Wednesday, April 3, 2013

Ciri-Ciri Fizikal Rasulullah

:: Hadis 1 ::
dari al-Bara bin ‘Azib,dia berkata,
 “Tidak pernah aku melihat seseorang memiliki rambut melepasi dua cuping telinga,berpakaian Hullah kemerahan yang lebih indah berbanding Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang menyentuh dua bahu,jauh jarak dua bahu baginda. Baginda bukan seorang yang rendah,bukan juga seorang yang terlalu tinggi.”
(HR. Bukhari,no.5901. Muslim,no.2337. at-Tirmidzi,no.3635. Ini adalah lafaz at-Tirmidzi. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

:: Hadis 2 ::
dari al-Barra bin ‘Azib,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ adalah seorang yang pertengahan (tidak terlalu tinggi dan rendah) lebar antara dua bahu,hujung rambut sampai ke hujung dua telinga. Baginda memakai baju dan kain berwarna merah. Tidak pernah sama sekali aku melihat sesuatu yang lebih indah berbanding baginda.”
(HR. Bukhari,no.3551. Muslim,no.2337)

:: Hadis 3 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ bukanlah seorang yang terlalu tinggi,bukan juga seorang yang rendah,bukan juga seorang yang terlalu putih. Bukan juga seorang yang berambut kerinting,bukan juga seorang yang berambut terlalu lurus. Allah melantik baginda menjadi rasul ketika baginda berumur 40 tahun. Baginda menetap di Mekah selama 10 tahun (sebagai Rasul) dan di Madinah selama 10 tahun. Allah mewafatkan baginda ketika penghujung umur baginda 60 tahun,(ketika itu) uban di kepala dan janggut baginda tidak sampai 20 helai.”
(HR. Bukhari,no.3547. Muslim,no.2347. at-Tirmidzi,no.3623)

No comments:

Post a Comment