Thursday, September 12, 2013

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

:: Hadis 1 ::
dari Abu Sa‘id al-Khudri,ia berkata,
“Seseorang mendengar seseorang yang lain membaca ‘Qul huwallahu ahad’ berulang kali. Pada keesokan paginya, orang yang mendengar tersebut pergi bertemu dengan Rasulullah ﷺ lalu menceritakan hal itu dengan nada seolah-olah merendah-rendahkan surah itu. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah itu setanding dengan sepertiga al-Quran’.”
(HR. Bukhari,no.6643)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Darda’,Nabi ﷺ bersabda,
“Adakah setiap daripada kamu merasa sukar untuk membaca satu pertiga al-Quran dalam tempoh semalaman?” Para sahabat berkata: ‘Bagaimana seseorang boleh membaca satu pertiga al-Quran?’ Sabda Nabi ﷺ: ‘Qul huwallahu ahad’ menyamai satu pertiga al-Quran’.”
(HR. Muslim,no.811)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melantik seorang lelaki mengetuai sekumpulan tentera risikan. Ketika lelaki ini menjadi imam bagi kumpulan tenteranya, beliau membaca sehingga akhir ‘Qul huwallahu ahad’. Apabila kumpulan tentera ini pulang, mereka menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ: ‘Tanyakan kepadanya mengapa dia melakukannya?’ Para sahabat bertanya kepada lelaki tersebut dan beliau menjawab: ‘Kerana ia mengandungi sifat al-Rahman, dan aku suka untuk membacanya’. Maka Rasulullah ﷺ pun bersabda: ‘Khabarkan kepada dia, bahawa Allah menyayanginya’.”
(HR. Bukhari,no.7375. Muslim,no.813)

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Aku berjalan bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ dan baginda terdengar seorang lelaki membaca ‘Qul huwallahu ahad’. Baginda lantas berkata: ‘Wajib’. Aku berkata: ‘Apakah yang wajib?’ Sabda Nabi ﷺ: ‘Syurga’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2897. an-Nasaie,no.994. Imam at-Tirmidzi berkata: “Hadis ini ‘Hasan Sahih Gharib”)

No comments:

Post a Comment