:: Hadis 1 ::
dari ‘Ali,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tiada seorang muslim yang menziarahi seorang muslim lain (yang sedang sakit) pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat berselawat ke atasnya sehingga ke petang,jika dia menziarahi saudaranya itu pada waktu petang, 70,000 malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke subuh, dan untuk dia sebuah kebun di dalam syurga.”
(HR. at-Tirmidzi,no.969. dinilai ‘Hasan Gharib’ oleh imam at-Tirmidzi)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh imam Abu Daud, kerana kata-kata ini adalah kata-kata ‘Ali, bukan kata-kata Rasulullah ﷺ. imam Abu Daud berkata: “Hadis ini disandarkan dari ‘Ali, dari Nabi ﷺ bukan dari sisi yang benar” (rujuk: Sunan Abu Daud,no.3098).
:: Hadis 2 ::
dari ‘Ali,dia berkata,
“Tidaklah seorang lelaki (termasuk perempuan) melawat orang yang sakit pada petang (iaitu malam) hari melainkan akan ikut keluar bersamanya 70,000 malaikat yang meminta ampunan untuknya hingga ke pagi hari, dan baginya kebun di Syurga. Dan barangsiapa yang melawat orang sakit pada pagi hari, maka akan ikut keluar bersamanya 70,000 malaikat yang memohon ampunan baginya hingga petang (iaitu malam) hari, dan baginya kebun di Syurga"
(HR. Abu Daud,no.3098 & 3099)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Sahih’ oleh imam ad-Daraquthni (rujuk: al-‘Ilal,3/267,no.398), juga imam Ibnu Abdil Barr dengan katanya: “Hadis ini Hasan Sahih, tsabit isnad” (rujuk: al-istidzkar,8/421).
No comments:
Post a Comment