Thursday, February 1, 2024

Jamak Solat Di Rumah (Tanpa Qasar) Sebelum Keluar Bermusafir

dari Ibnu Abbas,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id,mengapa Rasulullah ﷺ berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibnu ‘Abbas seperti mana engkau bertanya padaku,jawab Ibnu ‘Abbas: “Baginda tidak mahu membebankan seorang pun umatnya.”
(HR. Muslim,no.705)

NOTA:
Kata Imam an-Nawawi: “Sejumlah para imam (ulama) berpendapat boleh menjamakkan solat ketika di tempat tinggal (tidak bermusafir) jika ada keperluan bagi sesiapa yang tidak menjadikannya kebiasaan. Ini merupakan pendapat (Muhammad) Ibn Sirin,Asyhab (bin ‘Abd al-‘Aziz) dari murid-murid Malik (bin Anas). Juga al-Khattabi menyebut pendapat ini daripada al-Qaffal (al-Marwazi) dan al-Shashi al-Kabir (Muhammad bin ‘Ali) kalangan tokoh ulama Mazhab asy-Syafi'i,daripada Abi Ishaq al-Marwazi,daripada sejumlah ahli hadis. Ibn al-Mundzir memilih pendapat ini dan ia disokong oleh apa yang zahir dari perkataan Ibn ‘Abbas “Baginda tidak mahu membebankan seorang pun umatnya”. Beliau (Ibn ‘Abbas) tidak memberikan alasan sakit atau selainnya”.
(rujuk: Syarh Sahih Muslim,5/219)

No comments:

Post a Comment