Sunday, March 3, 2024
Islam Itu Bersifat Mudah
Friday, March 1, 2024
Diazab Kerana Menyelisihi Sunnah
dari Abi Rabah,dia berkata,
“Bahawasanya beliau (Sa’id Ibnul Musayyab) melihat seseorang solat setelah terbitnya fajar lebih dari dua rakaat,orang tersebut memperbanyak ruku’ dan sujudnya. Maka beliau (Sa’id Ibnul Musayyab) pun melarangnya. Lalu orang tersebut berkata: ‘Wahai Abu Muhammad (Sa’id bin Al-Musayyab),adakah Allah mengazabku kerana mengerjakan solat?’ Sa’id Ibnul Musayyab menjawab: ‘Tidak,akan tetapi (Allah) mengazab engkau kerana menyelisihi Sunnah’.”
(HR. ‘Abdurrazzaq,no.4755. al-Baihaqi [rujuk: Sunan al-Kubra,2/466,no.4621]. Sanadnya dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Irwa' al-Ghalil,2/236])
Saturday, February 24, 2024
Doa Agar Diberi Ilmu Yang Bermanfaat,Rezeki Yang Baik Dan Amalan Yang Diterima
Wednesday, February 21, 2024
Mengucapkan Salam Kepada Orang Yang Tidak Diketahui Sama Ada Islam Atau Tidak
Tuesday, February 20, 2024
Berterima Kasih Kepada Manusia Tanda Bersyukur Kepada Allah
Malaikat Yang Menjaga Manusia Dari Bahaya Dengan Perintah Allah
Monday, February 19, 2024
Sedekah Kepada Ahli Keluarga Yang Memerlukan Lebih Afdhal Daripada Orang Luar
Sunday, February 18, 2024
Kisah Pengumpulan al-Quran
Ahli Syurga Masih Ingat Buah-Buahan Ketika Di Dunia Dahulu
Pandanglah Orang Yang Di Bawah Pada Perkara Dunia, Jangan Pandang Orang Yang Di Atas
Saturday, February 17, 2024
Nabi Isa, Nabi Muhammad & Allah Disebut Sebagai “Hakim”
Allah Menggenggam Bumi Pada Hari Kiamat Dengan Tangan-Nya
Allah Jadikan Bumi Menjadi Sekeping Roti Pada Hari Kiamat
Friday, February 16, 2024
Kenapa Allah Tidak Beri Kekayaan Kepada Seseorang?
Allah ﷻ berfirman:
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya,nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya,lagi Melihat dengan nyata.”
(asy-Syura [42]: ayat 27)
Istighfar Boleh Menghilangkan Musibah?
dari Ibnu 'Abbas,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(HR. Abu Daud,no.1518. Ibnu Majah,no.3819)
NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) oleh para Ulama' Hadis,kerana dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama al-Hakam bin Mus'ab yg mana imam Ibnu Hibban berkata tentangnya: “dia melakukan kesilapan” (rujuk: ast-Tsiqat,6/187). Imam al-Baghawi menilainya 'Dhaif' (rujuk: Syarh as-Sunnah,3/100). Imam adz-Dzahabi juga berkata tentangnya: “al-Hakam padanya Jahalah (majhul/tidak dikenali)” (rujuk: al-Muhadzhab fii ikhtisar al-Sunan al-Kabir,2/168). Juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Silsilah ad-Dhaifah,no.705). Walaupun hadis ini Dhaif,namun maknanya benar berdasarkan dalil yg lain:
:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(al-Anfal [8]: ayat 33)
:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sehingga aku (Nabi Nuh) berkata (kepada mereka): ‘Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Nuh [71]: ayat 10 - 12)
:: al-Qur'an 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).”
(Hud [11]: ayat 3)