Tuesday, February 6, 2024

Larangan Ambil Barang Orang Lain Tanpa Izin

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,judi dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”
(an-Nisa' [4]: ayat 29)

:: Hadis 1 ::
dari Yazid bin Sa'ib,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Janganlah salah seorang daripada kamu mengambil barang saudaranya sama ada untuk bergurau senda atau benar-benar (mahu mengambilnya).”
(HR. Ahmad,no.17261. Abu Daud,no.5003. at-Tirmidzi,no.2160. Hadis ini dinilai 'Hasan' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Irwa' al-Ghalil,5/350,no.1518])

:: Hadis 2 ::
Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidak halal mengambil harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya”
(HR. ad-Dailami,no.7635)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Sahih' oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi dalam video beliau.

No comments:

Post a Comment