Thursday, August 29, 2013

Doa: "Allahumma Ajirni Minannar" Tidak Sahih?

dari Muslim bin Harits,dari ayahnya,bahawa Rasulullah ﷺ mengatakan kepada ayahnya,
“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh,maka ucapkanlah sebelum kamu berkata-kata dengan seorang lain:
اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ النَّارِ
Allahumma Ajirni Minannar
(Ya Allah,lindungilah aku dari api neraka)' sebanyak 7 kali,maka sesungguhnya jika kamu mati pada hari tersebut,Allah telah tetapkan untuk kamu pemeliharaan dari neraka. Apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib maka ucapkanlah sebelum kamu berkata-kata dengan seorang lain: Allahumma inni as-alukal jannah! Allahumma Ajirni Minannar (Ya Allah,mohon dimasukkan aku ke dalam syurga! Ya Allah,lindungi aku dari api neraka)' sebanyak 7 kali. Maka sesungguhnya jika kamu mati pada malam tersebut,Allah telah tetapkan untuk kamu pemeliharaan dari neraka.”
(HR. Ahmad,no.17362. Abu Daud,no.5079)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth kerana perawi bernama Muslim bin Harits dinilai Majhul (tidak dikenali) oleh imam ad-Daraquthni (rujuk: Ta'liq Musnad Ahmad,29/593). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: as-Silsilah ad-Dha'ifah,no.1624). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi di dalam video beliau,dengan katanya: “Fi Sanadihi Dha’f (pada sanadnya Dhaif)”. Sekalipun hadis ini Dhaif,tidaklah menjadi masalah untuk mengamalkan doanya dengan syarat: tidak mempercayai bahawa ianya dari Nabi ﷺ dan tidak berkata “doa ini dari Nabi ﷺ” atau “sunnah dibaca” atau sewaktu dengannya (ketika memberitahu kepada orang lain tentang doa ini).

No comments:

Post a Comment