:: Hadis 1 ::
dari Mu‘adz bin Anas al-Juhani,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang memakan suatu makanan, lalu mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ
Alẖamdulillahil Ladzi Ath-‘Amani Hadza Ath-Tho'ama Wa Rozaqo-Nihi Min Ghoiri H̱aulin Minni Wa Laa Quwwah
(Segala puji bagi Allah yang memberiku makanan ini dan mengurniakannya untukku tanpa daya dan upaya daripadaku),
maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu.”
(HR. Abu Daud,no.4023. Ahmad,no.15079. at-Tirmidzi,no.3458. Ibnu Majah,no.3285)
NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih), kerana hadis ini diriwayatkan dari Sahl bin Mu‘adz bin Anas al-Juhani dari ayahnya, yg mana kata Yahya Ibn Ma‘in: “Sahl bin Mu‘adz bin Anas dari ayahnya, Dha‘if” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta’dil,4/204). Ibnu Hibban juga mempunyai dua pendapat yang saling berselisih tentangnya. Ibnu Hibban memujinya pada kitab lain (rujuk: Masyahir 'Ulama al-Amsar,195), namun beliau mengkritiknya dengan berkata (dalam kitabnya yg lain): “Munkar al-Hadis Jiddan” (rujuk: al-Majruhin,9/441). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Muthofa al-‘Adawi (dalam video beliau).
:: Hadis 2 ::
dari Abu Sa‘id al-Khudri,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ selesai makan, baginda mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ
Alẖamdulillahil Ladzi Ath-‘Amana Wa Saqona Waja ‘Alana Muslimin
(Segala puji bagi Allah yang memberikan kami makan dan minum serta menjadikan kami dalam kalangan orang Islam).”
(HR. Abu Daud,no.3850. Ahmad,no.10846. at-Tirmidzi,no.3457. Ibnu Majah,no.3274)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh ramai Muhadditsin (Ulama’ Hadis), kerana berlaku idthirab (kegoncangan) di dalam sanadnya. Hadis ini dinilai Dhaif oleh salah satunya imam Ibn Qattan al-Fasi (rujuk: Bayan al-Wahm wa al-Alham,4/601), imam adz-Dzahabi (rujuk: Mizan al-I'tidal,1/228), Syaikh Syu‘aib al-Arnauth (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,3/98).
:: Hadis 3 ::
dari Abu ‘Umamah,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ selesai daripada (makan) makanannya, baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مُوَدَّعٍ وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Alẖamdulillahi Katsiron Thoyyiban Mubarokan Fih, Ghoiro Makfiyyin Wala Muwadda‘in Wala Mustagh-nan ‘Anhu Robbana
(Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, yang baik lagi penuh berkat di dalamnya, tanpa kami merasa cukup (iaitu kami sentiasa perlukan nikmat-nikmat Allah),
diperlukan dan tidak dapat ditinggalkan, wahai Tuhan kami).”
(HR. Bukhari,no.5458)
:: Hadis 4 ::
dari Abu ‘Umamah,dia berkata,
“Nabi ﷺ apabila selesai dari (makan) makanannya, baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَفَانَا وَأَرْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مَكْفُور
Alẖamdulillahil-ladzi Kafana Wa Arwana Ghoiro Makfiyyin Wala Makfur
(Segala puji bagi Allah yang mencukupkan kami dan menghilangkan dahaga kami, tanpa kami merasa cukup (iaitu kami sentiasa perlukan nikmat-nikmat Allah) dan kami tidak kufur nikmat)...”
(HR. Bukhari,no.5459)
:: Hadis 5 ::
الْحَمْدُ لِلَّهِ
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alẖamdulillah) selepas makan dan minum.”
(HR. Muslim,no.2734)
NOTA:
Sekalipun doa² pada Hadis 1 & 2 itu tidak sahih, akan tetapi tidaklah menjadi masalah untuk sekali sekala membacanya kerana ia hanyalah doa. Hukum berdoa dengan doa yg berasal dari hadis yg tidak sahih (sekalipun Maudhu’/Palsu), tidaklah berdosa, dengan syarat tidak berkata & meyakini bahawa doa tersebut adalah “Sunnah” atau “dari Nabi ﷺ”. Namun melazimi ‘Bismillah’ sebelum makan adalah lebih afdhal (utama) kerana ia Sahih dari Nabi ﷺ dan akan mendapat pahala Sunnah.
Wallahua’lam Bissowab.
untuk Doa sebelum makan, rujuk & klik di sini: 'Doa Sebelum Makan (Yang Tidak Sahih & Doa Yang Sahih)'
MENU
▼
No comments:
Post a Comment