dari Abu Maslamah Sa‘id bin Yazid al-Azdi,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Anas bin Malik: ‘Apakah dahulunya Nabi ﷺ pernah solat dengan memakai kasut baginda?’ beliau menjawab: ‘Ya’.”
(HR. Bukhari,no.386. Muslim,no.555)
NOTA:
Imam al-Bukhari letak hadis ini dalam kitab Sahihnya dengan tajuk bab: بَاب الصَّلَاةِ فِي النِّعَالِ (Bab solat menggunakan kasut). Ini menunjukkan bahawa imam al-Bukhari berpendapat boleh solat dengan memakai kasut (sebagai contoh, di kawasan yang ada rumput atau tanah. Adapun jika dalam masjid atau surau seperti zaman sekarang ini,maka tidak perlu memakai kasut untuk menjaga kebersihan masjid atau surau). Syaikh Soleh al-‘Utsaimin juga berkata di dalam fatwanya (12/386): “Solat dengan memakai kasut itu adalah sunnah”.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment