:: Hadis 1 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, maka apakah doa yang mesti kuucapkan?’ Jawab Nabi ﷺ: ‘Berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ʿAfuwwun, Tuẖibbul ʿAfwa, Faʿfuʿanni
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka akan keampunan, maka ampunkanlah aku).”
(Ibnu Majah,no.3840. at-Tirmidzi,no.3435. at-Tirmidzi berkata,hadis ini ‘Hasan Sahih’)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh imam ad-Daraquthni, kerana hadis ini diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Buraidah dari ‘Aisyah, yg mana dia (‘Abdullah) tidak mendengar apa-apa daripada ‘Aisyah (rujuk: as-Sunan,4/336). Imam al-Baihaqi juga menukilkan perkataan imam ad-Daraquthni bahawa ‘Abdullah bin Buraidah tidak mendengar daripada ‘Aisyah (rujuk: al-Ma'rifah,10/48). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Khalid al-Hayek di dalam website rasmi beliau ketika ditanya tentang kesahihan hadis ini, dan Syaikh Khalid al-Hayek berkata: “Mursal (sanad terputus)” (rujuk: 'Soalan' - no.36). Syaikh Musthofa al-‘Adawi juga menilai hadis ini sebagai Dhaif kerana hadis ini Munqothi’ (sanad terputus) antara ‘Abdullah bin Buraidah dan ‘Aisyah (rujuk: video). Namun terdapat sebuah hadis yg Sahih berkenaan Lailatul Qadar dari ‘Aisyah:
:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Seandainya aku mengetahui suatu malam, Lailatul Qadar, aku tidak akan meminta kepada Allah di dalamnya melainkan keselamatan”.
(HR. Ibnu Abi Syaibah [rujuk: al-Musonnaf,no.29187]. Hadis ini dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh Khalid al-Hayek)

No comments:
Post a Comment