:: Hadis 1 ::
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَعَافِنِي، وَاهْدِنِي ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirli, Warẖamni, Wa‘afini, Wahdini, Warzuqni
[Ya Allah ampunilah aku, rahmati aku, lindungi aku, berilah aku petunjuk, berilah aku rezeki]
(HR. Abu Daud,no.850. dari Ibnu ‘Abbas)
:: Hadis 2 ::
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَاهْدِنِي ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirli, Warẖamni, Wajburni, Wahdini, Warzuqni
[Ya Allah ampunilah aku, rahmati aku, bantulah aku, berilah aku petunjuk, berilah aku rezeki]
(HR. at-Tirmidzi,no.284. dari Ibnu ‘Abbas. at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai 'Gharib',yang bermaksud 'Dhaif')
:: Hadis 3 ::
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِنِي ، وَعَافِنِي ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirli, Warẖamni, Wahdini, Wa‘afini, Warzuqni
[Ya Allah ampunilah aku, rahmati aku, berilah aku petunjuk, lindungi aku, berilah aku rezeki]
(HR. al-Hakim,1/393,no.967. dari Ibnu ‘Abbas)
:: Hadis 4 ::
رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَارْفَعْنِي
Robbighfirli, Warẖamni, Wajburni, Warzuqni, Warfa’ni
[Tuhanku ampunilah aku, rahmati aku, bantulah aku, berilah aku rezeki, tinggikan darjatku]
(HR. Ibnu Majah,no.898. dari Ibnu ‘Abbas)
:: Hadis 5 ::
رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي
Robbighfirli, Warẖamni, Wajburni, Warfa’ni, Warzuqni, Wahdini
[Tuhanku ampunilah aku, rahmati aku, lindungi aku, tinggikan darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk]
(HR. Ahmad,no.3334. dari Ibnu ‘Abbas)
NOTA:
Hadis-hadis ini diperselisihi kesahihannya. Ada Ulama’ yg menilai hadis ini sebagai ‘Dhaif’, kerana didalamnya terdapat perawi yang bernama Kamil bin al-A’la yang mana Ibnu Hibban menilai dia orang yang suka membolak-balikkan sanad, dan memarfu’kan hadis yang mursal (rujuk: al-Majruhin min al-Muhaddithin,2/231). Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi juga menilai hadis ini sebagai Dhaif kerana perawi Kamil al-A’la bertafarrud (sendiri) ketika meriwayatkan hadis ini (rujuk: Sifat Solat Nabi). Syaikh Musthofa al-‘Adawi juga menilai hadis ini Dhaif di dalam video beliau.
:: Hadis 6 ::
رَبِّ اغْفِرْ لِي ، رَبِّ اغْفِرْ لِي
Robbighfirli, Robbighfirli
[Tuhanku ampunilah aku, Tuhanku ampunilah aku]
(HR. Abu Daud,no.874. an-Nasaie,no.1145. Ibnu Majah,no.897. dari Hudzaifah. dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi & Syaikh al-Albani dalam Sifat Solat Nabi mereka)
NOTA:
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi berkata di dalam Kitabnya Sifat Solat Nabi, boleh membaca “Robbighfirli” berulang-ulang lebih dari 2 kali, kerana terdapat qarinah (petunjuk) dari hadis Sahih yang lain bahawa Nabi ﷺ duduk antara dua sujud terlalu lama, menunjukkan bahawa Nabi ﷺ membaca bacaan duduk antara dua sujud juga lama sesuai tempoh baginda duduk:
:: Hadis 7 ::
dari al-Bara’,dia berkata,
“Bahawa ruku’ Nabi ﷺ,sujud baginda, mengangkat kepala dari ruku’ (iaitu I’tidal), dan duduk antara dua sujud, semuanya hampir sama (tempoh lamanya).”
(HR. Bukhari,no.801. Muslim,no.471. Ini lafaz riwayat Bukhari)
sekalipun Hadis 1 - 5 adalah Dhaif, akan tetapi tidak menjadi masalah untuk membacanya sekali sekala, kerana duduk antara dua sujud juga adalah tempat untuk berdoa. Wallahua’lam.