Thursday, August 8, 2024

Meninggal Dunia Pada Hari Isnin Lebih Afdhal?

dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Aku masuk menemui Abu Bakar,lalu beliau berkata: ‘Berapa helai kainkah engkau mengkafankan Nabi ﷺ?’ Aku berkata: ‘Dengan tiga helai kain putih yang kosong, tiada padanya baju dan serban’. Beliau bertanya: ‘Pada hari apakah Rasulullah ﷺ wafat?’ ‘Aisyah berkata: ‘Pada hari Isnin’. Beliau bertanya lagi: ‘Hari apakah ini?’ ‘Aisyah berkata: ‘Hari Isnin’. Beliau berkata: ‘Aku harap aku mati di antara waktu ini dengan malam ini’. Lalu beliau memandang kepada kain yang terletak di atasnya iaitu kain yang dipakai semasa sakitnya. Pada kain itu terdapat kotoran kerana za‘faran. Lalu beliau berkata: ‘Basuhlah kainku ini dan tambahkan padanya dua kain lagi dan kafankanlah aku dengannya’. Aku berkata: ‘Sesungguhnya kain ini sudah lusuh’. Beliau berkata: ‘Sesungguhnya orang yang hidup lebih berhak kepada pakaian yang baru berbanding orang mati, sesungguhnya orang yang mati itu untuk nanah dan darah’. Maka Abu Bakar tidak diwafatkan sehingga malam Selasa dan dikebumikan sebelum waktu subuh.”
(HR. Bukhari,no.1387)

NOTA:
Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam kitab Sahih-nya dengan tajuk bab: باب موت يوم الإثنين (Bab meninggal dunia pada hari isnin). Ini menunjukkan bahawa mati pada Hari Isnin itu lebih baik disisi beliau.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment