● ANGKAT TANGAN DAHULU,KEMUDIAN UCAP TAKBIR ●
dari Ibnu ‘Umar,dia berkata,
“Jika Rasulullah ﷺ memulakan solat, baginda mengangkat kedua tangannya hingga setinggi bahunya, kemudian baginda bertakbir...”
(HR. Muslim,no.390b)
● ANGKAT TANGAN “SERENTAK” DENGAN UCAPAN TAKBIR ●
dari Ibnu ‘Umar,dia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ memulakan takbiratul ihram ketika solat, baginda mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir...”
(HR. Bukhari,no.738)
● MENGUCAPKAN TAKBIR DAHULU,KEMUDIAN MENGANGKAT TANGAN ●
dari Khalid,dari Abu Qilabah,
“Bahawa beliau (Abu Qilabah) melihat Malik bin al-Huwairist apabila solat, dia bertakbir lalu mengangkat kedua-dua tangannya. Apabila beliau ingin rukuk, beliau mengangkat kedua tangannya. Dan apabila beliau mengangkat kepalanya dari rukuk, beliau juga mengangkat kedua tangannya. Dan beliau menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ melakukan seperti itu.”
(HR. Muslim,no.391a)
No comments:
Post a Comment