Monday, January 30, 2017

Orang Beriman Boleh Jadi Penakut, Kedekut (Bakhil), Kecuali Pendusta?

dari S̄ofwan bin Sulaim,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ ditanya: ‘Mungkinkah orang mukmin boleh jadi penakut?’ Baginda jawab: ‘Ya’. Kemudian ditanya lagi: ‘Mungkinkah seorang mukmin itu kedekut?’ Baginda jawab: ‘Ya’. Ditanya lagi: ‘Mungkinkah seorang mukmin itu menjadi pendusta?’ Baginda jawab: ‘Tidak mungkin’.”
(HR. Malik,no.1832. al-Baihaqi [rujuk: Syu’ab al-Iman,4812])

NOTA:
hadis ini dinilai 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: Takhrij al-Mishkat al-Masabih,4/389) dan Syaikh al-Albani (rujuk: Dhaif at-Targhib wa al-Tarhib,1752),kerana hadis ini 'mursal' (sanad terputus,dari tabi'in terus diriwayatkan ke atas Nabi tanpa melalui dari mana² Sahabat). Syaikh Musthofa al-'Adawi juga ketika menyebut tentang hadis ini dalam video beliau,beliau mengatakan: "La Yasih (tidak sahih)".

Friday, December 30, 2016

Allah Di Atas Langit (Hadis Jariyah)

:: Hadis 1 ::
dari Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami,ia berkata,
“...Aku mempunyai seorang Jariyah (hamba wanita) yg tugasnya mengembala kambing biri-biri di sekitar Gunung Uhud dan wilayah Jawaniyah. Suatu hari aku tahu bahawa seekor serigala telah berjaya memangsa seekor kambing biri-biri (yg digembalakannya). Aku adalah manusia biasa. Aku marah dan sedih sebagaimana orang lain yg juga boleh marah dan sedih. Akan tetapi,aku memukul jariyah itu dengan telapak tanganku,hanya sekali pukul. Lalu aku menemui Rasulullah ﷺ,aku merasa hal itu terasa berat,lalu aku bertanya: ‘Ya Rasulullah,apakah aku harus memerdekakannya?’ Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Bawa dia ke mari’. Maka aku bawa dia ke hadapan baginda,lalu baginda bertanya kepada jariyahku: ‘Di mana Allah?’ Jariyah itu menjawab: ‘Fiis-samaa' (Di langit)’. Baginda bertanya lagi: ‘Siapa aku?’ Jariyah itu menjawab: ‘Engkau utusan Allah’. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Merdekakan dia! Sesungguhnya dia wanita beriman’. 
(HR. Muslim,no.537. an-Nasaie,no.1218. Abu Daud,no.3282. Ahmad,no.22645)

:: Hadis 2 ::
dari Umar bin al-Hakam,ia berkata,
“Suatu ketika aku mendatangi Rasulullah ﷺ dan berkata: ‘Ya Rasulullah,sesungguhnya hamba wanitaku pernah mengembalakan kambing milikku. Kemudian ketika aku menemuinya,ia telah kehilangan seekor kambing,lalu aku menanyakannya,maka ia menjawab: ‘Kambing itu telah dimakan serigala’. Aku pun menyesali itu terjadi. Dan (kerana) aku adalah anak Adam (manusia),maka ku pukul wajahnya,sedangkan (sementara itu) aku memiliki kewajiban untuk memerdekakan hamba,lalu apakah harus memerdekakannya?’ Setelah itu Rasulullah bertanya kepada hamba wanita itu: ‘Di mana Allah?’ Ia menjawab: ‘Fiis-samaa' (Di langit)’. Baginda kembali bertanya: ‘Siapa aku?’ Ia menjawab: ‘Engkau Rasulullah’. Mendengar itu,Rasulullah ﷺ lantas bersabda: ‘Merdekakanlah dia!’.”
(HR. Malik [rujuk: al-Muwattho',no.1534])

NOTA:
(tentang Umar bin al-Hakam),Menurut Ibnu Abdil Barr,seperti itulah yg diungkapkan oleh Imam Malik,sedangkan menurut semua ulama' hadith,itu hanya sangkaan. Dan nama Umar bin al-Hakam tidak termaktub dalam deretan nama² sahabat. Tapi,yg benar adalah Mu'awiyyah bin al-Hakam. Seperti yg diungkapkan oleh setiap perawi hadith ini,dari Hilal atau perawi lainnya. Mu'awiyah bin al-Hakam adalah sahabat terkenal dan hadith yg diriwayatkannya juga dikenal.

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dengan membawa seorang hamba wanita hitam,kemudian ia berkata: ‘Wahai Rasulullah,sesungguhnya aku berkewajiban membebaskan hamba mukmin’. Kemudian baginda bersabda: ‘Di mana Allah?’ kemudian ia (hamba itu) mengisyaratkan ke langit dengan jarinya. Kemudian baginda berkata kepadanya: ‘Siapa aku?’ Kemudian dia menunjuk kepada Nabi ﷺ dan ke langit,yang bermaksud engkau adalah utusan Allah. Maka baginda berkata: ‘Bebaskan dia,sesungguhnya dia wanita mukminah (beriman)’.”
(HR. Abu Daud,no.3284. Ahmad,no.7565)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani,kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama al-Mas'udi (Abdurrahman bin Abdullah bin 'Utbah) yg mana dia Dhaif kerana ikhtilath-nya (bercampur hafalannya) (rujuk: ad-Dha'ifah,1/70).

NOTA (2):
Perkataan Fiis-samaa' (di langit) di dalam hadis² ini,'Fii' di situ bukan merujuk kepada 'di dalam' langit,akan tetapi 'Fii' di situ merujuk kepada 'Ala,iaitu 'di atas' langit. Kerana di dalam al-Quran & hadis² Sahih yg lain menerangkan bahawa Allah ﷻ istiwa' (tinggi) di atas 'Arasy-Nya. Sedangkan 'Arasy itu berada di atas langit ke-7,sebagaimana tsabit dari dalil² yg sahih (rujuk & klik: Di Mana 'Arasy Allah?). Kedua,perkataan 'Fii' juga tidak semestinya merujuk kepada 'di dalam',kerana terdapat ayat di dalam al-Quran,Allah menggunakan perkataan 'Fii',akan tetapi 'Fii' di situ merujuk kepada 'di atas',seperti:

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱلْكَـٰفِرِينَ كَانُوا۟ لَكُمْ عَدُوًّۭا مُّبِينًۭا
“Dan apabila kamu berjalan (musafir) di bumi,maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat.”
(an-Nisa' [4]: ayat 101)

NOTA:
Di dalam ayat ini,Allah ﷻ menyebut “Wa idzaa Dhorobtum Fiil-Ardhi..” (Dan apabila kamu berjalan di bumi). Allah menggunakan perkataan 'Fii' di dalam ayat ini,akan tetapi ia merujuk kepada 'Ala (di atas),bukan 'di dalam'. Sebab tidak mungkin kita fahami ayat ini dengan maksud 'berjalan di dalam bumi',sudah semestinya kita fahami ayat ini dengan maksud 'berjalan di atas bumi'. Begitu juga ayat al-Quran yg lain seperti:

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
فَسِيحُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍۢ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِى ٱللَّهِ ۙ وَأَنَّ ٱللَّهَ مُخْزِى ٱلْكَـٰفِرِينَ
“Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan,dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).”
(Taha [20]: ayat 71)

NOTA:
Dalam ayat ini Allah menyebut “Fasiihu Fiil Ardhi..” (Oleh itu hendaklah kamu bergerak di muka bumi). Begitu juga dengan ayat al-Quran yg lain:

:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحْرَ ۖ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَـٰفٍۢ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِى جُذُوعِ ٱلنَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَآ أَشَدُّ عَذَابًۭا وَأَبْقَىٰ
“Firaun berkata: ‘Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu,demi sesungguhnya,aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang,dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal’.”
(Taha [20]: ayat 71)

NOTA:
Dalam ayat ini,Firaun menyebut “Wa La-Usollibannakum Fii Judzuu'i In-nakhli..” (Dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar). Dari ayat ini kita dapat fahami bahawa Firaun tidak memalang “di dalam” pokok tamar,akan tetapi “di atas” permukaan pokok tamar.
Wallahua'lam.

Monday, February 22, 2016

Rasulullah Suka Makan Labu

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Seorang tukang jahit menjemput Nabi ﷺ pada jamuan makan yang disediakannya dan aku pergi bersama Nabi ﷺ. Maka dihidang roti gandum dan kuah yang didalamnya mengandungi labu dan daging. Aku melihat Nabi ﷺ mengambil (memilih) labu disekeliling mangkuk. Dan setelah hari itu,aku menyukai labu.”
(HR. Bukhari,no.5436)

:: Hadis 2 ::
dari Anas,dia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ dihidangkan kuah yang didalamnya terdapat labu dan daging,dan aku melihatnya mengambil (memilih) labu dan memakannya.”
(HR. Bukhari,no.5437)

:: Hadis 3 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Seorang tukang jahit menjemput Rasulullah ﷺ pada jamuan makan yang disediakannya. Maka aku pergi bersama Rasulullah ﷺ ke jamuan makannya. Dihidangkan kepada Rasulullah ﷺ roti gandum,kuah berisi labu dan daging. Aku melihat Rasulullah ﷺ mengambil (memilih) labu disekitar Sahfah (piring besar). Maka aku pun menyukai labu sejak dari hari itu.”
(HR. Bukhari,no.5439)

:: Hadis 4 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Aku melihat Rasulullah ﷺ memilih-milih labu di dalam Sahfah (piring besar). Maka sejak itu aku sentiasa menyukainya (labu).”
(HR. Tirmidzi,no.1850. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

Friday, February 5, 2016

Hadis Akhir Zaman: Tentang Golongan Bendera Hitam

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Panji-panji hitam akan keluar daripada Khurasan,tidak ada sesuatu pun yang mampu menghalangnya sehinggalah ia dipacak di Iliya’ (Baitul Maqdis).”
(HR. at-Tirmidzi,no.2269. Ahmad,no.8420)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif Jiddan' (terlalu lemah: tidak sahih) kerana hadis ini diriwayatkan daripada Risydin bin Sa'ad dari Yunus,yang mana Risydin bin Sa'ad bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini. Kedua,Risydin bin Sa'ad adalah perawi Dhaif,dinilai Dhaif oleh imam Ahmad ibn Hanbal dan Yahya ibn Ma'in dengan katanya: "Hadisnya tidak ditulis". Kata Abu Zur'ah & Abu Daud: "Dha'iful Hadis". Kata Abu Hatim:" Munkarul Hadis". Kata an-Nasaie: "Matrukul Hadis (Hadisnya ditinggalkan)". (rujuk: Tahdzib at-Tahdzib,3/278). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh at-Tirmidzi sendiri sejurus meriwayatkan hadis ini dengan katanya: "Hadis ini Gharib".

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Jika kalian melihat panji hitam,maka bertahanlah di bumi. Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum lemah. Hati mereka seperti potongan besi. Mereka (mengaku) pemegang kekuasaan. Mereka tidak menepati janji. Mereka mengajak kepada haq namun mereka bukan orang yang benar. Nama mereka menggunakan kunyah (seperti Abu) dan nisbat mereka menggunakan nama daerah (seperti al-Baghdadi). Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih di antara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang dikehendaki-Nya.” 
(HR. Abu Nu'aim [rujuk: Kanz al-Ummal,11/283])

NOTA:
Hadith ini 'Dhaif Jiddan' (terlalu lemah). diriwayatkan oleh Nu'aim bin Hammad نعيم بن حماد RH di dlm kitab alFitan, katanya (sanad hadith):
Menceritakan kpd kami al-Walid dan Risydin drpd Ibn Lahi'ah drpd Ibn Qabil drpd Abi Ruman drpd 'Ali bin Abi Tolib RA, lalu disebutkan hadis....

Ia mengandungi banyak kecacatan:
1) Abu Ruman أبو رومان adlh seorg yg Majhul (tidak dikenali).

2) Ibn Lahi'ah ابن لهيعة namanya ialah 'Abdullah bin Lahi'ah bin 'Uqbah. Dihujung umurnya beliau tlh keliru. Disebbkan itu sekumpulan ulama telh menghukumnya sbg Lemah, melainkan jika diketahui ia mengambil hadis dr ssorg sblm dia terkeliru. Selain itu beliau juga merupakan seorg Mudallis. 
(rujuk: al-Tahzib 5/327-331 dan Mizan al-I'tidal 2/457-484)

3) Nu'aim bin Hammad, penulis kitab al-Fitan yg meriwayatkan hadis ini, tlh meriwayatkan hadis2 Mungkar. Sehingga al-Nasaie berkata ttgnya: "Bukan seorg yg Thiqah (boleh dipercayai)." 
(rujuk: Tahzib al-Tahzib 10/461)

al-Hafidz Ibn Rajab berkata: "Nu'aim ini, sekalipun tlh dinilai sbg Tsiqah oleh sekumpulan para Imam kerana berbaik sangka dgn beliau disbbkan bersangatannya beliau dgn sunnah dan bersungguhnya beliau membantah golongan yg mengikut hawa nafsu. (Namun) Dia terkeliru pd sbhgian hadis. Ketikamana mereka (para ulama) banyak memerhatikan hadis2 Mungkar dr beliau, mereka (para ulama) menghukumnya sbg Lemah." 
(rujuk: Jami' al-Ulum wa al-Hikam 2/394)

al-Imam adz-Zahabi dlm Siyar al-A'lam al-Nubala' mengatakan: "Tidak boleh ssorgpun berhujjah dgn dia. Dan dia tlh menulis kitab Fitan,dia dtgkan di dlmnya hadis2 yg ajaib dan mungkar." 
(rujuk: Siyar A'lam al-Nubala' 10/609)

4) al-Walid bin Muslim pula tlh melakukan tadlis yg paling buruk.
Kata al-Hafidz Ibn Hajar RH di dlm Tobaqaat al-Mudallisin, ms: 51: "seorg yg disifatkan dgn melakukan Tadlis yg bersangatan."
Hadis ini ada Mutaba'ah dr Risydin bin Sa'ad. Beliau juga Dho'if atau Lemah. Kata al-Jauzajani: "Di sisinya banyak hadis2 Munkar." (rujuk: Mizan al-I'tidal 2/49)
Ada juga kebarangkalian al-Walid mengambil hadis ini drpd Risydin. Justeru tidak boleh dijadikan Mutaba'ah.
Kesimpulannya: Apabila berhimpun kecacatan2 spt ini, ia menunjukkan hadis ini bersangatan lemah. Justeru hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh juga maknanya dipraktikkan ke dlm persoalan semasa yg berlaku hari ini.

Saturday, December 19, 2015

Larangan Menyakiti Hati Jiran

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam,sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
(HR. Bukhari,no.6475. Muslim,no.47)

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.”
(HR. Bukhari,no.6015. Muslim,no.2625. Abu Daud,no.5152. at-Tirmidzi,no.1943. Ahmad,no.6496)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Dzar,Rasulullah ﷺ  bersabda,
“Wahai Aba Dzar,jika kamu masak,maka perbanyakkanlah kuah dan beringatlah untuk jiran-jiran kamu dengan memberinya.”
(HR. Muslim,no.2625)

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Wahai wanita-wanita muslimah! Janganlah seorang itu meremehkan hadiah daripada jirannya,meskipun hadiah itu sekadar bahagian kaki kambing yang tidak mempunyai daging.”
(HR. Bukhari,no.2566. Muslim,no.1030)

:: Hadis 5 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Wahai Rasulullah,aku mempunyai dua jiran. Yang mana satukah aku perlu berikan hadiah?’ Maka baginda ﷺ menjawab: ‘Kepada yang paling dekat pintunya darimu’.”
(HR. Bukhari,no.2259)

NOTA:
Syaikh Musthofa al-'Adawi berkata dalam video facebook rasmi beliau,'jiran' di dalam hadis² ini juga termasuk jiran yang bukan islam,kerana keumuman hadis-hadis ini.
Wallahua'lam.

Wednesday, November 11, 2015

Kisah Seorang Gadis Bermimpi Ibunya Diazab Kerana Bakhil (Kedekut)

dari Abu Kabsyah al-Anmari,dia berkata,
“Seorang gadis datang menemui Rasulullah ﷺ dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya,dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah ﷺ menegurnya: ‘Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?’

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya: ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini’. Balas gadis tadi.

‘Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku’. Rasulullah ﷺ mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

‘Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata’. Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. ‘Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku:
“Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama”.

Lalu dijawab oleh ayahnya:
“Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia”. 

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah’.

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah ﷺ kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar,maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah ﷺ lantas berkata:
‘Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYAALLLAH’.”

NOTA:
Ustaz Dr.Rozaimi berkata (dalam facebook rasmi beliau),bahawa imam Adz-Dzahabi menilai hadis (kisah) ini sebagai 'Wahi' (terlalu lemah: tidak sahih). Maka tidak boleh disebar tanpa memberitahu tentang statusnya. Wallahua'lam.

Wajib Membaca al-Fatihah Ketika Solat (Termasuk Ketika Menjadi Makmum)

dari ‘Ubadah bin as̄-S̄omit,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidak (sah) solat bagi orang yang tidak membaca fatihah al-kitab (yakni Surah al-Fatihah).”
(HR. Bukhari,no.756. Muslim,no.394)

NOTA:
Selain mazhab Syafi'i yang berpendapat makmum wajib membaca al-Fatihah ketika solat berjemaah,imam al-Bukhari juga berpendapat sedemikian,berdasarkan tabwib (penamaan bab-bab) yang beliau letak dalam kitab Sahih-nya dengan tajuk: “Bab Wajib Membaca al-Fatihah bagi Imam dan Makmum di Semua Solat dan di Mana Saja,Ketika Mukim atau Ketika Musafir,dan Apa yg Dibaca Kuat atau yg Dibaca Perlahan”. Wallahua'lam. Sebahagian Ulama' berpendapat bahawa makmum tidak wajib membaca al-Fatihah (terutama pada solat Jahar) berdasarkan beberapa hadis,‘salah satunya’ adalah:

:: Hadis 1 ::
dari Abu Musa,Nabi ﷺ bersabda,
“..Apabila imam membaca,maka diamlah”
(HR. Muslim,no.404)

NOTA:
Hadis ini dinilai Dhaif (lemah: tidak sahih) oleh para Ulama' Hadis,kerana hadis ini tidak mahfuzh (terpelihara). Ia dinilai Dhaif oleh imam Abu Daud dengan katanya: “perkataan ‘maka diamlah’ lafaz tersebut tidak mahfuzh (terpelihara),tidak ada dalam hadis ini melainkan dari (perawi) Sulaiman at-Taimi” (rujuk: Sunan Abu Daud,no.972). Imam ad-Daraquthni juga menilai Dhaif akan hadis ini dengan berkata,bahawa hadis ini diriwayatkan dari Hisyam al-Dastawa'i,Sa'id,Syu'bah,Hammam,Abu 'Awanah,Aban dan 'Adiy bin Abi 'Umarah dari Qatadah,dan tidak seorangpun di antara mereka yang berkata: ‘Jika dia membaca,maka dengarlah..” (rujuk: Sunan,1/324). Dalam kitabnya al-'ilal,ad-Daraquthni berkata bahawa Sulaiman at-Taimi perawi yg tsiqah (dipercaya),namun dlm hadis ini beliau menambah perkataan itu (rujuk: al-'ilal,7/68).

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Yang dijadikan imam adalah untuk diikuti. Maka bila ia bertakbir,maka bertakbirlah kamu dan jika ia sedang membaca (al-Quran),maka diamlah..”
(HR. an-Nasaie,no.921)

NOTA:
Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh para Ulama' Hadis kerana ia tidak mahfuzh (terpelihara). Hadis ini diriwayatkan oleh (perawi) Abu Khalid al-Ahmar dari Ibnu 'Ajlan. Kata imam Yahya ibn Ma'in: “Dalam hadis Abu Khalid al-Ahmar (Sulaiman bin Hayyan),hadis (Muhammad) Ibnu 'Ajlan: ‘Jika imam membaca,maka diamlah’,Laisa bi syai (tiada nilai) dan ia tidak tsabit dan ia lemah” (rujuk: Tarikh Yahya ibn Ma'in,3/455). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh imam al-Bukhari (rujuk: al-Qira'ah Khalfa al-Imam,m/s 23). Juga dinilai Dhaif oleh imam Abu Hatim,dengan katanya: “Kalimah ini tidak terpelihara. Dan ia adalah campuran dari Ibnu 'Ajlan” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,al-'ilal,1/115,no.465). Juga dinilai Dhaif oleh Abu Daud,dengan katanya: “Tidak terpelihara,dan kesalahan pada kami dari Abu Khalid” (rujuk: Sunan Abu Daud,1/165,no.605). Kata imam an-Nasaie: “Kami tidak mengetahui seorangpun yang mengikuti Ibnu 'Ajlan pada ucapannya ‘Jika ia membaca,maka diamlah’” (rujuk: Sunan an-Nasaie,2/141). Kata ad-Daraquthni: “Perkataan ini tidak terpelihara dalam hadis ini” (rujuk: al-'ilal ad-Daraquthni,8/51).

Wednesday, October 28, 2015

Jangan Menjadi Polis, Pemimpin, Pengutip Cukai Di Bawah Pemerintah Zalim

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim,menteri-menteri yang fasik,para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat berada di zaman tersebut,jangan kamu menjadi pengutip cukai,penyelia dan penguasa bagi pihak mereka.”
(HR. at-Thabrani [rujuk: al-Mu’jam as-Saghir,1/340,no.564] & Mu’jam al-Awsath,4/277,no.4190])

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim,menteri-menteri yang fasik,para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat hidup di zaman mereka,jangan dia menjadi wakil,pengutip cukai,orang yang menjaga perbendaharaan dan juga penguasa bagi pihak mereka.”
(HR. Khatib al-Baghdadi [rujuk: Tarikh Baghdad,11/577,no.5358])

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: irwa' al-Ghalil,8/280,no.2665),dan Syaikh Syu'aib al-Arnauth (rujuk: Sahih Ibnu Hibban tartib Ibn Balban,nota kaki hadis no.4586). Juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Muqbil al-Wada’i (rujuk: as-Sahih al-Musnad Min Dala’il an-Nubuwwah,570). Hadis ini Dhaif kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Daud bin Sulaiman al-Khurasani. Tetapi hadis ini lemah dari segi penisbahan kepada Rasulullah sahaja. Tidak menafikan bahawasanya ada larangan bersekutu/bertolong-tolongan dengan penguasa yang zalim.
Wallahua'lam.

Friday, September 11, 2015

Ketinggian Nabi Adam 60 hasta?

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda, 
“Allah menciptakan Adam dengan ketinggian 60 hasta. Kemudian Allah berkata: ‘Pergilah (Wahai Adam) dan ucapkanlah salam ke atas mereka dalam kalangan para malaikat. Lalu dengarlah apa yang dijawab oleh mereka kepada engkau,itulah salam bagi engkau dan zuriatmu’. Maka (Adam AS) mengucapkan: ‘Assalamu'alaikum’,lalu mereka (para malaikat) menjawab: ‘Assalamualaika wa Rahmah’,mereka menambahkan: ‘wa rahmatullah’. Maka, setiap yang masuk ke syurga adalah dalam bentuk Adam. Manusia sentiasa berkurangan (ketinggian mereka) semenjak penciptaannya sehingga sekarang.”
(HR. Bukhari,no.3326 & 6288. Muslim,no.2841)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Allah menciptakan Adam sebagaimana bentuknya,tingginya 60 hasta. Setelah Allah menciptakannya,Dia berfirman: ‘Pergilah dan berilah salam kepada para malaikat yang sedang duduk itu. Dengarkan apa salam yang mereka ucapkan kepadamu. Sesungguhnya ia adalah salammu dan salam keturunanmu’. Kemudian dia mengucapkan: Assalamu’alaikum (semoga kesejahteraan untukmu)’. Maka mereka menjawab: Wa’alaikumussalam wa rahmatullah (semoga kesejahteraan dan rahmat Allah untukmu). Mereka menambahnya: Wa rahmatullah (Dan rahmat Allah). Semua orang yang masuk syurga memiliki rupa bentuk seperti Adam. Lalu ciptaan itu terus berkurangan ukurannya sehingga sekarang.”
(HR. Bukhari,no.6227)

Saturday, August 29, 2015

Boleh Membayar Upah Bekam

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Abu Thaibah membekam Rasulullah ﷺ lalu baginda membayarnya dengan satu sha’ kurma dan baginda mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”.
(HR. Bukhari,no.2102. Muslim,no.1577)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi ﷺ memberinya upah dan bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya. Jika berbekam ini adalah haram,tentu Nabi ﷺ tidak memberikannya upah.”
(HR. Bukhari,no.2103. Muslim,no.1202)

Larangan Menjual di atas Jualan Orang Lain

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu ‘Umar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Janganlah seseorang itu menjual atas jualan saudaranya.”
(HR. Bukhari,no.2139. Muslim,no.1412)

NOTA:
 contoh,ketika 'peniaga A' menjual barang dengan harga RM80 kepada pembeli. Tiba-tiba datang 'peniaga B' mengatakan kepada pembeli (dalam masa Khiyar): "Batalkan jual beli ini,nanti aku akan menjual kepadamu barang yang sama dengan harga yang lbih murah dari harga asal (contoh: RM60)". Begitu juga dengan pembeli dengan pembeli yg lain. Contoh,'peniaga' & 'pembeli A' sudah berjanji & bersepakat dengan 'peniaga' untuk menjual barang dengan harga RM100 (dalam tempoh khiyar),kemudian datang 'pembeli B' berkata: "Jual dekat aku,nanti aku beli dengan harga RM120,lebih mahal dari itu".
Wallahua'lam.

Nabi Larang Jual Beli Kucing?

:: Hadis 1 ::
dari Abu az-Zubair,ia berkata,
“Aku bertanya kepada Jabir berkenaan jual beli anjing dan kucing. Dia menjawab bahawa Nabi ﷺ melarang perkara itu.” 
(HR. Muslim,no.1569)

:: Hadis 2 ::
dari Jabir bin ‘Abdullah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.”
(HR. Abu Daud,no.3479. at-Tirmidzi,no.1279)

NOTA:
Kedua-dua hadis ini Ma'lul (mempunyai kecacatan),tidak Sahih bahkan Munkar. Ia dinilai tidak sahih oleh imam Ahmad ibn Hanbal sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Rajab al-Hanbali (rujuk: Jami' al-Ulum wa al-Hikam,hal. 774,huraian hadis no.45) serta dalam syarah 'Ilal at-Tirmidzi (2/866). Juga dinilai tidak sahih oleh imam at-Tirmidzi (rujuk: al-Jami' al-Mukhtasar,2/596) dan imam Muslim sendiri (dalam Sahih-nya) secara isyarat iaitu beliau meletakkan hadis ini sebagai hadis terakhir dalam bab. Syaikh Musthofa al-'Adawi juga menilai hadith ini tidak sahih,Ma'lul (cacat) di dalam video beliau.

:: Hadis 2 ::
dari Jabir bin ‘Abdullah,dia berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang harga (jual beli) kucing dan anjing,melainkan anjing buruan.”
(HR. an-Nasaie,no.4295)

NOTA:
Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh imam an-Nasaie selepas meriwayatkan hadis ini dengan katanya: “Hadis Hajjaj dari Hammad ibn Salamah,dan ianya tidak sahih”. Hadis-hadis larangan jual beli kucing kesemuanya tidak Sahih,sebagaimana yang dikatakan oleh imam Ibnu Abdil Barr (rujuk: at-Tamhid,8/403). Maka,kucing dibenarkan untuk dijual beli.
Wallahua'lam.

Kelebihan Kurma 'Ajwa

:: Hadis 1 ::
dari Sa‘ad bin Abu Waqqas̄,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah pada waktu pagi,tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”
(HR. Bukhari,no.5445. Muslim,no.2047)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya pada kurma ‘Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun,apabila dimakan pada awal pagi.”
(HR. Muslim,no.2048)

Cara Menggunakan Anjing Terlatih Untuk Memburu

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): ‘Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?’ Katakanlah: ‘Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik,dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisab-Nya”
(al-Ma’idah [5]: ayat 4)

:: Hadis 1 ::
dari ‘Adi bin Hatim,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Sesungguhnya kami adalah satu kaum yang berburu menggunakan anjing-anjing ini’. Baginda ﷺ bersabda: ‘Sekiranya engkau telah melepaskan anjing-anjingmu yang terlatih dan engkau telah menyebut nama Allah,maka makanlah apa yang ia telah tangkap untukmu,kecuali jika anjing itu memakannya maka janganlah kamu memakannya kerana sesungguhnya aku khuatir bahawasanya ia telah menangkap (binatang buruan tersebut) untuk dirinya. Dan jika anjing itu turut bercampur dengan anjing-anjing yang lain,maka janganlah engkau memakannya.”
(HR. Bukhari,no.5487)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Tsa‘labah al-Khusyani,dia berkata,
“Aku bertanya: ‘Wahai Nabi Allah,sesungguhnya kami berada di negeri Ahli Kitab,maka bolehkah kami makan menggunakan bekas-bekas mereka? (Kami juga berada) di negeri (yang ada banyak) binatang buruan. Aku berburu menggunakan busurku,anjingku yang tidak terlatih dan anjingku yang terlatih,maka apakah yang boleh untukku (dibenarkan untuk makan)?’ Baginda ﷺ bersabda: ‘Adapun apa yang kamu sebutkan berkenaan dengan Ahli Kitab,sekiranya kamu mempunyai (bekas-bekas) selain daripadanya,maka janganlah kamu makan menggunakannya. Sekiranya kamu tidak mempunyai (bekas-bekas lain),maka cucilah ia dan makanlah menggunakan bekas-bekas tersebut. Apa sahaja (haiwan buruan) yang kamu buru menggunakan busur dan kamu telah menyebut nama Allah,maka makanlah. Apa sahaja (haiwan buruan) yang kamu buru menggunakan anjingmu yang terlatih dan kamu telah sebutkan nama Allah,maka makanlah. Dan apa sahaja (haiwan buruan) yang kamu buru menggunakan anjing kamu yang tidak terlatih serta kamu sempat menyembelihnya (haiwan buruan tersebut),maka makanlah’.”
(HR. Bukhari,no.5478)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Adi bin Hatim,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang (hukum memburu dengan menggunakan) al-Mi‘radh. Lalu baginda bersabda: ‘Sekiranya kamu memperolehi (binatang buruan tersebut) dengan bahagiannya yang tajam (yakni yang terkena pada haiwan itu),maka makanlah ia. Tetapi sekiranya ia mengenai haiwan buruan itu dengan sisinya (yang tumpul) lalu membunuhnya,maka sesungguhnya ia ialah waqiz. Oleh itu,janganlah kamu makan’. Aku berkata lagi: ‘Aku melepaskan anjingku’. Baginda menjawab: ‘Apabila engkau melepaskan anjingmu dan engkau menyebut nama Allah,maka makanlah’. Kemudian aku bertanya lagi: ‘Apabila anjing itu memakan (haiwan buruan itu)?’ Baginda menjawab: ‘Jangan dimakan,sesungguhnya ia tidak menangkap (haiwan itu) untukmu,ia menangkap untuk dirinya sendiri’. Aku berkata: ‘Aku telah melepaskan anjingku dan (kemudiannya) aku mendapati ada anjing lain bersamanya?’ Baginda bersabda: ‘Janganlah kamu makan kerana sesungguhnya engkau telah menyebut (nama Allah) untuk anjingmu sahaja dan engkau tidak menyebut (nama Allah) untuk anjing yang lain’.”
(HR. Bukhari,no.5476)

Larangan Mengintip Rumah Orang Lain Tanpa Izin

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Abul Qosim ﷺ bersabda,
“Seandainya seseorang mengintipmu tanpa izin,lalu kamu melontarnya dengan batu kecil sehingga mencederakan matanya,maka tidak ada dosa bagimu.”
(HR. Bukhari,no.6902. Muslim,no.2158)

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Sesungguhnya ada seorang lelaki pernah mengintai ke dalam sebahagian bilik Nabi ﷺ,maka Nabi ﷺ berdiri menghampirinya dengan membawa mata anak panah (atau kata perawi: beberapa mata anak panah). Aku seakan-akan masih melihat baginda berjalan perlahan-lahan kepada lelaki tersebut untuk menusuk matanya.”
(HR. Bukhari,no.6242. Muslim,no.2157)