:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Pada hari akhirat itu, wajah (orang-orang yang beriman) berseri-seri, melihat kepada Tuhannya”.
(al-Qiamah [75]: ayat 22-23)
:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Untuk orang-orang yang berusaha menjadi amalnya baik akan dikurniakan segala kebaikan, serta satu tambahan yang mulia..”
(Yunus [10]: ayat 26)
:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka)”.
(Qaf [50]: ayat 35)
:: Hadis 1 ::
dari Suhaib,Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila penduduk syurga memasuki syurga, berfirman Allah Tabaraka wa Ta‘ala: ‘Apakah kamu ingin Aku tambahkan lagi nikmat kepadamu?’ Mereka menjawab: ‘Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?’ Lalu Allah membuka hijab (pembatas), dan tidaklah mereka itu diberikan sesuatu yang lebih mereka cintai berbanding nikmat melihat Tuhan mereka”.
(HR. Muslim,no.181. Ibnu Majah,no.187)
:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kami akan melihat Tuhan kami pada hari kiamat nanti?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Apakah kamu kesulitan melihat bulan ketika malam purnama?” “Tidak”, Jawab para sahabat. Rasulullah bertanya lagi: “Apakah kamu kesulitan melihat matahari yang tidak berawan?” Para sahabat menjawab: “Tidak, ya Rasulullah”. Nabi bersabda: “Sesungguhnya kamu akan melihat-Nya...”
(HR. Bukhari,no.7437. Muslim,no.267)
:: Hadis 3 ::
dari Jarir,dia berkata,
“Suatu hari kami duduk-duduk bersama Nabi ﷺ. Tiba-tiba baginda melihat bulan yang ketika itu bulan purnama lalu baginda bersabda:
‘Kamu akan melihat Tuhan sebagaimana kamu melihat bulan ini, kamu tidak akan mempunyai masalah untuk melihat-Nya..”
(HR. Bukhari,no.7434. Muslim,no.633)
NOTA:
maksud ‘kamu tidak akan mempunyai masalah untuk melihat-Nya’ ialah ahli syurga tidak perlu bersesak-sesak semata-mata untuk melihat Allah, kerana semua pasti dapat melihat-Nya dengan jelas.
:: Hadis 4 ::
dari 'Abdullah bin Qais,Nabi ﷺ bersabda,
“Ada dua taman syurga dari perak, bekas makanan dan minuman serta segala yang ada di dalamnya dari perak. Ada dua taman syurga diperbuat dari emas, bekas makanan dan minuman serta segala yang ada di dalamnya dari emas. Tiada yang menghalang kaum itu (orang-orang beriman) melihat kepada Tuhan mereka melainkan selendang keangkuhan di wajah-Nya dalam syurga ‘Adn (yang kekal abadi).”
(HR. Bukhari,no.4878. Muslim,no.180)
Thursday, July 7, 2022
Ahli Syurga Akan Melihat Allah & Melihat-Nya Adalah Nikmat Yang Paling Besar
Wednesday, July 6, 2022
Ganjaran Di Akhirat Untuk Orang Yang Kematian Anak Kecil
:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda kepada para wanita Ans̄ar,
“ Tidaklah mati tiga orang anak kepada salah seorang dari kamu, lalu si ibu itu menyerahkan hal itu kepada Allah melainkan wanita itu akan masuk syurga. Seorang wanita daripada mereka bertanya: ‘Bagaimana jika dua orang ya Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Atau jika dua orang (si ibu tetap mendapat kelebihan itu)’.”
(HR. Muslim,no.2632)
:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,Nabi ﷺ bersabda,
“Tidak seorang muslim pun yang mati tiga orang anaknya yang belum baligh kecuali Allah memasukkannya ke dalam syurga kerana limpah rahmat-Nya kepada mereka”.
(HR. Bukhari,no.1381. an-Nasaie,no.1850)
:: Hadis 3 ::
dari Abu Hassan,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Abu Hurairah tentang keadaan dua anakku kecilku yang telah meniggal dunia: ‘Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah ﷺ yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?’ Jawab Abu Hurairah: ‘Boleh, anak-anak mereka ialah Da‘amis̄ Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka, atau ibu bapa, lalu menarik bajunya, atau menarik tangannya, seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu bapanya ke syurga’.”
(HR. Muslim,no.2635)
NOTA:
Tentang makna “Da‘amis̄”, imam an-Nawawi berkata: “Da’amis̄ itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du’mūs yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air, mereka tidak berpisah dengannya. Ertinya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya” (rujuk: Syarh Sahih Muslim,16/182). Berkata imam Ibn al-Atsir: “Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat, seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (yakni kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab bila dengan mereka” (rujuk: al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Atsar,2/289)
:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Seorang wanita datang menemui Nabi ﷺ sambil membawa bayi lelakinya. Dia berkata: ‘Wahai Nabi Allah, doakan bayi lelaki ku ini. Sesungguhnya aku telah mengebumikan tiga orang anak aku’. Baginda bertanya: ‘Engkau telah mengebumikan tiga orang anak?’ Beliau menjawab: ‘Ya’. Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya engkau telah menghadang dengan penghadang yang kuat daripada api neraka’.”
(HR. Muslim,no.2636)
:: Hadis 5 ::
dari Mu‘awiyyah bin Qurrah,dari ayahnya,
“Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ bersama dengan seorang anak lelakinya. Nabi ﷺ bertanya kepada lelaki itu: ‘Adakah engkau menyayanginya?’ Lelaki itu menjawab: ‘Ya Rasulullah, aku mencintai Allah sebagaimana aku menyayanginya’. Kemudian, selepas hari tersebut, baginda tidak melihat lagi anak lelaki itu. Baginda bertanya: ‘Apa yang sedang dilakukan oleh anak si fulan?’ Para sahabat menjawab: ‘Ya Rasulullah, dia telah meninggal dunia’. Nabi ﷺ berkata kepada ayahnya: ‘Adakah engkau suka jika engkau mendatangi pintu syurga, lalu engkau mendapati anakmu sedang menunggumu di sana?’ Seorang sahabat bertanya: ‘Adakah itu kes yang khusus atau ia umum untuk anak kami semua?’ Baginda menjawab: ‘Ia untuk kamu semua’.”
(HR. Ahmad,no.15595. hadis ini sanadnya dinilai ‘Sahih’ oleh al-Hakim [rujuk: al-Mustadrak] dan Syaikh Syu‘aib al-Arnauth [rujuk: semakan beliau kepada Musnad Ahmad])
:: Hadis 6 ::
dari Abu Musa al-Asy‘ari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikat-Nya: ‘Kamu telah mencabut nyawa anak hamba-Ku?’ Mereka berkata: ‘Ya’. Allah berfirman: ‘Kamu telah mencabut nyawa buah hatinya?’ Mereka menjawab: ‘Ya’. Allah berfirman: ‘Apa yang diucapkan oleh hamba-Ku ketika itu?’ Mereka berkata: ‘Ia memujimu dan mengucapkan istirja’ (innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji’uun)’. Allah berfirman: ‘Binakan untuk hamba-Ku ini satu rumah di syurga dan namakan ia Baitul H̱amdi (rumah pujian).”
(HR. at-Tirmidzi,no.1021. Dinilai 'Hasan Gharib' oleh imam at-Tirmidzi)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi dalam video beliau.
NOTA (2):
Hadis-hadis ini hanya menyebutkan tentang kematian anak kecil yang belum baligh. Sebahagian ulama’ mengatakan, hadis² ini juga termasuk bayi yang keguguran. Kata Imam an-Nawawi: “Seorang anak yang meninggal dunia akan menjadi penghalang daripada api neraka, begitu juga anak yang keguguran” (rujuk: al-Majmu’ Syarah al-Muhadzzab,5/295)
Tuesday, July 5, 2022
Amalan Sedikit Tetapi Istiqamah Lebih Allah Cintai
:: Hadis 1 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah (yang dilakukan oleh hamba-Nya) ialah yang paling berkekalan sekalipun sedikit.”
(HR. Bukhari,no.6464. Muslim,no.783)
:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Bahwa Nabi ﷺ pernah ditanya: ‘Apakah amalan yang paling dicintai Allah?’ Dia menjawab: ‘Yang dikerjakan terus menerus walaupun sedikit’. Kemudian baginda bersabda: ‘Beramallah sesuai dengan kemampuan kamu’.”
(HR. Bukhari,no.6465)
:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Wahai sekalian manusia, hendaklah kamu beramal mengikut kemampuanmu, kerana Allah tidak akan pernah jemu hingga kamu sendiri yang jemu. Sesungguhnya, amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara terus menerus, meskipun sedikit..”
(HR. Muslim,no.782)
Larangan Membunuh Orang Bukan Islam Tanpa Sebab Yang Dibenarkan
:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amr,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang membunuh kafir mu‘ahad (orang kafir yang memeterai perjanjian damai dengan orang Islam), dia tidak akan dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat dicium dari jarak sejauh 40 tahun perjalanan.”
(HR. Bukhari,no.3166)
:: Hadis 2 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amru,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa membunuh ahli dzimmah (orang kafir yang berada dalam perlindungan pemerintahan Islam), maka dia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga tersebut dapat dihidu dari jarak 40 tahun perjalanan.”
(HR. Ahmad,no.6457. an-Nasaie,no.4669. dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih Targhib wa at-Tarhib,no.2452])
Sayangi Penduduk Bumi Nescaya Allah Akan Sayang Kepadamu
dari ‘Abdullah bin ‘Amr,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Orang-orang yang penyayang itu akan dikasihi oleh ar-Rahman (Allah yang Maha Penyayang). Kasihilah yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di atas langit. Lafaz ar-Rahim (rahim atau kasih sayang) itu diambil dari lafaz ar-Rahman, maka sesiapa yang menyambung tali silaturrahim, nescaya Allah akan menyambungnya (dengan rahmat-Nya) dan sesiapa yang memutus tali silaturrahim, maka Allah akan memutuskannya (dari rahmat-Nya).”
(HR. at-Tirmidzi,no.1924. dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)
:: Hadis 2 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amr,Nabi ﷺ bersabda,
“Orang penyayang, akan disayangi oleh Ar-Rahman. Sayangilah penduduk bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh penduduk di langit.”
(HR. Abu Daud,no.4941. Ahmad,no.6206)
NOTA:
Hadis 1 & 2 ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (dalam video beliau), katanya: “Sanadnya Dhaif”. Akan tetapi, makna hadis ini benar. Kerana terdapat hadis sahih yang lain yang menguatkan makna kedua² hadis ini:
:: Hadis 3 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amr,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Hendaklah kamu menyayangi, nescaya kamu akan disayangi. Maafkanlah, nescaya kamu dimaafkan. Celakalah kepada Aqma‘ul Qoul (orang yang mendengarkan perkataan, namun tidak beramal dengannya), dan celaka bagi orang yang terus-menerus melakukan dosa, padahal dia mengetahuinya”.
(HR. Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrod,no.380]. Ahmad,no.6541)
:: Hadis 4 ::
dari Jarir bin ‘Abdullah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi”.
(HR. Bukhari,no.6013)
:: Hadis 5 ::
dari Jarir bin ‘Abdillah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Siapa yang tidak merahmati (mengasihi) manusia yang lain, dia tidak akan dirahmati oleh Allah ‘azza wa jalla.”
(HR. Bukhari,no.7376. Muslim,no.2319. Ini lafaz riwayat Muslim)
Monday, January 30, 2017
Rasulullah Mimpi Melihat Nabi Isa & Dajjal
Orang Beriman Boleh Jadi Penakut, Kedekut (Bakhil), Kecuali Pendusta?
Friday, December 30, 2016
Allah Di Atas Langit (Hadis Jariyah)
Monday, February 22, 2016
Rasulullah Suka Makan Labu
Friday, February 5, 2016
Hadis Akhir Zaman: Tentang Golongan Bendera Hitam
Saturday, December 19, 2015
Larangan Menyakiti Hati Jiran
Wednesday, November 11, 2015
Kisah Seorang Gadis Bermimpi Ibunya Diazab Kerana Bakhil (Kedekut)
Wajib Membaca al-Fatihah Ketika Solat (Termasuk Ketika Menjadi Makmum)
NOTA:
Selain mazhab Syafi'i yang berpendapat makmum wajib membaca al-Fatihah ketika solat berjemaah, imam al-Bukhari juga berpendapat sedemikian, berdasarkan tabwib (penamaan bab-bab) yang beliau letak dalam kitab Sahih-nya dengan tajuk: باب وجوب القراءة للإمام والمأموم في الصلوات كلها في الحضر والسفر وما يجهر فيها وما يخافت (Bab Wajib Membaca al-Fatihah bagi Imam dan Makmum di Semua Solat dan di Mana Saja, Ketika Mukim atau Ketika Musafir, dan Apa yg Dibaca Kuat atau yang Dibaca Perlahan). Wallahua’lam. Sebahagian Ulama’ berpendapat bahawa makmum tidak wajib membaca al-Fatihah (terutama pada solat Jahar) berdasarkan beberapa hadis, salah satunya adalah:
:: Hadis 1 ::
dari Abu Musa,Nabi ﷺ bersabda,
“..Apabila imam membaca, maka diamlah”
(HR. Muslim,no.404)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih) oleh para Ulama’ Hadis, kerana hadis ini tidak mahfuzh (terpelihara). Ia dinilai Dhaif oleh imam Abu Daud dengan katanya: “perkataan ‘maka diamlah’ lafaz tersebut tidak mahfuzh (terpelihara), tidak ada dalam hadis ini melainkan dari (perawi) Sulaiman at-Taimi” (rujuk: Sunan Abu Daud,no.972). Imam ad-Daraquthni juga menilai Dhaif akan hadis ini dengan berkata, bahawa hadis ini diriwayatkan dari Hisyam al-Dastawa‘i, Sa‘id, Syu’bah, Hammam, Abu ‘Awanah, Aban dan ‘Adiy bin Abi ‘Umarah dari Qatadah, dan tidak seorangpun di antara mereka yang berkata: ‘Jika dia membaca, maka dengarlah..” (rujuk: Sunan,1/324). Dalam kitabnya al-‘ilal, ad-Daraquthni berkata bahawa Sulaiman at-Taimi perawi yg tsiqah (dipercaya), namun dlm hadis ini beliau menambah perkataan itu (rujuk: al-‘ilal,7/68).
:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Yang dijadikan imam adalah untuk diikuti. Maka bila ia bertakbir, maka bertakbirlah kamu dan jika ia sedang membaca (al-Quran), maka diamlah..”
(HR. an-Nasaie,no.921)
NOTA:
Hadis ini juga dinilai ‘Dhaif’ oleh para Ulama’ Hadis kerana ia tidak mahfuzh (terpelihara). Hadis ini diriwayatkan oleh (perawi) Abu Khalid al-Ahmar dari Ibnu ‘Ajlan. Kata imam Yahya ibn Ma‘in: “Dalam hadis Abu Khalid al-Ahmar (Sulaiman bin Hayyan), hadis (Muhammad) Ibnu ‘Ajlan: ‘Jika imam membaca, maka diamlah’, Laisa bi syai (tiada nilai) dan ia tidak tsabit dan ia lemah” (rujuk: Tarikh Yahya ibn Ma'in,3/455). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh imam al-Bukhari (rujuk: al-Qira'ah Khalfa al-Imam,m/s 23). Juga dinilai Dhaif oleh imam Abu Hatim,dengan katanya: “Kalimah ini tidak terpelihara. Dan ia adalah campuran dari Ibnu ‘Ajlan” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,al-'ilal,1/115,no.465). Juga dinilai Dhaif oleh Abu Daud, dengan katanya: “Tidak terpelihara, dan kesalahan pada kami dari Abu Khalid” (rujuk: Sunan Abu Daud,1/165,no.605). Kata imam an-Nasaie: “Kami tidak mengetahui seorangpun yang mengikuti Ibnu ‘Ajlan pada ucapannya ‘Jika ia membaca, maka diamlah’” (rujuk: Sunan an-Nasaie,2/141). Kata ad-Daraquthni: “Perkataan ini tidak terpelihara dalam hadis ini” (rujuk: al-'ilal ad-Daraquthni,8/51).