● DOA MASUK TANDAS ●
:: Hadis 1 ::
dari Anas,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ ingin memasuki tandas, baginda membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Allahumma inni A‘udzubika Minal Khubutsi Wal Khobaist
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina).”
(HR. Bukhari,no.142. Muslim,no.375)
● DOA KELUAR TANDAS ●
:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Jika Nabi ﷺ keluar dari tandas, baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي
Alẖamdulillahil-Ladzi Adzhaba ‘Annil Adza Wa ‘Afani
(segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku).”
(HR. Ibnu Majah,no.301)
NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih), kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Isma‘il bin Muslim al-Bas̄ri, yg mana dia dinilai Munkar oleh imam Ahmad ibn Hanbal, dengan katanya: “Munkar al-Hadis Jiddan” (rujuk: Sualat Abi Daud Li al-Imam Ahmad,171). Imam at-Tirmidzi menilainya Dhaif Jiddan (terlalu lemah) (rujuk: ‘ilal at-Tirmidzi al-Kabir,237). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Daud (rujuk: Sualat Abi ‘Ubaid al-Ajurri Li Abi Daud,no.2/212). Hadis ini dinilai Dhaif oleh imam an-Nawawi (rujuk: Syarah al-Muhadzzab,2/83). Hadis ini juga datang melalui riwayat lain, daripada Abu Dzar, akan tetapi ia juga dinilai Dhaif oleh Abu Hatim ar-Razi (rujuk: Ibnu Abi Hatim,al-‘ilal,1/43).
:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ keluar dari tandas, baginda membaca:
غُفْرَانَكَ
Ghufronaka
(pengampunan-Mu).”
(HR. at-Tirmidzi,no.7. Ahmad,no.24063. Abu Daud,no.30)
NOTA:
Kata imam Abu Hatim ar-Razi: “Hadis yang paling sahih dalam bab ini (doa keluar tandas) adalah hadis 'Aisyah (maksud: hadis di atas” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,al-'ilal,1/43). Daripada kenyataan Abu Hatim inilah salah satu sebab Ulama’ lain menilai Sahih akan hadis ini, seperti Ibnu Hajar (rujuk: Nataij al-Afkar,1/215. Bulugh al-Maram,86), as̄-S̄on‘ani (rujuk: Subul as-Salam,1/80), asy-Syaukani (rujuk: Nail al-Authar,1/98), Syaikh Ahmad Syakir (rujuk: Sharh at-Tirmidzi,1/12) & Syaikh al-Albani (rujuk: Irwa’ al-Ghalil,1/91).
Wednesday, October 19, 2022
Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas (Yang Tidak Sahih & Yang Sahih)
Labels:
● Himpunan Doa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment