Thursday, June 1, 2023

Sahihkah Doa “Allahumma Innaka 'Afuw...”

dari 'Aisyah,dia berkata,
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar,maka apakah doa yang mesti kuucapkan?’ Jawab Nabi ﷺ: ‘Berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ʿAfuwwun Tuẖibbul ʿAfwa,Faʿfuʿanni
(Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka akan keampunan,maka ampunkanlah aku).”
(Ibnu Majah,no.3840. at-Tirmidzi,no.3435. at-Tirmidzi berkata,hadis ini 'Hasan Sahih')

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh ad-Daraquthni,kerana hadis ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Buraidah dari 'Aisyah,yg mana dia (Abdullah) tidak mendengar apa-apa daripada 'Aisyah (rujuk: as-Sunan,4/336). al-Baihaqi juga menukilkan perkataan ad-Daraquthni bahawa Abdullah bin Buraidah tidak mendengar daripada 'Aisyah (rujuk: al-Ma'rifah,10/48). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Khalid al-Hayek di dalam website rasmi beliau (pada 'Soalan' - no.36) ketika ditanya tentang kesahihan hadis ini,dan Syaikh Khalid al-Hayek berkata 'Mursal' (sanad terputus). Syaikh Musthofa al-'Adawi juga menilai hadis ini sebagai 'Dhaif' di dalam video beliau,kerana hadis ini Munqothi' (sanad terputus) antara Abdullah bin Buraidah dan 'Aisyah. Namun terdapat sebuah hadis yg Sahih berkenaan Lailatul Qadar dari 'Aisyah:

dari 'Aisyah,dia berkata,
“Seandainya aku mengetahui suatu malam,Lailatul Qadar,aku tidak akan meminta kepada Allah di dalamnya melainkan keselamatan”.
(HR. Ibnu Abi Syaibah [rujuk: al-Musonnaf,no.29187]. Hadis ini dinilai 'Sahih' oleh Syaikh Khalid al-Hayek)

No comments:

Post a Comment