:: Hadis 1 ::
dari Ibnu ‘Umar,Nabi ﷺ bersabda,
“Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makanan, bahkan tidak membiarkannya memakan serangga-serangga tanah.”
(HR. Bukhari,no.3318. Muslim,no.2242)
:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Seorang wanita diazab (oleh Allah pada hari kiamat) kerana dia mengurung seekor kucing tanpa memberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat mencari serangga-serangga yang terdapat di bumi.”
(HR. Muslim,no.2243)
:: Hadis 3 ::
dari Asma’ binti Abi Bakar,Nabi ﷺ melaksanakan solat kusuf (gerhana) lalu bersabda,
“Neraka didekatkan kepadaku hingga aku berkata: ‘Wahai Rabb, aku bersama mereka. Manakala ketika itu aku melihat seorang wanita’.” Nafi' (perawi) berkata: “Aku menduga dia (Ibnu Abu Mulaikah) mengatakan: ‘Dicakar-cakar oleh seekor kucing’. Aku bertanya: ‘Apa yang menyebabkan demikian?’ Mereka menjawab: ‘Wanita tersebut menahan kucing tersebut sehingga mati disebabkan kelaparan’.”
(HR. Bukhari,no.2364)
NOTA:
Sebahagian Ulama’ mengatakan bahawa wanita di dalam hadis ini adalah wanita kafir, bukan wanita islam kerana terdapat sebuah hadis yang mengatakan tentang itu:
:: Hadis 4 ::
dari Alqamah,dia berkata,
“Ketika kami sedang berada di sisi 'Aisyah, maka datanglah Abu Hurairah. Lalu ‘Aisyah berkata: ‘Engkaukah yang telah meriwayatkan sebuah hadis bahawa seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak memberinya makan dan minum?’ Abu Hurairah menjawab: ‘Aku mendengarnya dari baginda (Nabi ﷺ)’. Kemudian ‘Aisyah berkata: ‘Apakah engkau tahu bagaimana status wanita itu? sesungguhnya wanita itu (dengan perbuatan yang telah dia lakukan) adalah seorang kafir, sedang seorang yang beriman di sisi Allah ‘azza wa jalla lebih mulia bila harus diazab kerana seekor kucing. Jika engkau meriwayatkan hadis dari Rasulullah ﷺ, maka lihatlah bagaimana engkau meriwayatkannya’.”
(HR. Ahmad,no.10309)
NOTA:
Akan tetapi, hadis ini dinilai ‘Dhaif’ dan ‘Bathil’ oleh Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasmi beliau), kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Soleh bin Rustum (Abu ‘Amir al-Khazzaz), yg mana dia bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini. Dan Soleh bin Rustum juga dinilai ‘Dhaif’ oleh Abu Hatim ar-Razi, dengan katanya: “Syaikh, hadisnya ditulis dan tidak boleh berhujjah dengan (riwayat)nya” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta’dil,4/403). Ibnu Hajar berkata tentangnya: “Soduq, banyak kesalahan” (rujuk: at-Taqrib,272). Maka, yang tepat, insyaAllah, wanita itu adalah wanita islam, bukan kafir.
Wallahua’lam.
Sunday, October 9, 2022
Wanita Diazab Kerana Seekor Kucing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment