Sunday, July 28, 2024

Doa Masuk Dan Keluar Masjid

:: Hadis 1 ::
dari Abu Usaid,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila salah seorang kalian masuk ke masjid, hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ افْتَحْ لي أبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Allahum-maftaẖ lii abwaaba roẖmatik
(Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu)

Apabila dia keluar, hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ 
Allahumma innii as-aluka min fadh-lik
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kurniaan-Mu).”
(HR. Muslim,no.713)

NOTA:
Adapun tentang masuk masjid menggunakan kaki kanan dan keluar masjid menggunakan kaki kiri, tidak terdapat hadis yang sahih bahawa Rasulullah melakukan demikian. Akan tetapi, imam al-Bukhari berpendapat ianya tetap dianjurkan kerana sahabat Rasulullah iaitu Ibnu ‘Umar melakukan demikian, sebagaimana yang beliau (imam al-Bukhari) tulis pada tajuk bab dalam Sahih-nya: بَابُ التَّيَمُّنِ فِي دُخُولِ المَسْجِدِ وَغَيْرِهِ  وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ : يَبْدَأُ بِرِجْلِهِ اليُمْنَى فَإِذَا خَرَجَ بَدَأَ بِرِجْلِهِ اليُسْرَى (Bab Memulakan dengan sebelah kanan ketika masuk masjid dan lain-lain. Ibnu ‘Umar memulakan dengan kaki kanannya ketika masuk masjid, dan apabila keluar, beliau memulakan dengan kaki kirinya), kemudian beliau bawakan hadis tentang perbuatan baginda yang suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan (melainkan menyentuh kemaluan ketika kencing & beristinjak):

:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ suka memulakan dengan sebelah kanan dalam segala urusannya selagi baginda mampu, seperti dalam bersuci, menyikat rambut, dan memakai kasut.”
(HR. Bukhari,no.426. Muslim,no.268)

No comments:

Post a Comment