Thursday, August 29, 2013

Kelebihan Baca Ayat Kursi Selepas Solat

dari Abu Umamah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat (Fardhu), tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.”
(HR. an-Nasaie [rujuk: Sunan al-Kubro,no.9848 & ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah,no.100]. at-Thabrani [rujuk: al-Mu'jam al-Kabir,no.7532]. dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah,no.972 & Sahih al-Jami',5/329)

NOTA:
Hadis ini diperselisihi tentang kesahihannya. Majoriti Ulama’ menilai ‘Sahih’. Salah seorang Ulama’ kontemporari yang menilai hadis ini Sahih adalah Syaikh al-Albani, Syaikh Sulaiman al-‘Alwan. Kata Syaikh Sulaiman al-‘Alwan dalam video beliau, hadis ini disahihkan oleh imam Ibnu Hibban, Ibn ‘Abdul Hadi & Ibnu Hajar al-Asqalani. Namun ada juga ulama’ yg menilai hadis ini sebagai ‘Dhaif’, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Muhammad bin Himyar, yg mana Ibnul Jauzi menukilkan dari ad-Daraquthni, bahawa Muhammad bin Himyar bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini dan Ya’qub bin Sufyan mengatakan (tentang Muhammad bin Himyar): “Laisa bi Qowi (tidak kuat)” (rujuk: al-Maudhu'at,1/244). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Hatim ar-Razi, dengan katanya: “Hadisnya ditulis namun tidak boleh berhujjah dengannya” (rujuk: al-Mizzi,Tahdzib al-Kamal,25/116. Ibnu Hajar,Tahdzib at-Tahdzib,9/135). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Ibnu Taimiyyah (rujuk: Majmu' al-Fatawa,22/508). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Khalid al-Hayek dalam website rasmi beliau ketika beliau ditanya tentang kesahihan hadis ini (pada 'Soalan' - no.146), kata Syaikh Khalid al-Hayek: “Hadis Dhaif, tidak sahih”. Namun sekiranya hadis ini benar² Dhaif pun, ia masih boleh dibaca sebagai Fadhail A’mal.
InsyaAllah, Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment