu kecuali para rasul,dan doa para rasul pada hari itu ialah: ‘Ya Allah,selamatkan, selamatkan’. Di neraka terdapat cangkuk-cangkuk seperti duri Al-Sa’dan. Adakah kamu pernah melihat pokok Al-Sa’dan?’ Sahabat menjawab: ‘Pernah wahai Rasulullah’. Baginda berkata: ‘Sesungguhnya cangkuk ini seperti duri pokok Al-Sa’dan,tiada siapa yang tahu besarnya saiz dia kecuali Allah. Cangkuk-cangkuk itu akan menarik manusia berdasarkan amalan mereka.  Ada yang terjatuh ke dalam neraka dan kekal di dalamnya,sebahagian lagi dipotong dan dicampak ke dalam neraka,dan selainnya. Sehingga apabila Allah selesai memutuskan qadha untuk hamba-hambaNya,dan Dia mahu mengeluarkan dengan rahmat-Nya sesiapa yang Dia kehendaki. Lalu Allah menyuruh malaikat mengeluarkan dari neraka sesiapa yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun,dan sesiapa yang Allah kehendaki dengan rahmat-Nya daripada mereka yang bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Malaikat mengenali mereka di neraka dengan tanda sujud mereka. Api neraka akan membakar manusia kecuali pada bahagian sujud mereka. Allah mengharamkan ke atas neraka daripada membakar kesan sujud. Mereka keluar dari neraka dalam keadaan sudah terbakar. Disiram ke atas mereka air kehidupan,lalu mereka tumbuh di bawahnya sebagaimana tumbuhnya biji benih pada aliran sungai. Kemudian Allah selesai memutuskan nasib hamba-hambaNya. Lalu tinggal seorang lelaki yang wajahnya menghadap neraka,dan dia adalah penghuni neraka terakhir akan masuk ke syurga. Dia berkata: ‘Wahai tuhan ku,palingkanlah wajah ku dari neraka. Sesungguhnya udaranya menggangguku dan kepanasannya membakarku’. Dia meminta kepada Allah apa yang dia kehendaki. Kemudian Allah berkata: ‘Boleh jadi engkau akan meminta hal lain jika aku memberikan apa yang kau minta’. Lelaki itu berkata: ‘Tidak,demi kemuliaan-Mu,aku tidak akan meminta apa-apa selain itu’. Kemudian dia akan memberikan kepada tuhannya janji sebagaimana yang Allah kehendaki. Lalu Allah memalingkan wajahnya dari api neraka. Apabila dia menghadap ke arah syurga,dia melihatnya,lalu dia mendiamkan diri selama mana yang Allah kehendaki. Kemudian dia berkata: ‘Wahai tuhan ku,hampirkanlah aku ke pintu syurga’. Allah berkata: ‘Bukankah engkau telah berjanji untuk tidak meminta hal lain daripada Aku selamanya selain daripada apa yang telah aku berikan kepada engkau? Sungguh engkau memungkiri janji wahai anak Adam’. Dia berkata: ‘Wahai tuhan ku’,dia terus berdoa kepada Allah sehingga Allah berkata: ‘Boleh jadi engkau akan meminta hal lain jika aku memberikan apa yang kau minta’. Lelaki itu berkata: ‘Tidak,demi kemuliaan-Mu,aku tidak akan meminta apa-apa selain itu’. Lalu dia berjanji kepada tuhannya,lalu dia digerakkan ke pintu syurga. Apabila dia berdiri di pintu syurga,terbuka untuknya syurga dan dia melihat kesenangan yang ada di dalamnya. Lalu dia mendiamkan diri selama yang Allah kehendaki,kemudian dia berkata: ‘Wahai tuhan ku,masukkanlah aku ke dalam syurga’. Allah berkata: ‘Bukankah engkau telah berjanji untuk tidak meminta hal lain daripada Aku selamanya selain daripada apa yang telah aku berikan kepada engkau? Sungguh engkau memungkiri janji wahai anak Adam’. Lelaki itu berkata: ‘Wahai tuhan ku,janganlah aku menjadi makhluk yang paling sengsara’. Dia terus berdoa sehingga Allah ketawa kepadanya. Selepas mentertawakannya,Allah berkata kepadanya: ‘Masuklah ke syurga’. Apabila dia telah masuk ke syurga,Allah berkata kepadanya: ‘Berharaplah untuk apa-apa sahaja’. Lalu lelaki itu memohon kepada Allah dan berharap untuk apa-apa yang dia mahu sehingga Allah mengingatkannya untuk mengharap perkara tertentu sehingga selesailah semua permintaannya. Allah berkata: ‘Itu semua untuk engkau dan yang semisalnya bersamanya’.”
(HR. Bukhari,no.7437)

Siksaan Neraka Yang Paling Ringan

:: Hadis 1 ::
dari Nu'man bin Basyir,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Penghuni neraka yang paling ringan siksaannya pada hari kiamat adalah seseorang yang tapak kakinya dialaskan sandal,sehingga otaknya mendidih,seperti mendidihnya cerek dan periuk.”
(HR. Bukhari,no.6562. Muslim,no.213)

NOTA:
Pada jalur kedua dalam riwayat Muslim (no.213) menyebut tambahan:

:: Hadis 2 ::
“..Orang tersebut merasa bahawa tidak ada orang lain yang siksaannya lebih pedih daripadanya,padahal siksaannya adalah yang paling ringan di antara mereka.”
(HR. Muslim,no.213)

NOTA:
Salah seorang manusia yang menerima azab paling ringan ini adalah bapa saudara Rasulullah ﷺ,iaitu Abu Thalib:

:: Hadis 3 ::
dari Ibnu 'Abbas,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Penghuni neraka yang paling ringan siksaannya adalah Abu Thalib. Dia memakai dua sandal (dari api) hingga mendidih otaknya (kerana panasnya kedua sandal itu).”
(HR. Muslim,no.213. Hadis pada riwayat yg lain)

Pakaian Berwarna Putih Adalah Sunnah

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu Abbas,Nabi ﷺ bersabda,
“Pakailah kamu pakaian yang berwarna putih kerana ia sebaik-baik pakaian,dan kafankanlah dengan pakaian putih tersebut mayat-mayat kamu.”
(HR. at-Tirmidzi,994. Abu Daud,no.4061. Ibnu Majah,no.3566. at-Tirmidzi berkata,hadis ini 'Hasan Sahih').

:: Hadis 2 ::
dari Samurah bin Jundub,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia adalah lebih suci dan lebih baik,begitu juga kafankanlah dengan pakaian putih itu mayat-mayat kamu.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2810. at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai 'Hasan Sahih')

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ dikafankan dengan tiga kain berwarna putih yang berasal dari Yaman...”
(HR. Bukhari,no.1264)

Doa Nabi Adam (Doa Memohon Ampun)

Allah ﷻ berfirman:
“(Nabi Adam dan Hawa) berkata:
رَبَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا وَإِن لَّم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ
Robbana Zholamna Anfusana, Wa illam Taghfirlana Wa Tarẖamna, Lana Kunan Naa Minal Khosiriin
(Wahai Tuhan kami,kami telah menganiaya diri kami sendiri,dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi).”
(al-A'raf [7]: ayat 23)

Menghina Dosa Orang Lain Tidak Akan Mati Sebelum Melakukan Dosa Yang Dihina?

:: Hadis 1 ::
dari Mu’adz bin Jabal,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang menghina saudaranya dengan satu dosa,dia tidak akan mati melainkan melakukannya juga.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2505)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) oleh at-Tirmidzi selepas meriwayatkan hadith ini,dengan katanya 'Gharib'. Hadis ini Dhaif kerana sanadnya terputus di antara perawi Khalid bin Ma'dan dan Mu'adz bin Jabal. Khalid tidak pernah bertemu dengan Mu'adz (rujuk: Jami' at-Tirmidzi,no.2505). Sekalipun hadis ini Dhaif,namun kita tetap dilarang menghina pelaku dosa,kerana terdapat hadis Sahih yg lain,bahawa Nabi ﷺ melarang kita menghina orang yg melakukan dosa:

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila seorang hamba perempuan berzina dan sudah terbukti dia melakukannya,maka hukum sebatlah dia,jangan dia dicaci atau dihina. Sekiranya dia berzina lagi,sebatlah dia dan janganlah dia dicaci atau dihina. Kemudian,jika dia berzina kali ketiga,maka juallah dia walaupun dengan harga senilai sehelai rambut.”
(HR. Bukhari,no.2234. Muslim,no.1703)

Allah Suka Mendengar Rintihan Hamba-Nya?

dari Abu Umamah,bahawa Allah S.W.T. berkata kepada malaikat,
“Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah ujian kepadanya. Lalu para malaikat mendatanginya dan menimpakan ujian ke atasnya. (Setelah ujian itu),hamba tersebut memuji Allah. Kemudian para malaikat kembali (kepada Allah) dan berkata: ‘Wahai Tuhan kami,kami telah mengujinya sepertimana yang telah Engkau perintahkan kepada kami’. Lalu Allah S.W.T. berkata: ‘Kembalilah kamu semula kepadanya dan (ujilah) dia sekali lagi,sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya (memuji-Ku dibalik ujian yang diterimanya)’.”
(HR. at-Thabrani [rujuk: Mu'jam al-Kabir,8/195,no.7697])

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif',kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Ghufair bin Ma'dan,yg mana dia perawi yg dinilai Dhaif oleh al-Haitsami (rujuk: Majma' al-Zawaid,2/290). Juga dinilai Dhaif oleh Ibnu Hajar (rujuk: Talkhis al-Habir,4/141). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh al-Mundziri dengan isyarat (rujuk: Targhib wa at-Tarhib,4/224) dan Syaikh al-Albani menilai hadis ini 'Dhaif Jiddan',terlalu lemah (rujuk: Silsilah al-Ahadith ad-Dha'ifah wal-Maudhu'ah,4994).

Jangan Mengejek & Gelar Orang Dengan Gelaran Buruk

Allah ﷻ berfirman:
“Wahai orang-orang beriman! Janganlah 1 kaum mengejek kaum yang lain,kerana boleh jadi yang diejek itu lebih baik dari yang mengejek dan tidak pula wanita-wanita mengejek wanita-wanita lain,kerana boleh jadi wanita-wanita yang diejek itu lebih baik dari wanita-wanita yang mengejek. Dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri. Dan jangan panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Sebutan yang paling buruk selepas iman ialah fasik. Barangsiapa yang tidak bertaubat (sesudah ejek-mengejek itu),maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(al-Hujurat [49]: ayat 11)

Wanita Yang Rambutnya Digantung Di Neraka Kerana Tidak Memakai Tudung

dari ‘Ali,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya..”
(HR. Bukhari dan Muslim)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Bathil' dan 'Maudhu'' (Palsu) oleh Syaikh Ibn Baz,kerana hadis ini tiada asalnya (rujuk: Majmu' al-Fatawa,8/305),malah hadis ini tidak wujud di dalam Sahih Bukhari & Sahih Muslim.

Pahala Bertakziah Kepada Orang Yang Ditimpa Musibah

dari Ibnu Mas'ud,Nabi ﷺ bersabda,
“Barangsiapa mengucap takziyah kepada orang yang ditimpa musibah,maka baginya pahala seumpama orang yang ditimpa musibah itu.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1073. Ibnu Majah,no.1602)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh at-Tirmidzi sendiri selepas meriwayatkan hadis ini,dengan katanya “hadis ini Gharib”,kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama ‘Ali bin 'As̄im dimana dia banyak dicela oleh Ahli Hadis disebabkan hadis ini. Syaikh Musthofa al-‘Adawi juga menilai hadis ini sebagai 'Dhaif' di dalam video beliau.

Allah Tidak Memandang Rupa Dan Harta

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.”
(HR Muslim,no.2564. Ibnu Majah,no.4143)

Haram Sebar Hadis Palsu

:: Hadis 1 ::
dari al-Mughirah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama seseorang. Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”
(HR. Bukhari,no.1291. Muslim,no.4)

:: Hadis 2 ::
dari az-Zubair bin al-‘Awwam,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku,maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”
(HR. Bukhari,no.107)

:: Hadis 3 ::
dari Anas bin Malik,Nabi ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang sengaja berdusta di atas namaku,maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”
(HR. Bukhari,no.108. Muslim,no.2)

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“...Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja,maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”
(HR. Bukhari,no.110)

NOTA:
Imam Ibnu Hibban berpendapat bahawa orang yg menyebut (termasuk menyebarkan) sesuatu hadis tanpa mengetahui samada hadis tersebut sahih atau tidak,maka ia juga berdosa dan layak masuk ke dalam neraka (rujuk: Sahih Ibnu Hibban,no.29 - 32).

Perlahankan Suara Ketika Berzikir

dari Abu Musa,dia berkata,
“Kami dahulu pernah bersama dengan Nabi ﷺ (dalam suatu permusafiran). Orang ramai bertakbir dengan kuat. Lalu Nabi ﷺ bersabda: ‘Wahai sekalian orang,kasihanilah diri kamu sendiri,sesungguhnya kamu semua bukan memohon kepada Dzat yang pekak dan jauh,sebaliknya kamu semua berdoa kepada tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha memerhatikan. Kemudian baginda datang kepadaku,ketika itu aku membaca: La haula wala quwwata illa billah. Baginda bersabda kepadaku: ‘Wahai ‘Abd Allah bin Qais,ucapkanlah: La haula wala quwwata illa billah,sesungguhnya ia adalah salah satu perbendaharaan (harta bernilai yang tersimpan) di dalam syurga’.”
(HR. Bukhari,no.6384. Muslim,no.2704)

Islam Anti Rasis

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Wahai manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita. Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenal (hidup rukun damai). Sesungguhnya orang yg paling mulia di sisi Allah ialah yg paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lg Maha Mengenali.”
(al-Hujurat [49]: ayat 13)

:: Hadis ::
dari Jabir,dia berkata,
“Ada seorang lelaki dari kaum Muhajirin yang suka bergurau (dengan menggunakan tombaknya),lalu dia menujah seorang lelaki daripada kaum Ansar. Maka lelaki Ansar itu berasa teramat marah sehingga mereka menyeru (kaum mereka) dengan berkata: ‘Wahai orang-orang Ansar!’,dan lelaki Muhajirin itu berkata: ‘Wahai orang-orang Muhajirin’. Lalu Nabi ﷺ keluar dan bertanya: ‘Ada apa dengan seruan orang-orang Jahiliyyah ini?’ Selepas diterangkan kepada baginda ﷺ tentang apa yang berlaku,baginda ﷺ bersabda: ‘Tinggalkanlah ia (seruan seperti orang Jahiliyyah itu),sesungguhnya ia perbuatan yang buruk’.”
(HR. Bukhari,no.3518,4905,4907. Muslim,no.2584)

Sampaikan Walau 1 Ayat

dari ‘Abdullah bin ‘Amr,Nabi ﷺ bersabda,
“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Ceritakanlah tentang bani Israil dan tidak menjadi satu kesalahan padanya. Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja,maka hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka.”
(HR. Bukhari,no.3461)

Syaitan Suka waktu Senja

dari Jabir bin ‘Abdullah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila malam menjelma atau masuknya waktu petang,tahanlah anak-anak kamu kerana sesungguhnya pada saat itu syaitan-syaitan berkeliaran. Lalu apabila telah berlalu satu jam daripada malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak mampu membuka pintu yang tertutup.”
(HR. Bukhari,no.3304. Muslim,no.2012)

Niat Mandi Sunat Jumaat

Sebenarnya ramai yg salah faham tentang 'niat' mandi,niat solat,niat wudhu',niat puasa dan sebagainya..sampaikan kadang²,membuatkan seseorang rasa was² dengan amal ibadahnya..ada yg berulang alik ambil wudhu',ada yg berulang² kali angkat takbir,ada yg keliru dengan mandi hadasnya atas sebab was² dengan 'NIAT'nya..sebenarnya was² begini tercela di sisi syara',kerana membuatkan seseorang tu mengulang kembali wudhu'nya,takbirnya,BUKAN kerana Allah,tapi kerana was-was yg 'disuntik' oleh Syaitan di dalam hati seseorang muslim..maka,di sini sy ingin memperbetulkan kesalah-fahaman ini..sy akan buat dialog ini untuk bagi para pembaca memahami apa yg dimaksudkan dengan 'NIAT' dlm islam..insyaAllah,kalau para pembaca faham dialog ni,lepas ni para pembaca akan berasa bertapa mudahnya islam & mudahnya nak beribadah
kepada Allah 'azza wa Jalla..

•MACAMANA NAK NIAT MANDI SUNAT/HADAS,NIAT WUDHU',NIAT SOLAT,NIAT PUASA?•

ABU: Assalamualaikum ustaz..skarang dah masuk waktu Dhuha..sy nak solat Sunat Dhuha..tp sy tak tau niat die macamane..macamna niat solat Dhuha ye?

USTAZ: wa'alaikumussalam..macamna nak niat? Eh,tu kan dah niat dah tu..kenapa tanya lagi?

ABU: yelah..tapi macamana nak lafaz niat solat Dhuha?

USTAZ: Oh..sebenarnya lafaz niat ni tiada dalam Quran atau hadis Nabi..sbenarnya niat tu di hati..niat TAK PERLU di lafaz..sy bagi contoh mudah..sy bagi kamu Rm100,sy kata 'sy ikhlas kerana Allah ni'..padahal sbenarnya sy ber-NIAT nak menunjuk²..Allah nilai yg mana? Kata² sy atau NIAT sy? Contoh ke-2,klu si A bunuh si B..si A ckp,dia tak ada niat nak bunuh si B..padahal sbenarnya dia sengaja bunuh si B..si A berdosa atau tak?

ABU: contoh pertama,NIAT lah jawapannya..contoh ke-2,si A berdosa..

USTAZ: pandai! Begitu lah dalam hal ibadah seperti puasa, wudhu',mandi hadas atau solat..sekalipun kamu cakap 'Usolli fardhu Zohor' (aku solat Zohor),tapi hati kamu nak solat Dhuha,maka solat Dhuha kamu tetap sah..

ABU: Oooohh bgitu ka ustaz..baru la faham..jazakallahu khairan ustaz!!

USTAZ: na'am..wa iyyak!

Smoga bermanfaat..

Tidak Menyukai Sunnah Rasulullah?

dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Ada 3 orang sahabat telah pergi ke rumah Nabi ﷺ. Mereka bertanya isteri-isteri baginda tentang ibadat Rasulullah. Setelah diberitahu kepada mereka,seolah-olah mereka menganggap ibadah itu masih terlalu sedikit. Kemudian,mereka berkata (sesama mereka): ‘Di mana kita (sekiranya dibandingkan) dengan Rasulullah? Baginda telah diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang’. Lalu salah seorang daripada mereka berkata: ‘Adapun aku (berazam) akan berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka’. Orang kedua pula berkata: ‘Aku pula akan mendirikan (ibadah) pada malam hari tanpa tidur!’ Yang ketiga pula berkata: ‘Aku pula akan menjauhkan diri daripada wanita dan tidak akan berkahwin untuk selama-lamanya!’
Apabila cerita tersebut sampai kepada Nabi ﷺ,Rasulullah berkata kepada mereka: ‘Kamu yang berkata ini dan ini. Demi Allah,aku adalah orang yang paling takutkan Allah dan yang paling bertaqwa kepada-Nya berbanding kamu semua. Namun,aku berpuasa dan aku juga berbuka,aku bangun (beribadah pada malam hari) dan aku tidur,serta aku berkahwin dengan wanita. Oleh itu,sesiapa yang bencikan sunnahku (caraku),dia bukan daripada umatku’.”
(HR. Bukhari,no.5063. Muslim,no.1401)

Zikir Selepas Solat Yang Menghapuskan Dosa² Kecil

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
”Sesiapa bertasbih (mengucapkan Subhanallah) kepada Allah selepas solat sebanyak 33 kali,dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah) kepada Allah 33 kali,dan bertakbir (mengucapkan Allahuakbar) kepada Allah 33 kali,hingga semuanya berjumlah 99” dan baginda menambah: “Kesempurnaan 100 adalah membaca: 
لاَ إلَهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيْرٌ 
La ila ha illallah,wahdahu laa syarikalah,lahul mulku wa lahul hamd,wa huwa 'ala kulli syai-in qodiir 
(Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya,bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya kepujian,dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu),
maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan.”
(HR. Muslim,no.597)

NOTA:
Tasbih : سُبْحَانَ اللَّهِ Subhanallah 
(Maha Suci Allah)
Tahmid : الْحَمْدُ لِلَّهِ Alhamdulillah 
(Segala Puji bagi Allah)
Takbir : اللَّهُ أَكْبَرُ Allahuakbar 
(Allah Maha Besar)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
La ila ha ilallah wahdahu la syarikalah,lahul mulku wa lahul hamdu,wa huwa 'ala kulli syai-in qodir
(Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya,bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya kepujian,dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)

Larangan Tatu, Cabut Bulu kening, Merenggangkan Gigi & Mengubah Ciptaan Allah

:: Hadis 1 ::
dari Abdullah,dia berkata,
“Allah melaknat wanita-wanita yang membuat tatu,yang meminta dilukiskan tatu,yang mencabut bulu-bulu wajah dan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan,yang mengubah ciptaan Allah.”
(HR. Bukhari,no.4886)

:: Hadis 2 ::
dari Abdullah,dia berkata,
“Allah melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya,para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya,dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.”
(HR. Muslim,no.2125)

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“(Syaitan berkata) Dan sesungguhnya akan aku sesatkan mereka,aku perdayakan dengan angan-angan kosongnya,dan aku suruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) untuk sembahan (kepada berhala) dan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah (Agama Allah),lantas mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindungnya selain Allah,sesungguhnya telah nyata sekali kerugiannya.”
(an-Nisa' [4]: ayat 119)

3 Amalan Yang Tidak Putus Setelah Mati

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.”
(HR. Muslim,no.1631)

Maksud Allah Tidak Mengampuni Dosa Syirik

Allah ﷻ berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (menyengutukan Allah dengan yg lain). Dan Dia akan mengampuni dosa yang lain dari (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang menyengutukan Allah,sesungguhnya ia telah jauh tersesat.”
(An-Nisa' [4]: ayat 116)

NOTA:
maksud “Allah tidak akan mengampuni dosa syirik” adalah,sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan tidak bertaubat dari dosa syiriknya,maka dosanya tidak diampuni. Akan tetapi,sekiranya dia sempat bertaubat,maka dosanya diampuni,insyaAllah. Ini pendapat Ibnu Katsir (rujuk: Tafsir al-Quran al-'Azhim,3/129) dan Ibnul Jauzi (rujuk: Zad al-Masir,2/103).

Doa Sebelum Makan (Yang Tidak Sahih & Doa Yang Sahih)

 :: Hadis 1 ::
dari 'Abdullah bin 'Amr,dia berkata,
“Ketika baginda (Nabi ﷺ) hendak makan dan hidangan didekatkan kepada baginda,baginda berdoa:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، بِسْمِ اللَّهِ

Allahumma Bariklana Fima Rozaqtana Waqina ‘Adza Bannar, Bismillah

(Ya Allah,berkatilah makanan yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan jauhkanlah kami dari api neraka,dengan nama Allah)...”
(HR. ath-Thabrani [rujuk: ad-Du'a,no.888. Ibnu Sunni [rujuk: 'Amalul Yaum wal Lailah,no.457]):

NOTA:
Hadis ini 'Munkar' (terlalu Dhaif/lemah: tidak sahih) kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Muhammad bin Abi az-Zu'aiziyah yg mana dia dinilai 'Munkar' oleh imam Bukhari,Abu Hatim ar-Razi,Ibnu Hibban & Ibnu Hajar al-Asqalani. Imam Bukhari berkata: “Munkarul Hadisi Jiddan (Terlalu meriwayatkan hadis Munkar)” (rujuk: Tarikh al-Kabir,1/88). Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentang Muhammad bin Abi az-Zu'aiziyah,kata Abu Hatim: “La Yustaghlu Bihi,Munkarul Hadis (Tidak perlu sibukkan diri dengan (riwayat)nya,dia perawi hadis² Munkar)” (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,7/261). Juga dinilai Munkar oleh Ibnu Hibban,dengan katanya: “Tergolong dalam perawi² yg meriwayatkan hadis² Munkar daripada perawi² yg Mahsyur,sehinggakan sekiranya orang yg berada di dalam bidang hadis mendengar riwayat²nya,ketahuilah riwayatnya Maqlub (berbolak balik/tertukar). Tidak boleh berhujjah dengannya” (rujuk: al-Majruhin,2/224). Begitu juga Ibnu Hajar (rujuk: Lisan al-Mizan,5/165).

:: Hadis 2 ::
dari Ibnu A’bud,ia berkata,
“Ali bin Abi Thalib bertanya kepadaku: ‘wahai Ibnu A’bud,apakah engkau tahu apakah hak makanan?’ Aku pun berkata: ‘apa itu wahai Ibnu Abi Thalib?’ Dia menjawab: ‘hendaknya ia berdoa:

 بِسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا

Bismillah,Allahumma Bariklana Fima Rozaqtana

(Dengan nama Allah. Ya Allah,berkatilah makanan yang telah Engkau kurniakan kepada kami)’...”
(HR. Ahmad,no.1313. al-Baihaqi [rujuk: Syu'abul Iman,no.5640]. Ibnu Abi Syaibah [rujuk: al-Musannaf,no.24509]):

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) kerana perawi 'Ali bin A'bud (Ibnu A'bud) adalah perawi yg 'Majhul' (tidak dikenali). Kata 'Ali ibn al-Madini: “Laisa bi Ma’ruf (Tidak dikenali)” (rujuk: al-Mizzi,Tahdzib al-Kamal,20/321). Kata adz-Dzahabi (tentangnya): “La Yu'raf (tidak dikenali)” (rujuk: al-Mughni fi ad-Dhu'afa',81). Ibnu Hajar juga mengatakan perkara yg sama,beliau berkata: “Wa qad la yusamma fil isnad (mungkin dia tidak dinamakan dalam sanad),Majhul (tidak dikenali)” (rujuk: Taqrib at-Tahdzib,2/398).

:: Hadis 3 ::
dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Apabila Allah memberi makanan kepada seseorang,maka hendaknya dia berkata:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Allahumma Bariklana Fih,Wa Ath-'imna Khoiron Minhu

(Ya Allah,berilah keberkatan kepada kami dalam makanan ini dan berilah kami kebaikan dari makanan tersebut).
Dan barangsiapa yang diberikan minuman susu,maka hendaknya dia berkata:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

Allahumma Bariklana Fih,Wa Zidna Minhu

(Ya Allah,berilah berkat kepada kami dalam minuman ini dan tambahkan untuk kami).”
(HR. at-Tirmidzi,no.3445. Abu Daud,no.3242. Ahmad,no.2438. Ibnu Majah,no.3313)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Ali bin Zaid bin 'Abdullah bin Jud'an (Abu al-Hasan),yg mana dia dinilai Dhaif oleh Abu Hatim ar-Razi,dengan katanya: “Laisa bi qowi,yuktabu hadisuhu,la yuhtajju bihi (Tidak kuat,ditulis hadisnya,tidak boleh berhujjah dengannya)” (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,6/186). Ketika imam Ahmad ibn Hanbal ditanya tentangnya: “Laisa bi Syai (Tiada nilai)”. Kata al-'Ajli: “Yuktabu hadisuhu,laisa bi qowi (ditulis hadisnya,dia tidak kuat)” (rujuk: al-Mizzi,Tahdzib al-Kamal,2/434).

ketiga² Hadis di atas tidak sahih dari Nabi ﷺ,tetapi bacaan doa sebelum makan yg 'Sahih' adalah dengan mengucapkan 'Bismillah' (dengan nama Allah) sahaja,berdasarkan dua hadis:

:: Hadis 4 ::
بِسْمِ اللَّهِ
dari Umar bin Abi Salamah,dia berkata,
“Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi ﷺ,tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi ﷺ berkata kepadaku: ‘Wahai Ghulam (anak),sebut nama Allah (baca ‘Bismillah’),makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu”.
(HR. Bukhari,no.4957. Muslim,no.2022)

:: Hadis 5 ::
dari Aisyah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila salah seorang dari kamu hendak makan makanan,maka ucapkanlah: Bismillah (Dengan nama Allah)...”
(HR. at-Tirmidzi,no.1858. dinilai 'Hasan Sahih' oleh at-Tirmidzi)

NOTA:
Sekalipun doa² 'Allahumma Bariklana..' tidak sahih,akan tetapi tidaklah menjadi masalah untuk 'sekali sekala' membacanya kerana ia hanyalah doa. Hukum berdoa dengan doa yg berasal dari hadis yg tidak sahih (sekalipun Maudhu'/Palsu),tidaklah berdosa,dengan syarat tidak berkata & meyakini bahawa doa tersebut adalah "Sunnah" atau "dari Nabi ﷺ". Namun melazimi 'Bismillah' sebelum makan adalah lebih afdhal (utama) kerana ia Sahih dari Nabi ﷺ dan akan mendapat pahala Sunnah.
Wallahua'lam Bissowab.

adapun Doa selepas makan,rujuk & klik di sini: 'Doa Selepas Makan (Yang Tidak Sahih & Doa Yang Sahih'

Kelebihan Selawat

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ﷺ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(al-Ahzab [33]: ayat 56)

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amr,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila kamu mendengar muazzin (tukang azan), maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muazzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) yang mana ia tidak layak untuk sesiapa pun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka sesiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi ﷺ).”
(HR. Muslim,no.384)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali,maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
(HR. Muslim,no.408)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Thalhah,Nabi ﷺ datang dengan wajah yang berseri-seri. Kemudian baginda bersabda,
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata: ‘Tidakkah engkau redha wahai Muhammad,seseorang berselawat kepadamu kecuali aku berselawat kepadanya 10 kali? Juga tidak ada lagi seorangpun yang mengucapkan salam kepadamu kecuali aku juga akan mengucapkan salam kepadanya 10 kali”
(HR. an-Nasaie,no.1295. Hadis ni dinilai ‘Hasan’ oleh Syaikh Khalid al-Hayek)

:: Hadis 4 ::
dari Anas bin Malik,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali,Allah akan berselawat kepadanya 10 selawat,dihapuskan daripadanya 10 dosa dan diangkat dirinya dengan 10 darjat.”
(HR. an-Nasaie,no.1297. Kata Syaikh Khalid al-Hayek dalam facebook rasmi beliau: “Hadis Sahih. Diriwayatkan melalui Anas melalui beberapa jalur,ada yang 'Sahih',ada yg 'Hasan'”)

:: Hadis 5 ::
dari ‘Abdullah bin Mas'ud,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, 
“Manusia yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku.”
(HR. at-Tirmidzi,no.484)

NOTA:
Hadis ini diperselisihi tentang kesahihannya. Ada ulama' yg menilai 'Sahih',namun ada yg menilai hadis ini sebagai 'Dhaif' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Musa bin Ya'qub az-Zam'i,dimana dia dinilai 'Dhaif' oleh an-Nasaie,dengan katanya: “Laisa bi qowi (tidak kuat)”. Juga Ibnul Madini,dia berkata: “Dhaif Munkar al-Hadith” (rujuk: adz-Dzahabi,Mizan al-I'tidal fii Naqdir Rijal,4/8945). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh at-Tirmidzi sendiri selepas meriwayatkan hadis ini,dengan katanya: “Hasan Gharib”. Syaikh Musthofa al-'Adawi juga menilai hadis ini sebagai 'Dhaif' di dalam video beliau.

Senyum Itu Sedekah

dari Abu Dzar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah,kamu melakukan amar makruf dan nahi mungkar juga sedekah,kamu menunjukkan jalan bagi seseorang yg tersesat juga sedekah,kamu memimpin orang yg matanya rabun juga sedekah,menyingkirkan batu,duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah dan kamu menuangkan air dari baldimu ke baldi saudaramu juga sedekah.”
(HR. at-Tirmizi,no.1956. at-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai 'Hasan Gharib' yg bermaksud 'Dhaif')

NOTA:
Walaupun hadis ini tidak Sahih (Dhaif),akan tetapi senyum adalah amalan yg baik,kerana terdapat hadis Sahih yg lain tentang galakkannya. Malah Nabi ﷺ orang yg pemurah senyuman:

:: Hadis 1 ::
dari Jarir,dia berkata,
“Sejak aku masuk Islam,Rasulullah ﷺ tidak pernah menghindarkan diri dariku jika aku ingin bertemu dengannya,dan tidak pernah aku melihat baginda kecuali baginda tersenyum padaku....”
(HR. al-Bukhari,no.6089)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Dzar,ia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda kepadaku,
“Janganlah kamu memandang rendah sedikit pun suatu kebajikan,walaupun sekadar kamu bertemu saudaramu dengan wajah berseri-seri.”
(HR. Muslim,no.2626)

Membunuh Orang Islam Dengan Sengaja

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan Sesiapa yang membunuh seorang muslim dengan sengaja,maka balasannya neraka Jahanam. Dia kekal di dalamnya. Allah memurkai dan melaknatnya. Dan Allah menyediakan azab yg amat berat baginya.”
(an-Nisa' [4]: ayat 93)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim,maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu,janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu,kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum syara‘).”
(al-Isra’ [17]: ayat 33)

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin Mas‘ud,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidak halal darah seorang Muslim yang bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah,dan bahawa aku adalah utusan Allah kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; nyawa (dibalas) dengan nyawa,orang yang telah berkahwin yang berzina,dan orang yang melepaskan (meninggalkan) diri daripada agamanya serta meninggalkan Jemaah (kaum Muslimin).”
(HR. Bukhari,no.6878. Muslim,no.1676)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amru,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Kehancuran dunia itu lebih ringan di sisi Allah berbanding pembunuhan seorang lelaki muslim.”
(HR. an-Nasa’ie,no.3998. at-Tirmidzi,no.1395)

NOTA:
Kata imam at-Tirmidzi,hadis ini terdapat dua riwayat. Riwayat pertama memarfu’kan ke atas Nabi ﷺ (menisbahkan kata-kata ini kepada Rasulullah),dan riwayat kedua memauqufkan ke atas ‘Abdullah bin ‘Amru. Riwayat yang mauquf lebih sahih (rujuk: Jami’ at-Tirmidzi,no.1395).

Memastikan Kesahihan Sesuatu Berita

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita,hendaklah kamu periksa dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum dengan perkara yg tidak diingini,maka kamu akan menyesali tindakan kamu itu.”
(al-Hujurat [49]: ayat 6)

:: Hadis ::
dari Hafs̄ bin ‘As̄im,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun).”
(HR. Muslim,no.5)

Pahala Membunuh Cicak

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang membunuh cicak dengan pukulan yang pertama,baginya sekian pahala,sesiapa yang membunuhnya pada pukulan kedua,baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan pertama,sesiapa yang membunuhnya pada pukulan ketiga,baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan kedua.”
(HR. Muslim,no.2240)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,Nabi ﷺ bersabda tentang cicak,
“‘(Ia ialah) binatang perosak’. Tetapi aku tidak mendengar baginda memerintahkan untuk membunuhnya.”
(HR. Bukhari,no.1831)

:: Hadis 3 ::
Sa‘ad bin Abu Waqqas,dia berkata,
“Nabi ﷺ memerintahkan untuk membunuh cicak dan memanggilnya sebagai fuwaisiq (haiwan perosak).”
(HR. Muslim,no.2238)

:: Hadis 4 ::
Ummu Syarik,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ memerintahkan untuk membunuh cicak dan bersabda: ‘Dahulunya cicak meniup api (untuk membakar) Nabi Ibrahim A.S’.”
(HR. Bukhari,no.3359)

Niat Baik Dapat Pahala,Niat Jahat Tidak Dapat Apa-Apa

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
”Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan,nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisi-Nya,pahala yang amat besar.”
(an-Nisa’ [4]: ayat 40)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat),maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan,maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”
(al-An’am [6]: ayat 160)

:: Hadis ::
dari Ibnu Abbas,Nabi ﷺ bersabda bahawa Allah 'Azza Wa Jalla berfirman:
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan,kemudian menjelaskannya. Maka sesiapa yang hendak mengerjakan suatu kebaikan tetapi dia tidak jadi melaksanakannya,maka Allah menetapkan niatnya itu baginya 1 kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Dan jika dia hendak mengerjakannya lalu melaksanakannya,maka Allah menuliskan itu baginya 10 kebaikan sehingga 700 kali ganda,bahkan berkali-kali ganda banyaknya di sisi-Nya. Adapun sesiapa yang merancang untuk melakukan mana-mana keburukan dan dia tidak melaksanakannya,maka Allah menuliskan itu baginya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Dan jika dia berniat untuk mengerjakannya lalu melaksanakannya,maka Allah menetapkannya sebagai 1 keburukan di sisi-Nya.”
(HR. Bukhari,no.6491. Muslim,no.131)

Maksud 'Fitnah Lebih Besar (Dosanya) Daripada Pembunuhan' Dalam al-Quran

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka,dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu. Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu,kalau mereka memerangi kamu (di situ),maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.”
(al-Baqarah [2]: ayat 191)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad),mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati. Katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar,tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya,dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid al-Haraam (di Makkah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah),angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian). Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), 
lalu ia mati sedang ia tetap kafir,maka orang-orang yang demikian,rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat,dan mereka itulah ahli neraka,kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”
(al-Baqarah [2]: ayat 217)

NOTA:
Imam ath-Thobari menukilkan pendapat kalangan Salaf tentang makna ‘fitnah’ dalam ayat ini adalah ‘Syirik’,maka ayat ini bermaksud penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mukmin sehingga dia kembali menjadi musyrik,adalah lebih dahsyat dan lebih memudaratkan berbanding dia dibunuh dalam keadaan dia tetap berpegang teguh pada agamanya (Islam). Beliau turut menukilkan pandangan Mujahid yang mempunyai maksud yang sama dalam hal ini (rujuk: Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an,3/565). Menurut Imam al-Qurthubi pula,ayat ini turun berkenaan salah seorang sahabat yang bernama Waqid bin Abdillah at-Tamimi r.a yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadhrami pada akhir bulan Rejab (salah satu bulan haram) dalam satu ekspedisi bersama beberapa orang sahabat yang lain,dalam usaha menangani ancaman musyrikin Quraish di Mekah. Maka,fitnah dalam ayat ini merujuk kepada usaha orang kafir untuk memaksa kaum Muslimin supaya kembali kepada kekufuran,dan ia adalah lebih besar kemudaratannya berbanding usaha balas kaum Muslimin untuk kembali memerangi mereka meskipun pada bulan-bulan haram (rujuk: Tafsir al-Qurthubi,2/351 dan 3/46). Wallahua'lam.

Wednesday, April 3, 2013

Zikir Yang Ringan Dilidah Tapi Berat Dalam Timbangan Mizan

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Dua kalimah yang ringan pada lidah,tetapi berat dalam timbangan mizan,dan disukai oleh Ar-Rahman adalah:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ 
SubhanAllah wa bihamdih,SubhanAllahil 'azhim
(Maha Suci Allah dan Segala puji bagi-Nya,Maha Suci Allah yang Maha Agung).”
(HR. Bukhari,no.6682. Muslim,no.2694)

Pahala Membaca Pujian Ini Ketika Bangkit Dari Rukuk

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Rifa'ah bin Rafi' al-Zuraqi berkata,
“Kami pernah solat bersama Rasulullah ﷺ,ketika Baginda ﷺ bangun daripada ruku’,Baginda ﷺ membaca: ‘Sami'Allahu liman hamidah’. Tiba-tiba ada seorang daripada sahabat yang membaca: Rabbana Wa Lakal Hamd,Hamdan Katsiran Thoyyiban Mubarokan Fiih (Wahai Tuhan kami,bagi-Mu segala pujian,aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak,yang baik dan penuh dengan barakah). Selepas selesai solat,Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Siapa yang mengucapkan kalimah itu?’ Sahabat itu berkata: ‘Aku’. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Aku melihat lebih 30 malaikat berebut untuk menjadi yang pertama pada mencatatnya (pahalanya)’.”
(HR. Bukhari,no.799)

Allah Tidak Menguji Hamba-Nya Diluar Kemampuan Hamba-Nya

Allah ﷻ berfirman:
“..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yang diberikan Allah kepadanya..”
(at-Thalaq [65]: ayat 7)