Friday, December 30, 2016

Allah Di Atas Langit (Hadis Jariyah)

:: Hadis 1 ::
dari Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami,ia berkata,
“...Aku mempunyai seorang Jariyah (hamba wanita) yg tugasnya mengembala kambing biri-biri di sekitar Gunung Uhud dan wilayah Jawaniyah. Suatu hari aku tahu bahawa seekor serigala telah berjaya memangsa seekor kambing biri-biri (yg digembalakannya). Aku adalah manusia biasa. Aku marah dan sedih sebagaimana orang lain yg juga boleh marah dan sedih. Akan tetapi,aku memukul jariyah itu dengan telapak tanganku,hanya sekali pukul. Lalu aku menemui Rasulullah ﷺ,aku merasa hal itu terasa berat,lalu aku bertanya: ‘Ya Rasulullah,apakah aku harus memerdekakannya?’ Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Bawa dia ke mari’. Maka aku bawa dia ke hadapan baginda,lalu baginda bertanya kepada jariyahku: ‘Di mana Allah?’ Jariyah itu menjawab: ‘Fiis-samaa' (Di langit)’. Baginda bertanya lagi: ‘Siapa aku?’ Jariyah itu menjawab: ‘Engkau utusan Allah’. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Merdekakan dia! Sesungguhnya dia wanita beriman’. 
(HR. Muslim,no.537. an-Nasaie,no.1218. Abu Daud,no.3282. Ahmad,no.22645)

:: Hadis 2 ::
dari Umar bin al-Hakam,ia berkata,
“Suatu ketika aku mendatangi Rasulullah ﷺ dan berkata: ‘Ya Rasulullah,sesungguhnya hamba wanitaku pernah mengembalakan kambing milikku. Kemudian ketika aku menemuinya,ia telah kehilangan seekor kambing,lalu aku menanyakannya,maka ia menjawab: ‘Kambing itu telah dimakan serigala’. Aku pun menyesali itu terjadi. Dan (kerana) aku adalah anak Adam (manusia),maka ku pukul wajahnya,sedangkan (sementara itu) aku memiliki kewajiban untuk memerdekakan hamba,lalu apakah harus memerdekakannya?’ Setelah itu Rasulullah bertanya kepada hamba wanita itu: ‘Di mana Allah?’ Ia menjawab: ‘Fiis-samaa' (Di langit)’. Baginda kembali bertanya: ‘Siapa aku?’ Ia menjawab: ‘Engkau Rasulullah’. Mendengar itu,Rasulullah ﷺ lantas bersabda: ‘Merdekakanlah dia!’.”
(HR. Malik [rujuk: al-Muwattho',no.1534])

NOTA:
(tentang Umar bin al-Hakam),Menurut Ibnu Abdil Barr,seperti itulah yg diungkapkan oleh Imam Malik,sedangkan menurut semua ulama' hadith,itu hanya sangkaan. Dan nama Umar bin al-Hakam tidak termaktub dalam deretan nama² sahabat. Tapi,yg benar adalah Mu'awiyyah bin al-Hakam. Seperti yg diungkapkan oleh setiap perawi hadith ini,dari Hilal atau perawi lainnya. Mu'awiyah bin al-Hakam adalah sahabat terkenal dan hadith yg diriwayatkannya juga dikenal.

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dengan membawa seorang hamba wanita hitam,kemudian ia berkata: ‘Wahai Rasulullah,sesungguhnya aku berkewajiban membebaskan hamba mukmin’. Kemudian baginda bersabda: ‘Di mana Allah?’ kemudian ia (hamba itu) mengisyaratkan ke langit dengan jarinya. Kemudian baginda berkata kepadanya: ‘Siapa aku?’ Kemudian dia menunjuk kepada Nabi ﷺ dan ke langit,yang bermaksud engkau adalah utusan Allah. Maka baginda berkata: ‘Bebaskan dia,sesungguhnya dia wanita mukminah (beriman)’.”
(HR. Abu Daud,no.3284. Ahmad,no.7565)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani,kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama al-Mas'udi (Abdurrahman bin Abdullah bin 'Utbah) yg mana dia Dhaif kerana ikhtilath-nya (bercampur hafalannya) (rujuk: ad-Dha'ifah,1/70).

NOTA (2):
Perkataan Fiis-samaa' (di langit) di dalam hadis² ini,'Fii' di situ bukan merujuk kepada 'di dalam' langit,akan tetapi 'Fii' di situ merujuk kepada 'Ala,iaitu 'di atas' langit. Kerana di dalam al-Quran & hadis² Sahih yg lain menerangkan bahawa Allah ﷻ istiwa' (tinggi) di atas 'Arasy-Nya. Sedangkan 'Arasy itu berada di atas langit ke-7,sebagaimana tsabit dari dalil² yg sahih (rujuk & klik: Di Mana 'Arasy Allah?). Kedua,perkataan 'Fii' juga tidak semestinya merujuk kepada 'di dalam',kerana terdapat ayat di dalam al-Quran,Allah menggunakan perkataan 'Fii',akan tetapi 'Fii' di situ merujuk kepada 'di atas',seperti:

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱلْكَـٰفِرِينَ كَانُوا۟ لَكُمْ عَدُوًّۭا مُّبِينًۭا
“Dan apabila kamu berjalan (musafir) di bumi,maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat.”
(an-Nisa' [4]: ayat 101)

NOTA:
Di dalam ayat ini,Allah ﷻ menyebut “Wa idzaa Dhorobtum Fiil-Ardhi..” (Dan apabila kamu berjalan di bumi). Allah menggunakan perkataan 'Fii' di dalam ayat ini,akan tetapi ia merujuk kepada 'Ala (di atas),bukan 'di dalam'. Sebab tidak mungkin kita fahami ayat ini dengan maksud 'berjalan di dalam bumi',sudah semestinya kita fahami ayat ini dengan maksud 'berjalan di atas bumi'. Begitu juga ayat al-Quran yg lain seperti:

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
فَسِيحُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍۢ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِى ٱللَّهِ ۙ وَأَنَّ ٱللَّهَ مُخْزِى ٱلْكَـٰفِرِينَ
“Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan,dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).”
(Taha [20]: ayat 71)

NOTA:
Dalam ayat ini Allah menyebut “Fasiihu Fiil Ardhi..” (Oleh itu hendaklah kamu bergerak di muka bumi). Begitu juga dengan ayat al-Quran yg lain:

:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحْرَ ۖ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَـٰفٍۢ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِى جُذُوعِ ٱلنَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَآ أَشَدُّ عَذَابًۭا وَأَبْقَىٰ
“Firaun berkata: ‘Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu,demi sesungguhnya,aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang,dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal’.”
(Taha [20]: ayat 71)

NOTA:
Dalam ayat ini,Firaun menyebut “Wa La-Usollibannakum Fii Judzuu'i In-nakhli..” (Dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar). Dari ayat ini kita dapat fahami bahawa Firaun tidak memalang “di dalam” pokok tamar,akan tetapi “di atas” permukaan pokok tamar.
Wallahua'lam.

Monday, February 22, 2016

Rasulullah Suka Makan Labu

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Seorang tukang jahit menjemput Nabi ﷺ pada jamuan makan yang disediakannya dan aku pergi bersama Nabi ﷺ. Maka dihidang roti gandum dan kuah yang didalamnya mengandungi labu dan daging. Aku melihat Nabi ﷺ mengambil (memilih) labu disekeliling mangkuk. Dan setelah hari itu,aku menyukai labu.”
(HR. Bukhari,no.5436)

:: Hadis 2 ::
dari Anas,dia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ dihidangkan kuah yang didalamnya terdapat labu dan daging,dan aku melihatnya mengambil (memilih) labu dan memakannya.”
(HR. Bukhari,no.5437)

:: Hadis 3 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Seorang tukang jahit menjemput Rasulullah ﷺ pada jamuan makan yang disediakannya. Maka aku pergi bersama Rasulullah ﷺ ke jamuan makannya. Dihidangkan kepada Rasulullah ﷺ roti gandum,kuah berisi labu dan daging. Aku melihat Rasulullah ﷺ mengambil (memilih) labu disekitar Sahfah (piring besar). Maka aku pun menyukai labu sejak dari hari itu.”
(HR. Bukhari,no.5439)

:: Hadis 4 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Aku melihat Rasulullah ﷺ memilih-milih labu di dalam Sahfah (piring besar). Maka sejak itu aku sentiasa menyukainya (labu).”
(HR. Tirmidzi,no.1850. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

Friday, February 5, 2016

Hadis Akhir Zaman: Tentang Golongan Bendera Hitam

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Panji-panji hitam akan keluar daripada Khurasan,tidak ada sesuatu pun yang mampu menghalangnya sehinggalah ia dipacak di Iliya’ (Baitul Maqdis).”
(HR. at-Tirmidzi,no.2269. Ahmad,no.8420)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif Jiddan' (terlalu lemah: tidak sahih) kerana hadis ini diriwayatkan daripada Risydin bin Sa'ad dari Yunus,yang mana Risydin bin Sa'ad bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini. Kedua,Risydin bin Sa'ad adalah perawi Dhaif,dinilai Dhaif oleh imam Ahmad ibn Hanbal dan Yahya ibn Ma'in dengan katanya: "Hadisnya tidak ditulis". Kata Abu Zur'ah & Abu Daud: "Dha'iful Hadis". Kata Abu Hatim:" Munkarul Hadis". Kata an-Nasaie: "Matrukul Hadis (Hadisnya ditinggalkan)". (rujuk: Tahdzib at-Tahdzib,3/278). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh at-Tirmidzi sendiri sejurus meriwayatkan hadis ini dengan katanya: "Hadis ini Gharib".

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Jika kalian melihat panji hitam,maka bertahanlah di bumi. Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum lemah. Hati mereka seperti potongan besi. Mereka (mengaku) pemegang kekuasaan. Mereka tidak menepati janji. Mereka mengajak kepada haq namun mereka bukan orang yang benar. Nama mereka menggunakan kunyah (seperti Abu) dan nisbat mereka menggunakan nama daerah (seperti al-Baghdadi). Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih di antara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang dikehendaki-Nya.” 
(HR. Abu Nu'aim [rujuk: Kanz al-Ummal,11/283])

NOTA:
Hadith ini 'Dhaif Jiddan' (terlalu lemah). diriwayatkan oleh Nu'aim bin Hammad نعيم بن حماد RH di dlm kitab alFitan, katanya (sanad hadith):
Menceritakan kpd kami al-Walid dan Risydin drpd Ibn Lahi'ah drpd Ibn Qabil drpd Abi Ruman drpd 'Ali bin Abi Tolib RA, lalu disebutkan hadis....

Ia mengandungi banyak kecacatan:
1) Abu Ruman أبو رومان adlh seorg yg Majhul (tidak dikenali).

2) Ibn Lahi'ah ابن لهيعة namanya ialah 'Abdullah bin Lahi'ah bin 'Uqbah. Dihujung umurnya beliau tlh keliru. Disebbkan itu sekumpulan ulama telh menghukumnya sbg Lemah, melainkan jika diketahui ia mengambil hadis dr ssorg sblm dia terkeliru. Selain itu beliau juga merupakan seorg Mudallis. 
(rujuk: al-Tahzib 5/327-331 dan Mizan al-I'tidal 2/457-484)

3) Nu'aim bin Hammad, penulis kitab al-Fitan yg meriwayatkan hadis ini, tlh meriwayatkan hadis2 Mungkar. Sehingga al-Nasaie berkata ttgnya: "Bukan seorg yg Thiqah (boleh dipercayai)." 
(rujuk: Tahzib al-Tahzib 10/461)

al-Hafidz Ibn Rajab berkata: "Nu'aim ini, sekalipun tlh dinilai sbg Tsiqah oleh sekumpulan para Imam kerana berbaik sangka dgn beliau disbbkan bersangatannya beliau dgn sunnah dan bersungguhnya beliau membantah golongan yg mengikut hawa nafsu. (Namun) Dia terkeliru pd sbhgian hadis. Ketikamana mereka (para ulama) banyak memerhatikan hadis2 Mungkar dr beliau, mereka (para ulama) menghukumnya sbg Lemah." 
(rujuk: Jami' al-Ulum wa al-Hikam 2/394)

al-Imam adz-Zahabi dlm Siyar al-A'lam al-Nubala' mengatakan: "Tidak boleh ssorgpun berhujjah dgn dia. Dan dia tlh menulis kitab Fitan,dia dtgkan di dlmnya hadis2 yg ajaib dan mungkar." 
(rujuk: Siyar A'lam al-Nubala' 10/609)

4) al-Walid bin Muslim pula tlh melakukan tadlis yg paling buruk.
Kata al-Hafidz Ibn Hajar RH di dlm Tobaqaat al-Mudallisin, ms: 51: "seorg yg disifatkan dgn melakukan Tadlis yg bersangatan."
Hadis ini ada Mutaba'ah dr Risydin bin Sa'ad. Beliau juga Dho'if atau Lemah. Kata al-Jauzajani: "Di sisinya banyak hadis2 Munkar." (rujuk: Mizan al-I'tidal 2/49)
Ada juga kebarangkalian al-Walid mengambil hadis ini drpd Risydin. Justeru tidak boleh dijadikan Mutaba'ah.
Kesimpulannya: Apabila berhimpun kecacatan2 spt ini, ia menunjukkan hadis ini bersangatan lemah. Justeru hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh juga maknanya dipraktikkan ke dlm persoalan semasa yg berlaku hari ini.