Saturday, September 14, 2013

Sifat Rendah Diri Rasulullah

:: Hadis 1 ::
dari ‘Umar al-Khattab,Nabi ﷺ bersabda,
“Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku, seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara (Kristian) terhadap Ibn Maryam (Nabi ‘Isa), sebaliknya aku hanyalah hamba-Nya. Maka kamu sebutlah (kepadaku): ‘Hamba Allah dan Rasul-Nya’.”
(HR. Bukhari,no.3445)

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,ia berkata,
“Tiada seorang pun yang lebih mereka (para sahabat) cintai berbanding Rasulullah ﷺ. Namun, apabila mereka melihatnya, mereka tidak berdiri kerana mereka mengetahui bahawa baginda tidak menyukai perkara tersebut.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2754. Ahmad,no.12345. at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai ‘Hasan Sahih Gharib’)

:: Hadis 3 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Seorang hamba perempuan dari kalangan hamba-hamba penduduk Madinah pernah memegang tangan Rasulullah ﷺ, lalu membawanya ke mana sahaja yang dia kehendaki.”
(HR. Bukhari,no.6072)

:: Hadis 4 ::
dari Anas,dia berkata,
“Ada seorang wanita yang kurang waras akalnya berkata kepada baginda: ‘Wahai Rasulullah, aku ada satu hajat kepadamu’. Baginda bersabda: ‘Wahai Ummu Fulan, pilihlah mana-mana jalan (untuk berdiri dan berbicara) yang kamu suka, agar aku dapat menyelesaikan hajatmu’. Maka, baginda bersendirian dengannya di salah satu jalan sehingga selesai hajat wanita itu.”
(HR. Muslim,no.2326)

No comments:

Post a Comment