Friday, February 5, 2016

Hadis Akhir Zaman: Tentang Golongan Bendera Hitam

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Panji-panji hitam akan keluar daripada Khurasan, tidak ada sesuatu pun yang mampu menghalangnya sehinggalah ia dipacak di Iliya’ (Baitul Maqdis).”
(HR. at-Tirmidzi,no.2269. Ahmad,no.8420)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif Jiddan’ (terlalu lemah: tidak sahih) kerana hadis ini diriwayatkan daripada Risydin bin Sa‘ad dari Yunus, yang mana Risydin bin Sa‘ad bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini. Kedua, Risydin bin Sa‘ad adalah perawi Dhaif, dinilai Dhaif oleh imam Ahmad ibn Hanbal dan Yahya ibn Ma‘in dengan katanya: “Hadisnya tidak ditulis”. Kata Abu Zur‘ah & Abu Daud: “Dha‘iful Hadis”. Kata Abu Hatim: “Munkarul Hadis”. Kata an-Nasaie: “Matrukul Hadis (Hadisnya ditinggalkan)”. (rujuk: Tahdzib at-Tahdzib,3/278). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh at-Tirmidzi sendiri sejurus meriwayatkan hadis ini dengan katanya: “Hadis ini Gharib”.

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Jika kalian melihat panji hitam, maka bertahanlah di bumi. Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum lemah. Hati mereka seperti potongan besi. Mereka (mengaku) pemegang kekuasaan. Mereka tidak menepati janji. Mereka mengajak kepada haq namun mereka bukan orang yang benar. Nama mereka menggunakan kunyah (seperti Abu) dan nisbat mereka menggunakan nama daerah (seperti al-Baghdadi). Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih di antara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang dikehendaki-Nya.” 
(HR. Abu Nu'aim [rujuk: Kanz al-Ummal,11/283])

NOTA:
Hadith ini ‘Dhaif Jiddan’ (terlalu lemah). diriwayatkan oleh Nu‘aim bin Hammad نعيم بن حماد RH di dlm kitab alFitan, katanya (sanad hadith):
Menceritakan kpd kami al-Walid dan Risydin drpd Ibn Lahi‘ah drpd Ibn Qabil drpd Abi Ruman drpd ‘Ali bin Abi Tolib RA, lalu disebutkan hadis....

Ia mengandungi banyak kecacatan:
1) Abu Ruman أبو رومان adlh seorg yg Majhul (tidak dikenali).

2) Ibn Lahi‘ah ابن لهيعة namanya ialah ‘Abdullah bin Lahi‘ah bin ‘Uqbah. Dihujung umurnya beliau tlh keliru. Disebabkan itu sekumpulan ulama telah menghukumnya sbg Lemah, melainkan jika diketahui ia mengambil hadis dr ssorg sblm dia terkeliru. Selain itu beliau juga merupakan seorg Mudallis. 
(rujuk: al-Tahzib 5/327-331 dan Mizan al-I'tidal 2/457-484)

3) Nu‘aim bin Hammad, penulis kitab al-Fitan yg meriwayatkan hadis ini, tlh meriwayatkan hadis² Mungkar. Sehingga al-Nasaie berkata ttgnya: “Bukan seorg yg Thiqah (boleh dipercayai)”
(rujuk: Tahzib al-Tahzib 10/461)

al-Hafidz Ibn Rajab berkata: “Nu‘aim ini, sekalipun tlh dinilai sbg Tsiqah oleh sekumpulan para Imam kerana berbaik sangka dgn beliau disbbkan bersangatannya beliau dgn sunnah dan bersungguhnya beliau membantah golongan yg mengikut hawa nafsu. (Namun) Dia terkeliru pd sbhgian hadis. Ketikamana mereka (para ulama) banyak memerhatikan hadis2 Mungkar dr beliau, mereka (para ulama) menghukumnya sbg Lemah”
(rujuk: Jami’ al-Ulum wa al-Hikam 2/394)

imam adz-Dzahabi dlm Siyar al-A’lam al-Nubala’ mengatakan: “Tidak boleh ssorgpun berhujjah dgn dia. Dan dia tlh menulis kitab Fitan,dia dtgkan di dlmnya hadis2 yg ajaib dan mungkar”
(rujuk: Siyar A'lam al-Nubala' 10/609)

4) al-Walid bin Muslim pula tlh melakukan tadlis yg paling buruk.
Kata al-Hafidz Ibn Hajar di dlm Thobaqaat al-Mudallisin, ms: 51: “Seorang yg disifatkan dgn melakukan Tadlis yg bersangatan."
Hadis ini ada Mutaba‘ah dr Risydin bin Sa‘ad. Beliau juga Dhaif. Kata al-Jauzajani: “Di sisinya banyak hadis2 Munkar” (rujuk: Mizan al-I’tidal 2/49)
Ada juga kebarangkalian al-Walid mengambil hadis ini drpd Risydin. Justeru tidak boleh dijadikan Mutaba‘ah.
Kesimpulannya: Apabila berhimpun kecacatan2 spt ini, ia menunjukkan hadis ini bersangatan lemah. Justeru hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh juga maknanya dipraktikkan ke dlm persoalan semasa yg berlaku hari ini.

No comments:

Post a Comment