Thursday, September 26, 2024

Larangan Mengandaikan Hujan Turun Kerana Bintang & Suatu Peristiwa Alam Berlaku Kerana Kematian Seseorang

:: Hadis 1 ::
daripada Zaid bin Khalid al-Juhani,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah sesudah turun hujan pada malam harinya. Selesai solat,baginda menghadapkan (wajahnya) kepada orang ramai,lalu bersabda: ‘Adakah kamu tahu apa yang difirmankan oleh Tuhan kamu?’ Mereka menjawab: ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’ Baginda bersabda: ‘Pagi ini,ada daripada kalangan hamba-hamba-Ku yang beriman kepadaku dan kufur kepada-Ku. Adapun yang mengatakan: ‘Hujan diturunkan kepada kami disebabkan kurniaan Allah dan rahmat-Nya’,maka itulah orang yang beriman kepadaku,dan kufur kepada bintang-bintang. Dan adapun yang mengatakan: ‘Diturunkan hujan kepada kami disebabkan bintang itu dan ini’,maka itulah orang yang kufur (mendustakan) kepadaku dan beriman kepada bintang-bintang’.”
(HR. Bukhari,no.846. Muslim,no.71)

:: Hadis 2 ::
dari Jabir,Rasulullah ﷺ bersabda,
“...Matahari dan bulan adalah dua daripada tanda keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila mengetahui gerhana berlaku kamu hendaklah bersolat dan berdoa sehingga cahaya kelihatan semula.”
(HR. Muslim,no.904)

Monday, September 16, 2024

Allah Yang Menenangkan Dan Menyempitkan Hati Manusia

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dia lah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman..”
(al-Fath [48]: ayat 4)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.”
(al-An'am [6]: ayat 125)

:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(at-Taghabun [64]: ayat 11)

Wednesday, September 11, 2024

Kelebihan Orang Yang Bertaqwa

Allah ﷻ berfirman:
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah),sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(at-Thalaq [65]: ayat 2-3)

Tuesday, September 10, 2024

Ucapan Jika Berlaku Perkara Yang Tidak Diingini

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah,janganlah kamu mengatakan: ‘Kalaulah aku melakukan itu dan ini’. Akan tetapi katakanlah:
قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
Qadarullah,wa maa syaa-a fa‘al
(takdir (ketentuan) Allah,dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi)’.”
(HR. Muslim,no.2664)

Monday, September 9, 2024

Sifat Kehendak Bagi Allah

 :: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“...Sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki”
(al-Hajj [22]: ayat 18)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“...Demikianlah Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.”
(Ali ‘Imran [3]: ayat 40)

:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
“(Allah) Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya.”
(al-Buruj [85]: ayat 16)

Saturday, September 7, 2024

Allah Tidak Mengampuni Dosa Hamba-Nya Yang Bermusuhan Sehingga Mereka Berdamai

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda, 
“Pintu-pintu Syurga dibuka pada hari isnin dan khamis. Maka semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni dosa-dosanya,kecuali seseorang yang antara dia dan saudaranya ada permusuhan.”
(HR. Muslim,no.2565)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah dua kali dalam seminggu,iaitu pada hari isnin dan khamis. Lalu Allah mengampuni dosa setiap hamba-Nya yang mukmin,kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan kepada mereka: ‘Tundalah dulu pengampunan kepada dua orang ini,sampai mereka berdamai’.”
(HR. Muslim,no.2565)

Thursday, September 5, 2024

Kelebihan Mati Syahid Fisabilillah

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amru,Nabi ﷺ bersabda,
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid,kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).”
(HR. Muslim,no.1886)

:: Hadis 2 ::
dari al-Miqdam bin Ma’dan,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Orang yang mati syahid di sisi Allah mempunyai enam keutamaan: diampunkan dosanya ketika darahnya tertumpah untuk pertama kalinya (pertempuran),diperlihatkan tempatnya di dalam Syurga,diselamatkan daripada azab kubur,diberi ketenangan daripada ketakutan ketika dibangkitkan dari kubur,diletakkan di atas kepalanya makhkota daripada permata yang mana permata itu lebih baik daripada dunia dan isinya,dikahwinkan dengan 72 isteri daripada bidadari dan diberi hak untuk memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarganya.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1663. Imam at-Tirmidzi berkata: “Hadis ini sahih gharib”)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Setiap luka yang diderita oleh seseorang muslim di jalan Allah akan kelihatan pada Hari Kiamat nanti sepertimana ketika dia ditikam. Darahnya memancar keluar,warnanya warna darah tetapi baunya ialah bau kasturi.”
(HR. Bukhari,no.237. Muslim,no.1876)

:: Hadis 4 ::
daripada Masruq bin al-Ajda‘,dia berkata,
“Kami pernah bertanya kepada ‘Abdullah (bin Mas’ud) tentang firman Allah: ‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati,(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki (Surah Ali ‘Imran [3]: ayat 169)’. Lalu ‘Abdullah bin Mas‘ud menjawab: ‘Adapun kami telah bertanya tentang hal ini (kepada Rasulullah),lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya roh-roh para syuhada’ itu ada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di ‘Arasy. Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu,kemudian mereka (roh-roh orang yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu. Kemudian Rabb melihat kepada mereka dengan jelas,lalu Dia bertanya: ‘Apakah kalian inginkan sesuatu?’ Mereka menjawab: ‘Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?’ Rabb mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali. Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu. Mereka berkata: ‘Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalan-Mu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lagi,maka mereka ditinggalkan’.”
(HR. Muslim,no.1887)

Tuesday, September 3, 2024

Rasulullah Pernah Berwudhu’ Hanya Dengan Air Sebanyak 1 Mud

dari Anas,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ berwudhu’ dengan 1 mud air dan mandi dengan 1 so’ hingga 5 mud air.”
(HR. Bukhari,no.201. Muslim,no.325)

NOTA:
Kata Ustaz Dr.Rozaimi,1 mud itu lebih kurang 687ml. Manakala 1 so' pula bersamaan 2.75 liter air.
Wallahua’lam.

Boleh Berwudhu’ Satu Kali-Satu Kali Atau Dua Kali-Dua Kali Atau Tiga Kali-Tiga Kali

● SATU KALI-SATU KALI ●

dari Ibn ‘Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ pernah berwudhu’ dengan membasuh setiap anggota wudhu’nya sekali demi sekali sahaja.”
(HR. Bukhari,no.157)


● DUA KALI-DUA KALI ●

dari Abdullah bin Zaid,dia berkata,
“Nabi ﷺ berwudhu’ dua kali-dua kali (dalam membasuh setiap anggota wudhu’).”
(HR. Bukhari,no.158)


● TIGA KALI-TIGA KALI ●

:: Hadis 1 ::
dari Humran maula ‘Ustman,dia beritahu,
bahawa dia melihat ‘Ustman bin ‘Affan meminta bekas air dan menuangkan air ke atas dua tapak tangannya sebanyak tiga kali lalu beliau membasuh kedua belah tapak tangannya. Kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas itu,lalu berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Kemudian beliau membasuh mukanya tiga kali dan kedua belah tangannya hingga ke siku tiga kali. Setelah itu beliau menyapu kepala. Kemudian beliau membasuh pula kedua belah kakinya hingga ke buku lali sebanyak tiga kali. (Setelah selesai melakukan semua itu) beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini,kemudian melakukan solat dua rakaat dalam keadaan dia tidak menyibukkan hatinya dengan perkara-perkara lain,nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu’.”
(HR. Bukhari,no.159)

:: Hadis 2 ::
dari Yahya bin ‘Umarah,dia berkata,
“Seorang lelaki berkata kepada ‘Abdullah bin Zaid: ‘Bolehkah engkau tunjukkan kepada aku bagaimana Rasulullah ﷺ berwudhu’?’. Lalu ‘Abdullah bin Zaid berkata: ‘Ya,boleh’. Lalu beliau meminta dibawakan air lalu beliau menuangkan ia ke atas pergelangan tangan sebanyak dua kali,kemudian berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali,kemudian membasuh muka tiga kali,kemudian membasuh kedua tangan hingga ke siku sebanyak dua kali,kemudian beliau mengusap kepalanya dengan kedua-dua tangannya,bermula dari bahagian hadapan kepala digerakkan ke belakang kepala,kemudian digerakkan kembali ke tempat ia bermula,kemudian beliau membasuk kedua kakinya.”
(HR. Bukhari,no.185)

NOTA:
Kecuali kepala dan telinga. Kerana kepala dan telinga hanya disapu dengan satu kali sapuan walaupun seseorang itu memilih untuk melakukan wudhu’ dua kali basuhan atau tiga kali basuhan untuk setiap anggota wudhu’ (berdasarkan kebanyakkan hadis).
(HR. Bukhari,no.159. Muslim,226. Abu Daud,no.111,121 & 134. an-Nasaie,no.92. at-Tirmidzi,no.37. Dan beberapa hadis yang lain)

Monday, September 2, 2024

Doa Agar Dijauhkan Dari Penyakit Yang Berbahaya

dari Quthbah bin Malik,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَعْمَالِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ
Allahumma Jannib-nii Munkaril Akhlaq, Wal A’mal, Wal Ahwa', Wal Adwa’.
(Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan penyakit yang berbahaya).
(HR. at-Tirmidzi,no.3591. Dinilai hasan gharib oleh imam at-Tirmidzi)

Kelebihan Jika Penjual Menerima Pengembalian Barang Yang Sudah Dibeli Dari Pembeli

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang menerima iqalah (pengembalian barang yang sudah dibeli) dari seorang muslim,maka Allah akan mengampunkan dosanya pada hari Kiamat.”
(HR. Abu Daud,no.3460. Ibnu Majah,no.2199. Ibnu Hibban,no.5030. Ini adalah lafaz Ibnu Majah dan dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih wa Dha’if Ibn Majah,no.1800])

NOTA:
Sebagai contoh,pada mulanya si pembeli membeli sesuatu barang daripada penjual. Kemudian,setelah sampai dirumah,ternyata barang tersebut sudah dibelikan oleh abangnya. Maka,si pembeli tadi pun pergi semula ke kedai si penjual dan serahkan barang tersebut kepada penjual,kemudian si penjual menyerahkan semula semula duit yang dibayar oleh pembeli tersebut. Walaupun si penjual ada hak untuk tidak menyetujuinya,namun si penjual redha dan menyetujui pengembalian tersebut. Maka berdasarkan hadis ini,dosa si penjual tersebut akan diampunkan oleh Allah di hari Kiamat kelak. Wallahua’lam.

Thursday, August 29, 2024

Yahudi Dan Nasrani Juga Berpecah Belah

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan orang-orang Yahudi berkata: ‘Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)’; dan orang-orang Nasrani pula berkata: ‘Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)’; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.”
(al-Baqarah [2]: ayat 113)

:: Hadis ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Berpecah Yahudi kepada 71 atau 72 kumpulan,dan Nasrani juga sama. Dan berpecah umatku kepada 73 kumpulan.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2640. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

Saturday, August 24, 2024

Ucap Takbir Dahulu Atau Angkat Tangan Dahulu Ketika Takbiratul Ihram?

● ANGKAT TANGAN DAHULU,KEMUDIAN UCAP TAKBIR ●

dari Ibnu ‘Umar,dia berkata,
“Jika Rasulullah ﷺ memulakan solat,baginda mengangkat kedua tangannya hingga setinggi bahunya,kemudian baginda bertakbir...”
(HR. Muslim,no.390)


● ANGKAT TANGAN “SERENTAK” DENGAN UCAPAN TAKBIR ●

dari Ibnu ‘Umar,dia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ memulakan takbiratul ihram ketika solat,baginda mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir...”
(HR. Bukhari,no.738)


● MENGUCAPKAN TAKBIR DAHULU,KEMUDIAN MENGANGKAT TANGAN ●

dari Malik bin al-Huwairist,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ jika bertakbir,baginda mengangkat kedua tangannya...”
(HR. Muslim,no 391)

Saturday, August 10, 2024

Paras Tangan Ketika Mengangkat Takbir

● SETENTANG BAHU ●


dari Ibnu ‘Umar,dia berkata:
“Rasulullah ﷺ mengangkat dua belah tangan baginda hingga ke paras bahu apabila memulakan solat (iaitu ketika takbiratulihram)..”
(HR. Bukhari,no.735. Muslim,no.390)


● SETENTANG TELINGA ●


dari Malik bin al-Huwairist,dia berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ ketika bertakbir,mengangkat kedua tangannya sehingga bersetentang dengan kedua telinga…”
(HR. Muslim,no.391)

Thursday, August 8, 2024

Meninggal Dunia Pada Hari Isnin Lebih Afdhal?

dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Aku masuk menemui Abu Bakar,lalu beliau berkata: ‘Berapa helai kainkah engkau mengkafankan Nabi ﷺ?’ Aku berkata: ‘Dengan tiga helai kain putih yang kosong,tiada padanya baju dan serban’. Beliau bertanya: ‘Pada hari apakah Rasulullah ﷺ wafat?’ Aisyah berkata: ‘Pada hari Isnin’. Beliau bertanya lagi: ‘Hari apakah ini?’ Aisyah berkata: ‘Hari Isnin’. Beliau berkata: ‘Aku harap aku mati di antara waktu ini dengan malam ini’. Lalu beliau memandang kepada kain yang terletak di atasnya iaitu kain yang dipakai semasa sakitnya. Pada kain itu terdapat kotoran kerana za‘faran. Lalu beliau berkata: ‘Basuhlah kainku ini dan tambahkan padanya dua kain lagi dan kafankanlah aku dengannya’. Aku berkata: ‘Sesungguhnya kain ini sudah lusuh’. Beliau berkata: ‘Sesungguhnya orang yang hidup lebih berhak kepada pakaian yang baru berbanding orang mati,sesungguhnya orang yang mati itu untuk nanah dan darah’. Maka Abu Bakar tidak diwafatkan sehingga malam Selasa dan dikebumikan sebelum waktu subuh.”
(HR. Bukhari,no.1387)

NOTA:
Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam kitab Sahih-nya dengan tajuk bab “باب موت يوم الإثنين : Bab meninggal dunia pada hari isnin”. Ini menunjukkan bahawa mati pada Hari Isnin itu lebih baik disisi beliau.
Wallahua’lam.