● UNTUK ANAK LELAKI ●
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Allahummaghfir Dzanbahu, Wa Thohhir Qolbahu, Wa H̱as̄s̄in Farjahu
(Ya Allah ampunkanlah dosanya, sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya)
● UNTUK ANAK PEREMPUAN ●
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهَ، وَطَهِّرْ قَلْبَهَ، وَحَصِّنْ فَرْجَهَ
Allahummaghfir Dzanbaha, Wa Thohhir Qolbaha, Wa H̱as̄s̄in Farjaha
:: Hadis ::
dari Abu Umamah,dia berkata,
“Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Nabi ﷺ, seraya berkata: ‘Ya Rasulallah, izin aku untuk berzina’. Maka orang ramai pun berpaling kepadanya sambil menahannya, dan mereka berkata: ‘Jangan. Jangan’. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Bawa dia kepada aku’. Maka pemuda itu telah mendekati baginda”. (Abu Umamah) berkata: “maka pemuda itu telah duduk. Rasulullah bersabda: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada ibumu?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada ibu-ibu mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada anak perempuanmu?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ berkata: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada anak-anak perempuan mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada saudara perempuanmu?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ berkata: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada saudara-saudara perempuan mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ayah)?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ayah) mereka’. Rasulullah ﷺ bersabda lagi: ‘Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ibu)?’ Lantas pemuda itu menjawab: ‘Demi Allah, tidak!’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ibu) mereka’.” (Abu Umamah) berkata: “Maka Rasulullah ﷺ meletakkan tangannya di atas pemuda itu, lalu berdoa: Allahummaghfir Dzanbahu, Wa Thohhir Qolbahu, Wa H̱as̄s̄in Farjahu (Ya Allah ampunkanlah dosanya, sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya). Selepas itu, pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yang berbentuk maksiat).”
(HR. Ahmad,no.21629)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Sahih’ oleh imam al-‘Iraqi dengan katanya: “Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad Jayyid, rijalnya (perawinya) adalah rijal-rijal sahih” (rujuk: Takhrij Ahadith al-Ihya',5/251), imam al-Haitsami berkata: “Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Thabrani dalam al-Kabir dan rijalnya adalah rijal-rijal Sahih” (rujuk: Majma’ az-Zawaid,1/341). Juga dinilai sahih oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,36/545,no.22211) dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Silsilah as-Sahihah,1/712,no.370)
No comments:
Post a Comment