dari Ibnu Umar,dia berkata,
“Nabi ﷺ bersabda kepada kami ketika kembali dari perang Ahzab: ‘Janganlah salah seorang daripada kamu solat asar melainkan apabila tiba di Bani Quraizhah’. Lalu tibalah waktu asar ketika sebahagian daripada mereka dalam perjalanan. Maka berkata sebahagian daripada mereka: ‘Jangan kita solat sehingga kita sampai di Bani Quraizhah’. Adapun telah berkata sebahagian mereka yang lain: ‘Bahkan,kami akan menunaikan solat kerana Nabi ﷺ tidak bermaksud demikian’. Maka kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi ﷺ dan baginda ﷺ tidak mencela salah seorang daripada mereka’.”
(HR. Bukhari,no.946 & 4119)
NOTA:
Dari hadis ini dapat difahami bahawa perbezaan pendapat dikalangan para Ulama’ dalam memahami satu dalil yg sahih namun mempunyai cara faham yg berbeza,tidak membuatkan seseorang itu berdosa jika memilih mana-mana pendapat dari salah satu pendapat mereka. Wallahua’lam.
Thursday, February 8, 2024
Jenis Perselisihan Pendapat Yang Tidak Boleh Diingkari Antara Satu Sama Lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment