Saturday, September 7, 2024

Allah Tidak Mengampuni Dosa Hamba-Nya Yang Bermusuhan Sehingga Mereka Berdamai

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda, 
“Pintu-pintu Syurga dibuka pada hari isnin dan khamis. Maka semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni dosa-dosanya, kecuali seseorang yang antara dia dan saudaranya ada permusuhan.”
(HR. Muslim,no.2565)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah dua kali dalam seminggu, iaitu pada hari isnin dan khamis. Lalu Allah mengampuni dosa setiap hamba-Nya yang mukmin, kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan kepada mereka: ‘Tundalah dulu pengampunan kepada dua orang ini, sampai mereka berdamai’.”
(HR. Muslim,no.2565)

Thursday, September 5, 2024

Kelebihan Mati Syahid Fisabilillah

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amru,Nabi ﷺ bersabda,
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).”
(HR. Muslim,no.1886)

:: Hadis 2 ::
dari al-Miqdam bin Ma’dan,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Orang yang mati syahid di sisi Allah mempunyai enam keutamaan: diampunkan dosanya ketika darahnya tertumpah untuk pertama kalinya (pertempuran), diperlihatkan tempatnya di dalam Syurga, diselamatkan daripada azab kubur, diberi ketenangan daripada ketakutan ketika dibangkitkan dari kubur, diletakkan di atas kepalanya makhkota daripada permata yang mana permata itu lebih baik daripada dunia dan isinya, dikahwinkan dengan 72 isteri daripada bidadari dan diberi hak untuk memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarganya.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1663. Imam at-Tirmidzi berkata: “Hadis ini sahih gharib”)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Setiap luka yang diderita oleh seseorang muslim di jalan Allah akan kelihatan pada Hari Kiamat nanti sepertimana ketika dia ditikam. Darahnya memancar keluar, warnanya warna darah tetapi baunya ialah bau kasturi.”
(HR. Bukhari,no.237. Muslim,no.1876)

:: Hadis 4 ::
daripada Masruq bin al-Ajda’,dia berkata,
“Kami pernah bertanya kepada ‘Abdullah (bin Mas’ud) tentang firman Allah: ‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki (Surah Ali ‘Imran [3]: ayat 169)’. Lalu ‘Abdullah bin Mas‘ud menjawab: ‘Adapun kami telah bertanya tentang hal ini (kepada Rasulullah), lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya roh-roh para syuhada’ itu ada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di ‘Arasy. Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu, kemudian mereka (roh-roh orang yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu. Kemudian Rabb melihat kepada mereka dengan jelas, lalu Dia bertanya: ‘Apakah kalian inginkan sesuatu?’ Mereka menjawab: ‘Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?’ Rabb mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali. Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu. Mereka berkata: ‘Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalan-Mu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lagi, maka mereka ditinggalkan’.”
(HR. Muslim,no.1887)

Tuesday, September 3, 2024

Rasulullah Pernah Berwudhu’ Hanya Dengan Air Sebanyak 1 Mud

dari Anas,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ berwudhu’ dengan 1 mud air dan mandi dengan 1 so’ hingga 5 mud air.”
(HR. Bukhari,no.201. Muslim,no.325)

NOTA:
Kata Ustaz Dr.Rozaimi, 1 mud itu lebih kurang 687ml. Manakala 1 so' pula bersamaan 2.75 liter air.
Wallahua’lam.

Boleh Berwudhu’ Satu Kali-Satu Kali Atau Dua Kali-Dua Kali Atau Tiga Kali-Tiga Kali

● SATU KALI-SATU KALI ●

dari Ibn ‘Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ pernah berwudhu’ dengan membasuh setiap anggota wudhu’nya sekali demi sekali sahaja.”
(HR. Bukhari,no.157)


● DUA KALI-DUA KALI ●

dari Abdullah bin Zaid,dia berkata,
“Nabi ﷺ berwudhu’ dua kali-dua kali (dalam membasuh setiap anggota wudhu’).”
(HR. Bukhari,no.158)


● TIGA KALI-TIGA KALI ●

:: Hadis 1 ::
dari Humran maula ‘Ustman,dia beritahu,
bahawa dia melihat ‘Ustman bin ‘Affan meminta bekas air dan menuangkan air ke atas dua tapak tangannya sebanyak tiga kali lalu beliau membasuh kedua belah tapak tangannya. Kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas itu, lalu berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Kemudian beliau membasuh mukanya tiga kali dan kedua belah tangannya hingga ke siku tiga kali. Setelah itu beliau menyapu kepala. Kemudian beliau membasuh pula kedua belah kakinya hingga ke buku lali sebanyak tiga kali. (Setelah selesai melakukan semua itu) beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini, kemudian melakukan solat dua rakaat dalam keadaan dia tidak menyibukkan hatinya dengan perkara-perkara lain, nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu’.”
(HR. Bukhari,no.159)

:: Hadis 2 ::
dari Yahya bin ‘Umarah,dia berkata,
“Seorang lelaki berkata kepada ‘Abdullah bin Zaid: ‘Bolehkah engkau tunjukkan kepada aku bagaimana Rasulullah ﷺ berwudhu’?’. Lalu ‘Abdullah bin Zaid berkata: ‘Ya, boleh’. Lalu beliau meminta dibawakan air lalu beliau menuangkan ia ke atas pergelangan tangan sebanyak dua kali, kemudian berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali, kemudian membasuh muka tiga kali, kemudian membasuh kedua tangan hingga ke siku sebanyak dua kali, kemudian beliau mengusap kepalanya dengan kedua-dua tangannya, bermula dari bahagian hadapan kepala digerakkan ke belakang kepala, kemudian digerakkan kembali ke tempat ia bermula, kemudian beliau membasuk kedua kakinya.”
(HR. Bukhari,no.185)

NOTA:
Kecuali kepala dan telinga. Kerana kepala dan telinga hanya disapu dengan satu kali sapuan walaupun seseorang itu memilih untuk melakukan wudhu’ dua kali basuhan atau tiga kali basuhan untuk setiap anggota wudhu’ (berdasarkan kebanyakkan hadis).
(HR. Bukhari,no.159. Muslim,226. Abu Daud,no.111,121 & 134. an-Nasaie,no.92. at-Tirmidzi,no.37. Dan beberapa hadis yang lain)

Monday, September 2, 2024

Doa Agar Dijauhkan Dari Penyakit Yang Berbahaya

dari Quthbah bin Malik,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَعْمَالِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ
Allahumma Jannib-nii Munkaril Akhlaq, Wal A’mal, Wal Ahwa’, Wal Adwa’.
(Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan penyakit yang berbahaya).
(HR. at-Tirmidzi,no.3591. Dinilai hasan gharib oleh imam at-Tirmidzi)

Kelebihan Jika Penjual Menerima Pengembalian Barang Yang Sudah Dibeli Dari Pembeli

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang menerima iqalah (pengembalian barang yang sudah dibeli) dari seorang muslim, maka Allah akan mengampunkan dosanya pada hari Kiamat.”
(HR. Abu Daud,no.3460. Ibnu Majah,no.2199. Ibnu Hibban,no.5030. Ini adalah lafaz Ibnu Majah dan dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih wa Dha’if Ibn Majah,no.1800])

NOTA:
Sebagai contoh, pada mulanya si pembeli membeli sesuatu barang daripada penjual. Kemudian, setelah sampai dirumah, ternyata barang tersebut sudah dibelikan oleh abangnya. Maka, si pembeli tadi pun pergi semula ke kedai si penjual dan serahkan barang tersebut kepada penjual, kemudian si penjual menyerahkan semula semula duit yang dibayar oleh pembeli tersebut. Walaupun si penjual ada hak untuk tidak menyetujuinya, namun si penjual redha dan menyetujui pengembalian tersebut. Maka berdasarkan hadis ini, dosa si penjual tersebut akan diampunkan oleh Allah di hari Kiamat kelak. Wallahua’lam.

Thursday, August 29, 2024

Yahudi Dan Nasrani Juga Berpecah Belah

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan orang-orang Yahudi berkata: ‘Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)’; dan orang-orang Nasrani pula berkata: ‘Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)’; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.”
(al-Baqarah [2]: ayat 113)

:: Hadis ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Berpecah Yahudi kepada 71 atau 72 kumpulan, dan Nasrani juga sama. Dan berpecah umatku kepada 73 kumpulan.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2640. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

Saturday, August 24, 2024

Ucap Takbir Dahulu Atau Angkat Tangan Dahulu Ketika Takbiratul Ihram?

● ANGKAT TANGAN DAHULU,KEMUDIAN UCAP TAKBIR ●

dari Ibnu ‘Umar,dia berkata,
“Jika Rasulullah ﷺ memulakan solat, baginda mengangkat kedua tangannya hingga setinggi bahunya, kemudian baginda bertakbir...”
(HR. Muslim,no.390)


● ANGKAT TANGAN “SERENTAK” DENGAN UCAPAN TAKBIR ●

dari Ibnu ‘Umar,dia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ memulakan takbiratul ihram ketika solat, baginda mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir...”
(HR. Bukhari,no.738)


● MENGUCAPKAN TAKBIR DAHULU,KEMUDIAN MENGANGKAT TANGAN ●

dari Malik bin al-Huwairist,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ jika bertakbir, baginda mengangkat kedua tangannya...”
(HR. Muslim,no 391)

Saturday, August 10, 2024

Paras Tangan Ketika Mengangkat Takbir

● SETENTANG BAHU ●


dari Ibnu ‘Umar,dia berkata:
“Rasulullah ﷺ mengangkat dua belah tangan baginda hingga ke paras bahu apabila memulakan solat (iaitu ketika takbiratulihram)..”
(HR. Bukhari,no.735. Muslim,no.390)


● SETENTANG TELINGA ●


dari Malik bin al-Huwairist,dia berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ ketika bertakbir, mengangkat kedua tangannya sehingga bersetentang dengan kedua telinga…”
(HR. Muslim,no.391)

Thursday, August 8, 2024

Meninggal Dunia Pada Hari Isnin Lebih Afdhal?

dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Aku masuk menemui Abu Bakar,lalu beliau berkata: ‘Berapa helai kainkah engkau mengkafankan Nabi ﷺ?’ Aku berkata: ‘Dengan tiga helai kain putih yang kosong, tiada padanya baju dan serban’. Beliau bertanya: ‘Pada hari apakah Rasulullah ﷺ wafat?’ ‘Aisyah berkata: ‘Pada hari Isnin’. Beliau bertanya lagi: ‘Hari apakah ini?’ ‘Aisyah berkata: ‘Hari Isnin’. Beliau berkata: ‘Aku harap aku mati di antara waktu ini dengan malam ini’. Lalu beliau memandang kepada kain yang terletak di atasnya iaitu kain yang dipakai semasa sakitnya. Pada kain itu terdapat kotoran kerana za‘faran. Lalu beliau berkata: ‘Basuhlah kainku ini dan tambahkan padanya dua kain lagi dan kafankanlah aku dengannya’. Aku berkata: ‘Sesungguhnya kain ini sudah lusuh’. Beliau berkata: ‘Sesungguhnya orang yang hidup lebih berhak kepada pakaian yang baru berbanding orang mati, sesungguhnya orang yang mati itu untuk nanah dan darah’. Maka Abu Bakar tidak diwafatkan sehingga malam Selasa dan dikebumikan sebelum waktu subuh.”
(HR. Bukhari,no.1387)

NOTA:
Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam kitab Sahih-nya dengan tajuk bab: باب موت يوم الإثنين (Bab meninggal dunia pada hari isnin). Ini menunjukkan bahawa mati pada Hari Isnin itu lebih baik disisi beliau.
Wallahua’lam.

Saturday, August 3, 2024

Selawat Yang Paling Afdhal : Selawat Ibrahimiyyah

● SELAWAT IBRAHIMIYYAH (1) ●

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama sollayta ‘ala ibrohim, wa ‘ala aali ibrohim, innaka ẖamidum-majid. Allahumma barik ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama barokta ‘ala ibrohim, wa ‘ala aali ibrohim, innaka ẖamidum-majid.

Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

(HR. Bukhari,no.3370. dari Ka‘ab bin ‘Ujrah)


● SELAWAT IBRAHIMIYYAH (2) ●

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala Muẖammad, wa azwajihi wa dzurriyyatihi, kama sollayta ‘ala aali ibrohim, wa barik ‘ala Muẖammad, wa azwajihi wa dzurriyyatihi, kama barokta ‘ala aali ibrohim, innaka ẖamidum-majid.

Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad, isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad, isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

(HR. Bukhari,no.3369. dari Abu Humaid as-Sa‘idi) 


● SELAWAT IBRAHIMIYYAH (3) ●

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala Muẖammad, wa ‘ala azwajihi wa dzurriyyatihi, kama sollayta ‘ala aali ibrohim, wa barik ‘ala Muẖammad, wa ‘ala azwajihi wa dzurriyyatihi, kama barokta ‘ala aali ibrohim, innaka ẖamidum-majid.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan kepada isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

(Muslim,no.407. dari Abu Humaid as-Sa‘idi)


● SELAWAT IBRAHIMIYYAH (4) ●

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama sollayta ‘ala aali ibrohim. Wa barik ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama barokta ‘ala aali ibrohim, fil ‘alamina innaka ẖamidum-majid.

 “Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

(HR. Muslim,no.405. dari Abu Mas’ud)


● SELAWAT IBRAHIMIYYAH (5) ●

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Allahumma solli ‘ala Muẖammad, ‘abdika wa rosulika, kama sollayta ‘ala aali ibrohim. Wa barik ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama barokta ‘ala ibrohim.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.”

(HR. Bukhari,no.4798. dari Abu Sa’id al-Khudri)


● SELAWAT IBRAHIMIYYAH (6) ●

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama sollayta ‘ala aali ibrohim, innaka ẖamidum-majid. Allahumma barik ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama barokta ‘ala aali ibrohim, innaka ẖamidum-majid.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

(HR. Bukhari,no.4797 & 6357. Muslim,no.406. dari Ka‘ab bin ‘Ujrah)


● SELAWAT IBRAHIMIYYAH (7) ●

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

Allahumma solli ‘ala Muẖammad, ‘abdika wa rosulika, kama sollayta ‘ala ibrohim. Wa barik ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad. Kama barokta ‘ala ibrohim, wa aali ibrohim.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrohim.”

(HR. Bukhari,no.6358. dari Abu Sa’id al-Khudri)

Wednesday, July 31, 2024

Kebaikan Dan Keburukan Berlaku Dengan Izin Allah

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Al-An'am [6]: ayat 17)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Katakanlah (Muhammad): ‘Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudarat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, niscaya aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan tidak akan ditimpa bahaya. Aku hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman’.”
(al-A’raf [7]: ayat 188)

:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”
(ar-Ra'd [13]: ayat 11)

:: al-Quran 4 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(at-Taghabun [64]: ayat 11)

:: Hadis ::
dari Ibnu ‘Abbas,dia berkata,
“Aku berada di belakang Nabi ﷺ,lalu baginda bersabda: ‘Wahai budak lelaki, sesungguhnya aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila engkau memohon, pohonlah kepada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah, seandainya umat berkumpul untuk memberikan apa-apa manfaat kepadamu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tuliskan untuk mu. Seandainya mereka berkumpul untuk memudharatkan mu, mereka tidak akan dapat memudharatkan mu kecuali dengan apa yang telah Allah tuliskan untuk mu. ‏Pen-pen telah diangkat,lembaran-lembaran telah pun kering.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2516. Hadis ini dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

Tuesday, July 30, 2024

Doa Agar Anak Terhindar Dari Zina

● UNTUK ANAK LELAKI ●
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Allahummaghfir Dzanbahu, Wa Thohhir Qolbahu, Wa H̱as̄s̄in Farjahu
(Ya Allah ampunkanlah dosanya, sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya)

● UNTUK ANAK PEREMPUAN ●
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهَ، وَطَهِّرْ قَلْبَهَ، وَحَصِّنْ فَرْجَهَ
Allahummaghfir Dzanbaha, Wa Thohhir Qolbaha, Wa H̱as̄s̄in Farjaha

:: Hadis ::
dari Abu Umamah,dia berkata,
“Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Nabi ﷺ, seraya berkata: ‘Ya Rasulallah, izin aku untuk berzina’. Maka orang ramai pun berpaling kepadanya sambil menahannya, dan mereka berkata: ‘Jangan. Jangan’. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Bawa dia kepada aku’. Maka pemuda itu telah mendekati baginda”. (Abu Umamah) berkata: “maka pemuda itu telah duduk. Rasulullah bersabda: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada ibumu?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada ibu-ibu mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada anak perempuanmu?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ berkata: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada anak-anak perempuan mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada saudara perempuanmu?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ berkata: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada saudara-saudara perempuan mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ayah)?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ayah) mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ibu)?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ibu) mereka’.” (Abu Umamah) berkata: “Maka Rasulullah ﷺ meletakkan tangannya di atas pemuda itu, lalu berdoa: Allahummaghfir Dzanbahu, Wa Thohhir Qolbahu, Wa H̱as̄s̄in Farjahu (Ya Allah ampunkanlah dosanya, sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya). Selepas itu,pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yang berbentuk maksiat).”
(HR. Ahmad,no.21629)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Sahih’ oleh imam al-‘Iraqi dengan katanya: “Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sayad Jayyid, rijalnya (perawinya) adalah rijal-rijal sahih” (rujuk: Takhrij Ahadith al-Ihya',5/251), imam al-Haitsami berkata: “Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Thabrani dalam al-Kabir dan rijalnya adalah rijal-rijal Sahih” (rujuk: Majma’ az-Zawaid,1/341). Juga dinilai sahih oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,36/545,no.22211) dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Silsilah as-Sahihah,1/712,no.370)

Sunday, July 28, 2024

Kelebihan Zikir Tasbih,Tahmid,Tahlil Dan Takbir

:: Hadis 1 ::
dari Samurah bin Jundab,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah: Subẖanallah (Maha suci Allah), Alẖamdulillah (Segala puji bagi Allah), Laa ilaaha illallah (Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah), Allahu Akbar (Allah Maha Besar). Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai...”
(HR. Muslim,no.2137)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya membaca: Subẖanallah (Maha Suci Allah), Alẖamdulillah (segala puji bagi Allah), La ilaha illAllah (tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah), dan Allahu Akbar (Allah maha besar), lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang disinari matahari.” 
(HR. Muslim,no.2695)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Dzar,Nabi ﷺ bersabda,
“Pada pagi hari, setiap sendi dari seseorang daripada kamu (perlu ke atasnya) sedekah. Maka setiap tasbih (Subẖanallah) adalah sedekah, dan setiap tahmid (Alẖamdulillah) adalah sedekah, dan setiap tahlil (Laa ilaaha illallah) adalah sedekah, dan setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah...”
(HR. Muslim,no.720)

:: Hadis 4 ::
dari sebahagian sahabat,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik perkataan adalah: Subẖanallah (Maha suci Allah), Alẖamdulillah (Segala puji bagi Allah), La ilaha illAllah (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah), Allahu Akbar (Allah Maha Besar).”
(HR. Ahmad,no.16459. Kata Syaikh Syu‘aib al-Arnauth: sanadnya sahih, rijalnya tsiqah, rijal dari syaikhain/dua syaikh [imam Bukhari & imam Muslim] dan majhulnya sahabat tidak memudaratkan)

:: Hadis 5 ::
dari Samurah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik perkataan setelah al-Quran ada empat, sedangkan ianya termasuk dari al-Quran. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai, iaitu: Subẖanallah (Maha suci Allah), Alẖamdulillah (Segala puji bagi Allah), La ilaha illAllah (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah), Allahu Akbar (Allah Maha Besar).”
(HR. Ahmad,no.20236)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’, kerana ia diriwayatkan dari Hilal bin Yasaf, dari Samurah, dari Nabi ﷺ. Kata Syaikh Syu‘aib al-Arnauth, sanad hadis ini sahih jika Hilal bin Yasaf mendengar dari Samurah (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,hadis no.19618). Hadis ini boleh dijadikan sebagai Fadhail A’mal kerana dhaifnya termasuk dalam dhaif yang ringan.

:: Hadis 6 ::
dari Anas,dia berkata,
“Telah datang seorang Badwi kepada Nabi ﷺ seraya berkata: ‘Wahai Rasulullah, ajarkanlah aku sebuah kebajikan’. Lalu Nabi ﷺ memegang tangannya seraya berkata: ‘Sebutlah Subẖanallah (Maha Suci Allah), Walẖamdulillah (dan segala puji bagi Allah), Wa la ilaha illah (dan tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah), Wallahu Akbar (dan Allah Maha Besar)’. Lalu Badwi itu mengira dengan tangannya dan berlalu sambil berfikir kemudian datang kembali. Nabi ﷺ tersenyum dan berkata: ‘Orang yang pasrah ini telah berfikir’. Lelaki Badwi itu bertanya kembali: ‘Wahai Rasulullah, Subẖanallah, Walẖamdulillah, Wa la ilaha illah, Wallahu Akbar, semua ini untuk Allah. Jadi apa pula untuk aku?’ Maka Nabi ﷺ bersabda: ‘Wahai Badwi, bila kamu sebut Subẖanallah, Allah menjawab: ‘Kamu berkata benar’. Bila kamu sebut Walẖamdulillah, Allah menjawab: ‘Kamu berkata benar’. Bila kamu sebut Wa la ilaha illah, Allah menjawab: ‘Kamu berkata benar’. Bila kamu sebut Wallahu Akbar, Allah menjawab: ‘Kamu berkata benar’. Bila kamu sebut Allahummaghfirli (Ya Allah, ampunkanlah aku), Allah menjawab: ‘Aku telah buat’. Bila kamu sebut Allahummarẖamni (Ya Allah, rahmatilah daku), Allah menjawab: ‘Aku telah buat’. Bila kamu sebut Allahummarzuqni (Ya Allah, berilah rezeki kepadaku), Allah menjawab: ‘Aku telah buat’. Badwi itu memegang tujuh (jari) di tangannya, lalu pergi.”
(HR. al-Baihaqi [rujuk: Syu‘ab al-Iman,no.619]. Dinilai ‘sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah,no.3336])

Doa Masuk Dan Keluar Masjid

dari Abu Usaid,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila salah seorang kalian masuk ke masjid, hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ افْتَحْ لي أبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Allahum-maftaẖ lii abwaaba roẖmatik
(Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu)

Apabila dia keluar, hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ 
Allahumma innii as-aluka min fadh-lik
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kurniaan-Mu).”
(HR. Muslim,no.713)