Saturday, December 19, 2015

Larangan Menyakiti Hati Jiran

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam,sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
(HR. Bukhari,no.6475. Muslim,no.47)

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.”
(HR. Bukhari,no.6015. Muslim,no.2625. Abu Daud,no.5152. at-Tirmidzi,no.1943. Ahmad,no.6496)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Dzar,Rasulullah ﷺ  bersabda,
“Wahai Aba Dzar,jika kamu masak,maka perbanyakkanlah kuah dan beringatlah untuk jiran-jiran kamu dengan memberinya.”
(HR. Muslim,no.2625)

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Wahai wanita-wanita muslimah! Janganlah seorang itu meremehkan hadiah daripada jirannya,meskipun hadiah itu sekadar bahagian kaki kambing yang tidak mempunyai daging.”
(HR. Bukhari,no.2566. Muslim,no.1030)

:: Hadis 5 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Wahai Rasulullah,aku mempunyai dua jiran. Yang mana satukah aku perlu berikan hadiah?’ Maka baginda ﷺ menjawab: ‘Kepada yang paling dekat pintunya darimu’.”
(HR. Bukhari,no.2259)

NOTA:
Syaikh Musthofa al-'Adawi berkata dalam video facebook rasmi beliau,'jiran' di dalam hadis² ini juga termasuk jiran yang bukan islam,kerana keumuman hadis-hadis ini.
Wallahua'lam.