dari ‘Abdullah bin Sarjis,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah melarang kencing di dalam lubang. Orang ramai pernah bertanya kepada Qatadah: ‘kenapa dibenci kencing di dalam lubang?’ Beliau menjawab: ‘dikatakan ia merupakan tempat tinggal jin’.”
(HR. Abu Daud,no.29. an-Nasaie,no.34)
“Rasulullah ﷺ pernah melarang kencing di dalam lubang. Orang ramai pernah bertanya kepada Qatadah: ‘kenapa dibenci kencing di dalam lubang?’ Beliau menjawab: ‘dikatakan ia merupakan tempat tinggal jin’.”
(HR. Abu Daud,no.29. an-Nasaie,no.34)
NOTA:
Hadis ini diperselisihi tentang kesahihannya. Ada ulama' menilai ‘Sahih’, ada ulama’ yg menilai ‘Dhaif’. Mereka berselisih sama ada perawi Qatadah bin Da‘amah dan ‘Abdullah bin Sarjis pernah bertemu atau tidak. Ada ulama’ yg berkata, bahawa mereka pernah bertemu, seperti Abu Hatim ar-Razi (rujuk: al-Marasil,175),'Ali al-Madini, Ibnu Khuzaimah dan Ibn al-Sakan, menurut Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: al-Talkhisul Habir,1/116), ibnu al-Mulaqqin (rujuk: al-Badrul Munir,2/321) dan al-‘Iraqi (rujuk: Zahr al-Rabbi,1/33).
Namun ada ulama’ yg menilai hadis ini sebagai ‘Dhaif’ kerana Qatadah dan Abdullah bin Sarjis tidak pernah bertemu, seperti Abu Zur‘ah (rujuk: al-Marasil,175). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh al-Huweini (rujuk: an-Nafilah fi al-Ahadith ad-Dha'ifah wa al-Bathilah,no.159). Namun, disisi beliau, Dhaif-nya hadis ini bukan kerana Qatadah tidak pernah bertemu dengan Abdullah bin Sarjis, akan tetapi Qatadah seorang perawi yg melakukan ‘Tadlis’ (menipu dengan cara ‘mengaburi’ nama guru) seperti yg dikatakan oleh Ibnu Jarir di beberapa tempat (dalam: Tahzib al-Atsar), bahawa Qatadah terkenal dengan melakukan ‘Tadlis’ di sisi mereka.
wallahua'lam bissowab.
No comments:
Post a Comment